Tuesday, July 21, 2009

Drs Khalil Idham Lim Jawab Isu Lilin & Berkabung Bukan Islam.

Drs.Khalil Idham Lim

KEMATIAN misteri Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor di Bangunan SPRM Selangor yang membawa kepada beberapa sidang media dan perhimpunan yang olah PR Perak, ada pihak-pihak yang tidak faham mempertikaikan tindakan DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dan Drs.Khalil Idham Lim ADUN Titi Serong selaku Ketua Penerangan PAS Perak.

Pertikaikan tindakan mereka yang hadir di majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock dan memegang, kononnya bercanggah dengan ajaran Islam. Drs.Khalil Idham Lim, kebetulan seorang Cina Islam rasa terpanggil untuk menjawab isu tersebut seperti yang disiarkan akhbar Sinar Harian berbunyi...

"Tindakan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin memegang lilin semasa menyertai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock baru-baru ini, adalah luar budaya Islam. Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid berkata, sebagai pemimpin beragama Islam, Nizar tidak sepatutunya memegang lilin pada acara keagamaan itu, perbuatannya akan mempengaruhi masyarakat Islam kerana beliau adalah seorang pemimpin dan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Kita bimbang soal haram atau halal diketepikan semata-mata mahu mengejar kepentingan politik parti tertentu didalam negara ini" Katanya kepada Sinar Harian semalam"

Berikutan jawapan dari Drs.Khalil Idham Lim...

"...dengan itu saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Saya menafikan bahawa gambar dan majlis yang didakwa sebagai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pihak diatas. Gambar tersebut dan upucara menyalakan lilin adalah semasa sesi Sidang Media pada jam 11.00pagi 17 Julai, bertempat di wisma DAP Ipoh . Sidang Media tersebut dianjurkan oleh Skretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh sekitar 20 ADUN PR dan pimpinan tertinggi parti.

2. Memegang lilin dan Colok bagi orang cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan. Kebetulan saya adalah bekas penganut agama Buddha selama 22 tahun sebelum memeluk Islam, saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China . Sebab itulah jika kita berkunjung dimana-mana mesjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual dimesjid.

Semasa sembahyang Hari Raya Puasa atau Haji, jangan terkejut bila kita menyaksikan kumpulan Imam dan Persatuan Islam serta AJK Mesjid berbaris masuk ke dalam mesjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir hari raya, dan sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang colok itu ditinggalkan di luar (saya ada koleksi gambar mengenai upacara ini).

3. Kami sama-sama memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media itu dan bukannya bertafakkur seperti yang diminta. Sebelum ini sudah sekian banyak teman bukan muslim yang menghormati upacara membaca doa dan pelbagai majlis.

4. Saya mempersoalkan kenapa perkara ini diperbesarkan termasuk oleh Bapak Prof kita yang nampaknya berat sebelah dalam menilai perlakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Kenapakah pokok persoalan asal yang lebih besar yakni tindakan menghilangkan nyawa yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan. Sepatutnya soal itu didahulukan dalam perkara ini.

5. Saya takut nanti pihak berkenaan nampak berani berkokok dalam masa lain melibatkan pemimpin UMNO senyap dan, "punggung penuh dengan najis".

6. Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin UMNO yang mengaku beragama Islam wajib ditegur olweh Bapak Prof. Kenapa hanya berdiam diri. Paling besar dalam persoalan upucara di Tugu negara yang telah difatwakan.

7. Saya berharap penjelasan ini meredakan suasana resah yang segaja menimbulkan firnah kepada kami serta tidak mustahil mengelirukan ahli PAS dan penyokong pakatan Rakyat. Allahu Alam...."

Dipetik dari kenyataan media beliau pada 20 Julai 2009, semalam.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Nampaknya isu ini dipanjangkan oleh puak-puak UMNO & 'kuda kepang'nya nak tunjuk mereka lebih Islam dari PAS dan PK. Tapi sebenarnya mendedahkan kefahaman Islam mereka yang kolot, lari dari kenyataan dan ketinggalan zaman.. Kokoknya saja berderai-derai punggung bergelumang ..... (2MA)

6 comments:

Raden karjo al segamati said...

hehhe..ayat ko 'lebih Islam dari Pas' tu yg tak tahan tu..apa ade dlm fikiran ko yek...kita cuma tegur jek..tak penah cakap lebih Islam dr sesiapa..ko pulak macam mana kalau orng kata ko nak nampak lebih Islam dr org lain sbb pakai nama ibnu Hasyim sedangkan ko takde niat macam tu pun..

Ibnu Hasyim said...

Terima kasih komen anda. Anda berhak menilai.. Alhamdulillah.

Anonymous said...

Memandangkan us lim kata di cina masjid banyak colok..dan ramai orang islam pergi ke masjid bawa colok..saya rasa di masjid-masjid atau surau-surau PAs kita dah boleh letak dua tiga colok..bila masuk waktu..Pak imam mesrti bawa colok begitu juga pak bilal..Kalu nak beli colok kalu di Ipoh atau Gunung Rapat ada jual..dekat kedai Pancing..tak perasan saya satu ikat berapa..yang jenis gantung pon ada..
esok lusa saya akan tengok harganya..kalu tak terlalu mahal mungkin nak gantung kat surau-surau..PAS..

Anonymous said...

Us Lim..saya ingat kita pasang colok yang besar tu boleh tak..tahan lama sikit..sampai 2 tiga hari ..boleh pasang kat pintu masuk..
Yang gantung macam ubat nyamuk tu kita sangkut kat keliling surau ke masjid ke..
yang kecik..macam bunga api tu..kita derma ..kepada jemaah yang datang..sorang satu batang..
saya harap Us Lim..akan mulakan..sebab kita dimalaysia kurang Pergi negeri cina...ustaz Lim yang ada pengalaman boleh ajarkan muslim di malaysia..
Orang tak akan marah..sebab Islam lebih lama di Cina dan penduduk Islam cina lebih ramai darai islam di malaysia...

Anonymous said...

Betul kalu us Lim pergi ke Cina pulak untuk berdakwah..bawa sekali gambar Teko ayah Pin..tunjukan pada Cina islam di sana..
Mesti muslim disana respek..

anti munafik said...

allahuakbar...pas ni pejuang islam ke...memaki,memfitnah,mengumpat dan me......semuanya dibuat oleh pas.tak dinafikan ada yang alim dan baik tapi kalau orang umno pegang lilin macam tu.....lu pikirlah sendiri apa akan jadi tapi takpa anak kunci syurga ada pada pemimpin pas,zaman nabi dulu pun ramai sahabat jadi ahli pas(ayat sinis ni,kalau tak tulis tak boleh nanti benda macam ni pun korang tak faham)....hi,hi,hi.bawa-bawalah mengucap

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails