Monday, July 13, 2009

Dibakar Kerana Agama.. Bagaimana Pemuda PAS-UMNO?

JENDELA GLOBAL
DPPP menangani episod islamofobia yang tercetus dinegara-negara barat, dan kini membuat bantahan ke atas negara terbabit. Kita ucap syabas dan tahniah kepada DPPP. Sedihnya bagaimana dengan pemuda UMNO? Apakah UMNO tidak memperjuangkan nasib orang Islam, duduk kira Melayu sahaja?

FBI sedang menyiasat kematian seorang ulama Muslim, mayitnya ditemui dalam rumah terbakar yang diconteng dengan simbol-simbol perkaunan Nazi, di Yermo. Kerajaan mencurigai peristiwa kebakaran 27 Jun baru lalu itu, dan mengambil masa berminggu-minggu menyelidiki bermulanya kebakaran.

"Saya dapat rasa terjadi letupan kuat.." kata James Russell, mulanya disangka dua kereta yang berlanggar dekat rel kereta api. Beberapa tetangga lain pun sama juga. Pasukan bomba datang padamkan 40 minit kemudian. Akhirnya bertemu mayit Imam Muhammad Ali, 51 tahun, di dalam rumah di East Yermo Road itu.

Muhammad Ali, pada bulan sebelumnya dikatakan telah berpindah bersama keluarganya keluar dari sana. "Kami tidak tahu samada itu suatu kemalangan atau sebuah perancangan jahat.." kata jurucakap Polis Daerah, Cindy Beavers. "Belum jelas lagi adanya.."

Tetapi pada Council of American-Islam Relation atau CAIR, nampaknya mereka yakin bahawa Muhammad telah dibunuh kerana ras atau agamanya. Ulama Muslim itu telah mendirikan masjid di Yermo, Barstow dan Victorville. Mohammed baru-baru ini telah meninggalkan Yermo ke Victorville kerana dia mengalami tentangan hebat, ujar jurucakap CAIR Munira Syeda.
Mempertimbangkan kejadian anti-Muslim dan kenyataan masjid Yermo milik Mohammad pernah dibakar dua tahun lalu, wakil CAIR Ameena Qazi pula meminta FBI untuk menyelidiki kemungkinan-kemungkinan tersebut.

Jurucakap FBI Laura Eimiller berkata, agennya sedang bekerjasama dengan pihak tempatan bagi menentukan apakah suatu kejahatan telah dilakukan, dan jika memang demikian, apakah kejahatan tersebut memiliki hasutan perkauman.

Mohammed masih memiliki sebuah rumah di Yermo dan pergi kesana pada hari ketika kebakaran itu terjadi untuk mengecat ulang masjid yang dikotori contengan tersebut. Contengan gambar swastika, bendera Amerika dan berbagai penghinaan perkauman. "Beliau tidak pulang ke rumah," kata Syeda.

"Ayah saya adalah seorang yang sangat ambil, bekerja untuk membangunkan perdamaian, kesatuan dan kerukunan antara warga di High Desert," kata Mohammed Hadie, putera imam itu. Dia juga berdoa supaya"orang-orang yang melakukan kejahatan dahsyat ini akan mendapatkan balasan yang setimpal."

Pejabat CAIR mengatakan mereka tidak yakin mengapa Mohammed tidak melaporkan bahawa ada yang telah masuk ke dalam rumah kosongnya di Yermo dan contengkan cat bernada perkauman di seluruh dinding. Imam Mohammed Ali sempat mengambil foto dari tindakan vandalisme itu, dan gambar-gambar itu sekarang ditampilkan pada situs Web CAIR. Selama dua tahun, Pejabat Polis Daerah mengatakan mereka hanya dipanggil ke rumah Mohammed sekali untuk laporan kecurian pada November 2008.

Mohammed telah dimakamkan hari Senin (29/06). "Ini adalah kejadian yang sangat pilu dan merupakan kematian yang sangat tragis," kata Syeda. "Telah terjadi serentetan insiden pelecehan, diskriminasi dan kebencian terhadap Arab-Amerika atau Muslim-Amerika.. Dan kita ingin beritahu bahawa semua orang Amerika sepatutnya aman di rumah mereka."

Masjid Mohammed menaungi hingga 200 orang, terdapat kira-kira sekitar 22 keluarga Muslim di Barstow dan sekitarnya. Mohammed datang ke Amerika Syarikat 29 tahun lalu dari Jordan dan keluarganya dipindahkan ke Barstow pada tahun 2005.


Hate Graffiiti at Yermo House once Occupied by Imam Ali Mohammed
(ANAHEIM, CA, 7/2/09) – The Greater Los Angeles Area office of the Council on American-Islamic Relations (CAIR-LA) today called on the FBI to investigate Yermo Imam Ali Mohammed's death as a possible hate crime after the Muslim religious leader’s body was found inside a residence that burned down this past weekend. Below are photos of the graffiti written on the walls inside the residence prior to the fire. We apologize for the offensive language in the photos. hate_graffiti-w.jpghate_graffiti_2-w.jpghate_graffiti_4-w.jpghate_graffiti_3-w.jpghate_graffiti_5-w.jpghate_graffiti_6-w.jpghate_graffiti_7-w.jpg
Komen Blog Ibnu Hasyim: Baru-baru (9 Julai) Dewan Pemuda PAS Pusat menyerahkan memorandum mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Marwa el Sharbini seorang wanita Muslimah warga Mesir yang mati ditikam oleh seorang pemuda disebuah mahkamah di Jerman. DPPP mendesak supaya kerajaan Jerman memohon maaf kepada umat Islam amnya dan warga Mesir khasnya diatas tragedi malang yang berlaku dihadapan mahkamah tersebut sedang itu adalah kawasan di mana keadilan ditegakkan .

Tulisan-tulisan ini ada kaitan dengan peristiwa ini ialah..
DPPP bimbang ini adalah episod islamofobia yang tercetus dinegara-negara barat dan akhirnya ketegangan ini akan terus berlanjutan, seperti dalam kes di atas. Kita ucap syabas dan tahniah kepada DPPP. Sedihnya bagaimana dengan pemuda UMNO? Apakah UMNO tidak memperjuangkan nasib orang Islam, duduk kira Melayu sahaja? (2MA)

2 comments:

  1. Dalam politik di Malaysia ada 2 golongan yang akan timbul.

    Politik 1 : yang sanggup menjadi kuda kepada orang Melayu & Islam di Malaysia.

    Politik 2 : Sanggup MENJADIKAN ORANG MELAYU & ORANG ISLAM DI MALAYSIA NI " KUDA" bagi mereka dan mereka MENJADI Jokky bagi kaum & agama mereka......

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Satu lagi kisah pembunuhan wanita Islam dalam mahkamah oleh anggota NAZi di sebuah bandar di Jerman juga perlu dibantah di kedutaan Jerman dan pejabat wakil European Union di Kuala Lumpur.
    Ini adalah kerana pembunuhan ini berlaku di dalam mahkamah Jerman sendiri.
    Kemudian sumami wanita ini yang cuba menyelamatkan isterinya juga di tikam beberapa kali dan ditembak di kaki oleh polis mahkamah walaupun dikatakan kesilapan oleh pihak polis Jerman.
    Ini adalah satu contoh penindasan yang perlukan tindakan bantahan oleh Pemuda PAS dengan segera.

    ReplyDelete