Friday, July 03, 2009

Ada Masjidil Haram Di Terengganu Yang Dirobohkan..

Imbas kembali kebiadaban kerajaan BN, dipanjangkan dari:

http://bagindareformasi.blogspot.com/ Saturday, June 27, 2009

Salam semua....


Sembang banyak tak gune... Disebabkan PRK Manek Urai da dekat... so baginda letak satu video.... sebab sekarang nih kan da sebuk kat Manek Urai dengan kedatangan polis-polis dan askar.... Tapi video ni dari TERENGGANU... video menunjukan salahsatu kerja FRU.... selamat menonton... jangan lah kite ditipu UMNO lagi... dah tonton jangan lupa tinggal komen.... SALAM.....



Choronology video (update)...


RTB Bijal Pagoh
26 Mei 2005

7:15 pagi: 10 Buah rumah penduduk kampung dirobohkan

9:15 pagi: Cubaan meroboh masjid oleh Majlis Tempatan sambil dibantu FRU bagi menghalang orang ramai menghentikan percubaan ini.

APA DOSA RAKYAT? Surau tetap diroboh, Walaupun pembinaan surau tersebut hampir siap 70%... Rayuan demi rayuan dibuat oleh penduduk, tetapi tiada siapa mendengarnya...

10:45 pagi: Pemandu jengkaut masih ada kewarasan dan keimanan sehingga tidak sanggup untuk merobohkan rumah ALLAH...

Penduduk kampung membantu pemandu jengkaut yang tidak sanggup mendengar arahan kejam pihak kerajaan... Beliau masih takutkan ALLAH..

Sangkakan panas sampai ke petang rupanya...

2:45 petang: Masjid yang dipertahankan diroboh jua oleh manusia kejam...

Dimana kemanusiaan?
Sila jawab?


from: Baginda


video update...
saje baginda tambah untuk cik ZALI kite bandingkan camne 'abang kesayangan' die dah mula bersuara untuk pertahankan rumah cik ZALI pula....

6 comments:

Shahabudeen Jalil said...

Kalau tak silap, nak bina masjid atau surau nie ada prosedur2 tertentu.

Kalau tak ikut prosedur, mesti la pihak berkuasa kena ambil tidakan. Mana la tahu, tak pasal2 diorang bina atas tanah orang lain ke..

Bukan tak kesian kat orang kampung, tapi kena kesian juga kat polis kalau diorang sendiri kita fitnah tanpa usul periksa.

Dalam kes di atas nie, saya tak tahu langsung apa isu sebenar. Jadi tak sesuai untuk kita memberi pendapat hanya berdasarkan video ini tanpa mengetahui perkara sebenar.

Nabi sendiri suruh kita selidik satu2 perkara sebelum kita percaya dan sebarkan pula pada orang lain.

Shahabudeen Jalil said...

Berikut antara peringatan dalam Al-Quran.

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu. Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya. [an-Nur 24:14-15]


Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar. [al-Baqarah 2:111]


Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. [al-Hujurat 49:6]


Seperti saya kata tadi. Saya sendiri tidak tahu isu yang diketengahkan dalam video diatas ini. Tetapi untuk percaya berdasarkan video dan tulisan di atas ini. Saya belum cukup kekuatan untuk percaya perkara sebenar. Moga Allah beri kita petunjuk.

Ibnu Hasyim said...

Terima kasih komen anda. Kita tengok paendapat-pendapat lain lagi..

Sang Pencinta said...

kebiasaannya begitu kalau PRK diadakan. mcm di Bukit Gantang dulu, polis & FRU pasang khemah utk operasi kat situ sedangkan tiada apa rusuhan berlaku.

Qorie Afifi said...

Kalau En Shahabudeen Jalil tak tahu nak bagi komen so tak payah lah komen kerja orang.Cara en shahabudeen tulis macam nak pertikai dan seolah-olah en shahabudeen nak beri peringatan supaya kalau nak siarkan berita yang mcm ni baiklah dengan bukti serupa macam kat mahkamah. Dan ayat yang en shahabudeen tulis tu bukanlah ayat al-quran melainkan ayat terjemahan al-quran dan untuk menulis terjemahan baiknya disertakan siapa penterjemahnya kerana itu adalah cara menulis ayat-ayat terjemahan al-quran. Kadang2 kerana ghairah dan amarah boleh menghilangkan niat ikhlas seseorang......

Qorie Afifi said...

Setakat baca terjemahan tak payahlah nak tafsir ayat al-quran ikut hati. Al-quran tidak boleh ditafsir mengikut hati sendiri. kalau bahasa arab pun duk kalam kabut lagi tak payahlah sombong dengan terjemahan al-quran kerana untuk nak tafsir al-quran saja pun ambil masa bertahun-tahun untuk faham bahasa al-quran. Ni baru jer belajar baca terjemahan tapi nahu mengalahkan yang buat tafsir....lain kali belajar faham dulu apa itu al-quran sebelum tafsir dan tak payahlah tafsir al-quran kerana ilmu tafsir ni bukan calang-calang.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails