Thursday, July 23, 2009

Apa Tujuan Berita Seks Ini? Untungkan Pembangunan?

HIBURAN
Berita Khamis Julai 23, 2009: Butler gemuruh dan terlupa skrip ketika lakukan adegan seks
Aktres Katherine Heigl (kiri) dan aktor Gerard Butler hadir ke tayangan perdana filem Columbia Pictures, "The Ugly Truth" yang diadakan di Pacific’s Cinerama Dome, Hollywood pada 16 Julai, 2009. - foto AFP

PELAKON Scotland, Gerard Butler dilaporkan berasa gemuruh apabila melakonkan adegan seks bersama pelakon Katherine Heigl.

Hal tersebut menyebabkan Gerard sering terlupa skripnya.

Butler, 39, yang berlakon dalam filem 'The Ugly Truth' hilang tumpuannya apabila tiba masa untuk membuat penggambaran adegan yang memberahikan dengan Heigl, 30.

Gerard Butler dan Katherine Heigl membintangi komedi 'The Ugly Truth' terbitan Columbia.

Dia juga sering menggelabah kerana terpaksa sedaya upaya untuk berlakon dalam babak itu.

"Saya sangat gementar dan selalu terlupa skrip ketika melakukan adegan itu," kata Gerard.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Apa tujuan berita-berita seperti ini diketengahkan dalam masyarakat Malaysia? Apa baik dan apa buruknya? Memang berita ini agak panas. Di sinilah peranan pelapor-pelapor atau penulis blog dalam membangunkan masyarakat, apa lagi masyarakat yang berbudaya timur dan baragama Islam. Bukan menjadi alat tukang jaja melakukan filem barat! Kementerian yang bertanggungjawab perlu memantau hal ini.

Mereka perlu peka demi pembangunan negara. Pembangunan jasmani dan rohani... Sebagai rakyat Malaysia kita perlu prihatin.. Fikir-fikirlah..

2 comments:

mr edz said...

kebanyakkan orang suka berita macam ni barangkali..namun takder pengisian ilmu pun.

AkuAnakPulau said...

Ini salah kerajaan sekular. kena tukar kerajaan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails