CATATAN PERJALANAN DI PULAU SINGA (1)
PAGI ini hampir masuk waktu subuh, telinga saya mengintai-intai mencari-cari ingin dengar tanda-tanda suara azan akan bergema. Sudah dekat sangat masuk waktu tapi masih belum dengar lagi. Rupanya baru saya sedar, saya kini sedang berada di Woodlands, dalam negara Singapura.
Saya terus berjalan kaki ke masjid di situ. Masjid An-nur Woodlands, tidak sampai satu kilometer dari bangunan pejabat kastam Singapura. Bersembahyang subuh berjamaah di sana.
Ada kira-kira 3, 4 saf, lebih 100 orang. Saya sempat berkenalan dengan beberapa orang, dari kumpulan Jamaah Tabligh yang tidur di masjid itu malam tadi. Juga berkenalan dengan seorang pemandu teksi orang tempatan bukan dari Jamaah Tabligh, namanya Abdul Malik.
"Maaf, boleh saya tanya sikit?" Dia mengangguk. "Maaf lagi, kalau boleh kita bercakap dari hati ke hati!"
"Ya." Jawabnya. Dia terus menumpukan pendengaran kepada katabisik saya.
"Dari ramai kawan-kawan kita orang Melayu Singapura datang melancung ke Malaysia yang saya temui, kebanyakannya memuji-muji pentadbiran Singapura, drastik maju membangun dari sudut kebendaan mengalahkan Malaysia sejak dulu, seolah-olah tiada apa-apa masalah bagi orang Islam-Melayu di sini. Semuanya baik belaka! Betulkah begitu, apa pandangan tuan?" Meluncur pertanyaan saya.
"Oh." Jawabnya. "Saya pemandu teksi. Mungkin fikiran saya agak terbuka sikit kerana selalu bertemu orang luar negara. Pada saya, walaupun ekonomi membangun, tetapi orang Islam seolah-olah di bawah penjajahan. Tidak bebas melaksanakan agama sendiri di atas tanah air kita sendiri. Azan pun tak boleh kedengaran ke luar masjid, apalagi yang berkaitan dengan pendidikan, kenegaraan, dan lain-lain. Hanya bebas mengampu dan membodek pemimpin."
Jika dilihat dari sudut sejarah pada tahun 1824, hanya 5 tahun setelah dirikan Singapura moden, populasi penduduknya bertumbuh pesat dari hanya 150 menjadi 10,000. Tahun 1832, Singapura menjadi pusat pemerintahan Straits Settlements (Wilayah Pemukiman Teluk) untuk daerah Penang, Melaka dan Singapura. Pembukaan Terusan Suez di tahun 1869 dan penemuan telegraf dan kapal wap membesarkan peranan penting Singapura sebagai pusat perdagangan yang semakin meningkat antara Timur dan Barat.
Singapura menjadi tumpuan ketenteraan di abad ke 14, ketika terlibat dalam perebutan Semenanjung Malaya (Tanah Melayu) antara kerajaan Siam (kini Thailand) dan Majapahit dari Jawa. Begitu juga pada 5 abad kemudian, ketika Perang Dunia II, Singapura sempat dianggap sebagai benteng yang tidak tertembus, sehingga Jepun menguasainya di tahun 1942.
Selepas perang, Singapura menjadi Crown Colony (koloni Tahta Inggeris). Tumbuhnya nasionalisme menjadikan terbentuknya pemerintahan sendiri di tahun 1959, merdeka bersama Malaysia, tetapi akhirnya pada 9 Ogos 1965, Singapura dimerdekakan lagi menjadi republik Singapura.
Ibnu Hasyim bergambar depan Masjid An-Nur, Singapura.(Sept 2016)
"Berapa jumlah % penduduk Melayu-Islam Singapura sekarang?""Sebelum ini kira-kira 20%, sekarang dah tinggal 10%!" katanya. "Tapi tidak berkumpul setempat. Telah dipecah-pecahkan dan diperintah melalui projek-projek pembangunan, sehingga tidak boleh bersuara, walaupun asalnya semua negeri ini kita punya.
Teringat pula kepada kisah sejarah sebelum Singapura baru. Daerah Singapura pertama kali disebut dalam catatan bangsa China di abad ke 3, sebagai 'Pu-luo-chung' atau 'pulau di ujung semenanjung'. Di abad ke 14, Singapura menjadi bahagian dari kerajaan besar Sriwijaya, dan dikenal sebagai 'Temasek' atau 'Kota Laut'.
Terletak di titik pertemuan jalur perjalanan laut di ujung Semenanjung Malaya. Singapura telah lama dikunjungi berbagai kapal, mulai dari junk China, kapal dagang India, dhow Arab, kapal-kapal perang Portugis sampai kapal layar Bugis.
Semasa abad ke 14, pulau kecil berlokasi strategis ini mendapat nama baru 'Singa Pura' atau Kota Singa, menjadi Singapura baru. Menurut legenda, seorang pangeran Sriwijaya bernama Sang Nila Utama yang datang melihat seekor haiwan singa, menyebabkan lahirlah nama moden Singapura ini, yang akhirnya disebut 'Singapore' dalam bahasa Inggeris.
Ibnu Hasyim bergambar di depan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.
Teringat pula kawanku mamak Penang buat jenaka. Pendekar Melayu yang berada di Pulau Temasik itu pernah terserempak dengan seekor singa terus menjerit "..singa porrah!"... ertinya nyahlah singa.. Singa itu terkejut lari. Itulah asal nama Singapura.
Katanya lagi, "Ingat orang Melayu-Islam di Pulau Singapura, akan jadi seperti singa itu, kalau tidak berjuang atas nama Islam.. karana aku pun Islam juga.. bumiputrak!!"
Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
Woodlands Julai 27 2009.
janganlah malasyia jadi seperti itu hendaknya..
ReplyDeleteItulah yang ku takutkan..
ReplyDeleteSingapore Cina PAP yang perentah,,,, dan tiada melayu yang merempat tetapi malaysia MELAYU yang perintah, betapa ramai nya MELAYU yang merempat,,, ibnu Hashim kena pikir pikir kan,,,,,,
ReplyDeleteYa, Ya. Pak Oncu.
ReplyDeleteAsalamualaikum..... buat saudara yang saya hormati. Disini saya ingin maklumkan kepada pihak saudara, yang saya banyak menerima komen-komen daripada pembaca blog saudara. Saya tidak tahu bagaimana komen-komen mereka telah di emailkan kepada blog saya. oleh kerana kata-kata kesat dan yang menghinakan telah ditulis maka saya tidak sanggup mangharapkan semula komen-komen tersebut kepada blog saudara. Kata-kata yang tidak selayaknya dikeluarkan daripada seorang yang bergelar muslim oleh itu saya terpaksa memadamkannya. Yang menjadi kemusykilan saya ialah bagaimana komen untuk blog saudara boleh berada didalam blog saya. Bukan sahaja blog saudara sahaja tetapi termasuk juga beberapa blog yang lain.... musafirlalu.blogspot.com.my.. harap maklum
ReplyDeleteNanti saya 'kuari'kan Bukit Zion. Ratakan buat masjid.
ReplyDeleteMusafir lalu.
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih maklumat anda. Sejauh ini, saya sendiri tidak banyak dapat komen-komen begitu dan komen-komen yang saya dapat semuanya saya siarkan,tidak buang walaupun kadang-kadang agak kesat.
T. Kasih. Wassalam.
Musafir lalu.
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih maklumat anda. Sejauh ini, saya sendiri tidak banyak dapat komen-komen begitu dan komen-komen yang saya dapat semuanya saya siarkan,tidak buang walaupun kadang-kadang agak kesat.
T. Kasih. Wassalam.
Musafir lalu.
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih maklumat anda. Sejauh ini, saya sendiri tidak banyak dapat komen-komen begitu dan komen-komen yang saya dapat semuanya saya siarkan,tidak buang walaupun kadang-kadang agak kesat.
T. Kasih. Wassalam.