IMAM Sufyan bin 'Uyainah[1] berkata "عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة " bermaksud, " Apabila menyebut tentang orang-orang soleh, rahmat akan turun".[2] Pada 23 Jun 2009, genaplah 7 tahun pemergian seorang tokoh pejuang Islam yg tidak asing lagi di tanah air, Almarhum Ustaz Fadhil Noor. Beliau telah kembali menemui kekasihnya pada tanggal 23 Jun 2002. Semoga ruhnya ditempatkan bersama para anbiya dan syuhada. Al-Fatihah...
Bekas Presiden PAS ini merupakan seorang tokoh yg dihormati kawan dan digeruni lawan. Hidup dan matinya untuk perjuangan Islam. Berikut merupakan video-video berkaitan beliau:
Dokumentari berkisar kehidupan seorang pemimpin Islam yang dihormati dan berjiwa rakyat, Ustaz Fadhil Noor.
Video 1:
Video 2:
Video 3:
Ucapan terakhir Ustaz Fadhil Noor : Ucapan Penangguhan dalam Muktamar Tahunan PAS Tahun 2002 di Dewan PUTIK, Kelantan. Sila tekan sini.
Berikut pula biodata bertulis tokoh ulung perjuangan Islam. Anda boleh lihat di sini.
Berikut pula kisah seorang juruterbang non-Muslim yg memeluk Islam setelah memerhatikan keajaiban yg berlaku ketika membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Noor. Betapa hebatnya beliau, hidup dan matinya adalah dakwah!
________________________
[1] Imam Abu Muhammad Sufyan bin 'Uyainah bin Abi Imran Maimun Al-Hilali. Salah seorang Huffaz dlm Ilmu Hadith. Menetap di Kufah kemudian berpindah ke Makkah dan meninggal di sana pada tahun 198H.
[2] -Berkata Ali Al-Qari: Hadith عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة ialah daripada kata-kata Sufyan bin 'Uyainah.(Al-Masnu')
-Berkata Al-Hafiz Ibn Hajar: Tiada asal baginya.
-Berkata Al-Iraqi ketika mentakhrij Hadith-Hadith Ihya': Tiada baginya asal yg marfu sesungguhnya ia adalah kata-kata Sufyan bin 'Uyainah.
-Di antara yg menyatakan ianya kalam Sufyan bin 'Uyainah ialah Abu Nuaim di dalam kitabnya Hilyatul Awliya', Ibn Abdil Barr di dalam At-Tamhid, Ibn Abi 'Asim di dalam Az-Zuhd.
Sumber: Tashihul Afham fi ma yansibu ila Nabiyyina alahissolatu wassalam, karangan Syeikh 'Alawi bin Hamid bin Muhammad bin Syihabuddin.
Ada kaitan...

- Minda Fadzil Mohd Nor Presiden PAS Ke 6 Siri 3
- Minda Fadzil Mohd Nor Presiden PAS Ke 6 Siri 2
- Minda Fadzil Mohd Nor Presiden PAS Ke 6, Siri 1
- Genap 7 tahun pemergian Almarhum Ustaz Fadhil Noor.
3 comments:
Aku terharu lihat kisah ustaz Fadhil..
Mat, mana boleh dapat vcd nya?
Ingat tak aku? Kita sama-sama al-marhum ustaz fadhil pi ke Seremban ikut dia ceramah dulu? Naik van hang..
Waktu tu PAS miskin tak macam la..
menitis air mata ana bila tengok video klip ni,,,,,,,,,
Kepada Kawan lama.
Ha. Aku ingat peristiwa dulu. Ada ramai yang ikut. Tapi.. hang sapa?
Post a Comment