CATATAN SANTAI
HARI itu saya diajak pergi ke sebuah gereja di Selangor, untuk meninjau dan melihat samada benartidaknya ada cubaan memurtadkan orang Melayu Islam melalui gereja tersebut. Teringat pula kepada satu e-mail yang dihantar ke blog saya, begini beritanya...
'PULAU PINANG, 8 Julai -Dua penganut Katholik hari ini membuat laporan polis mendakwa seorang wartawan sebuah majalah "menceroboh" majlis keagamaan di sebuah gereja Katholik di Kuala Lumpur dua bulan lalu bagi menyiasat dakwaan kononnya terdapat kegiatan mengkristiankan remaja Islam di gereja itu. Joachim Francis Xavier dan rakannya, Sudhagaran Stanley membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Joachim berkata mereka membuat laporan itu selepas membaca artikel yang ditulis seorang wartawan Majalah Al Islam keluaran Mei 2009, yang mendedahkan tinjauannya di dalam gereja bagi mencari kesahihan kononnya remaja Melayu dimurtadkan. Beliau berkata tindakan wartawan itu mengambil bahagian dalam upacara keagamaan yang dikhususkan hanya untuk penganut katholik dengan tujuan mengintip dianggap sebagai perbuatan menghina agama berkenaan.
Katanya semua perbuatan itu didedahkan sendiri wartawan berkenaan dalam artikel bertajuk "Tinjauan Al Islam Dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Murtad" dan beliau percaya maklumat yang diperolehi sehingga membawa wartawan itu dan seorang kawannya ke gereja berkenaan adalah tidak benar. Sehubungan itu, beliau mahu polis menyiasat perkara itu bagi memastikan ia tidak berulang lagi pada masa akan datang. "Perbuatan mengintip di mana-mana rumah ibadat dianggap mencemar kesucian tempat itu," katanya. (Sumber :BERNAMA)'
Saya fikir-fikir, "Okey..Jom!!" Kami pun pergi. Kami tersalah jalan dan terlewat. Sesampai di sana, rupanya ramai sudah ada sedang menemuramah beberapa orang Melayu di geraja itu. Juga ada majlis taklimat dari paderi di situ, iaitu pada pengunjung termasuk seorang ustaz, ramai pemberit-pemberita termasuk beberapa blogger.
Ringkasnya, saya petik tulisan seorang blogger yang hadir di situ...
' Setibanya kami di sana, kami disambut oleh Razak, antara penghuni Melayu yang telah lama tinggal di situ. Masuk saja ke dalam gereja tersebut, bau kuat ubat terus menusuk hidung, ia seolah-olah sebuah ‘mini hospital’. Di belakangnya telah menunggu tidak kurang daripada 20 orang anak-anak Melayu, kesemuanya pembawa virus HIV. Melihat saja kelibat mereka, aku hampir menitiskan airmata, kesemuanya yang berkain pelikat menyambut kami dengan wajah yang sedih dan sayu.
Ada yang bertongkat, ada yang berkerusi roda, ada yang sedang demam dan ada yang baru keluar dari wad. Hampir sejam kami mendengar keluhan hati mereka, mendengar kisah bagaimana mereka dihina, disisih, didiskriminasi dan berbagai lagi. Pun begitu, mereka bersyukur kerana sekurang-kurangnya gereja tersebut sudi ‘mengutip’ mereka daripada terus menjadi sampah dalam masyarakat. Selepas itu, kami berkesempatan bertemu dengan salah seorang paderi di situ, beliau ternyata cukup profesional dan melayan kami dengan tanpa rasa curiga.
Untuk pengetahuan korang, aku sebagai orang Islam sebenarnya sangat malu ketika berada di gereja berkenaan. Bayangkan, walaupun saudara-saudara kita itu bukan dari agama mereka, tetapi saudara-saudara kita itu dilayan bak menatang minyak yang penuh. Petugas gereja sedang menyiapkan ubat untuk para penghuni gereja. Saudara-saudara kita itu dimandikan, diberi ubat, diberi makan sehingga ke peringkat dipakaikan lampin oleh petugas di gereja tersebut Aku tertanya pada diri sendiri, kenapakah kita tidak boleh jadi seperti mereka sedangkan agama kita juga adalah yang terbaik, kita ada al-Quran sebagai panduan, semuanya cukup lengkap tetapi sayang ia tidak diterjemahkan dengan baik oleh para pengikutnya.
Selepas kira-kira sejam di gereja tersebut, kami berjaya membawa keluar seorang lagi anak Melayu daripada gereja berkenaan, Alhamdulillah, paderi tersebut melepaskannya dengan rela hati. Aku keluar dari gereja itu dengan perasaan yang berbelah bagi…kalau nak dikeluarkan semua anak Melayu di gereja itu, ke mana hendak di bawa mereka ini? Kalau nak biarkan pulak, takut akidah mereka akan terpesong. Justeru aku menyeru kita semua agar teruskanlah menyokong usaha murni Ustaz Amin (Seorang ustaz yang hadir di situ) untuk menyediakan tempat untuk saudara-saudara kita ini.'
Demikian tulis blogger itu dalam blognya.. http://syahrilkadir.wordpress.com/
"Apa pendapat hang?" Tanya kawan yang membawa saya ke situ semasa dalam perjalanan pulang. Saya jawab..
"Kan kita adalah sebuah kerajaan, agama Islam adalah agama yang membawa perdamaian, begitu juga dengan agama lain menurut pandangan penganut-penganutnya. Kita ada kementerian kesihatan, kebajikan, jabatan agama, pertubuhan Islam & individu sukarela, yang sentiasa ingin membantu. Pihak gereja juga ingin membantu, bahkan kerajaan menyiapkan peruntukan untuk gereja seperti dalam taklimat paderi tadi, di samping sumbangan-sumbangan dari luar negara.
Pada saya tidak ada sebab tidak boleh diselesaikan. Kecuali ada penyelewengan dan salah guna kuasa, tugas atau kewangan di kalangan petugas. Berapa banyak wang Pusat Zakat yang sedang diperniagakan? Kalau betul ramai yang jadi murtad melalui gereja, mengapa bahagian agama atau pihak polis tidak buat penyelidikan dan pendedahan?
Contohnya, rumah sedang terbakar hangus, pihak bomba masih sedang menyalahkan orang lain, baru nak mesyuarat, baru fikir masalah kenderaan, air dan lain-lain.. lembab bertindak. Inilah yang berlaku. Masing-masing ada peranan masing-masing, saya kritik ini pun sebagai melaksanakan tugas agama bagi seorang blogger!"
"Jadi la ni salah sapa?" Kawan saya itu tanya.
"Salah kita... Kerana kita pilih kumpulan parti yang meletakkan agama di bawah kuasa politik asobiah!"
Sekian, wallahu 'aklam.
Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL Julai 14, 2009.
12 comments:
Semasa saidina Omar menaiki keldai di kawasan Baitulmaqdis, maka ada seorang paderi Nasrani datang kepadanya didalam baju paderi yang amat daif.
Maka berkenalanlah khalifah Islam itu dengan paderi nasrani yang mengamalkan hidup zuhud itu.
Setelah paderi itu kembali ke gerejanya, maka menangis teresak-esak saidina Omar kerana mengenangkan kepada paderi itu kerana akhirnya, paderi itu tetap akan masuk ke neraka kerana masih tertipu dengan tipu daya syaitan yang menyesat dia masih kekal di dalam agama nasrani.
Begitu jugalah paderi di dalam cerita ibnu hasyim ini. Walau bagaimana 'profesional' atau 'ikhlas' beliau membantu orang sakit, namun dia tetap kufur kepada Allah, kafur kepada Rasulullah dan kufur kepada Al-Quran.
Sedih hamba melihat paderi itu masih hidup didalam penipuan syaitan iblis musuh manusia yang nyata.
Jika diamal secara keseluruhan dengan pemahaman tentang konsep universal dan cara hidup Insya Allah seribu gereja pun belum tentu memurtadkan umat.
Harap Tan Sri Harussani dapat beri pandangan.
Salam.
Berpijak di bumi nyatalah dengan kehidupan ini.
Lihatlah kehidupan orang Islam. Bergaduh di sana bergaduh di sini. Kutuk sana kutuk sini. Kita yang lebih Islam, orang lain tidak. Banyak lagi kelakuan2 negatif.
Pergilah ke masjid.
Tengok sendiri.
Kadang2 terasa tidak diterima.
Tengoklah kebersihan masjid. Bersih ke tidak.
Pentadbiran masjid. Berebut. Berebut pasal apa.
Bila orang menjauhi masjid. Tanyalah sebab. Terasalah malu bahawa kita gagal menarik mereka. Gagal berdakwah.
Mencerita sejarah Islam tetapi sekadar mencerita, tak ada guna. Cerita keagongan Islam di zaman silam, tetapi Islam sekarang celaru.
Sebab utama. Baca banyak kitab tetapi buku2 lain tak baca. Serupalah dengan perangai, bila dapat ijazah, dah tak baca buku. Manalah nak maju.
Jangan salah mereka. Salahkan kita.
Blog Ustaz Amin http://www.ustazamin.com/
dunia mengetahui malaysia negara islam walau hakikat islam melayu malaysia je yg mengetahuinya, kerajaan malaysia bangga dgn bilangan masjid yg besar lagi cantik tapi kuantiti jamaah langsung tidak dinyatakan. ini kerana iklan utamakan keluarga dan rumahku syurgaku mendapat target yg dipropagandakan. agama jatuh no3 selepas bangsa dan negara oleh persatuan majoritinya Islam.
tepuk dada tanya diri sendiri. Agama masing-masing mengajar kearah kedamaian. Kenapa perlu ada nya sifat saling kutuk-megutuk antara satu sama lain.
Adakah ini salah satu cara mainan politik masa kini?
Atau memang orang kita yang semakin berakal pendek?
Sembahyang tak tinggal waktu tak bererti seseorang tu suci.
Kalau sekali sembahyang terus confirm masuk syurga........
mana you all tau?
pernah mati hidup balik kah?
hormati lah sesama bangsa macam dulu-dulu tgk cerita p.ramlee pompuan berlakon pakain kain kemban je pun tak kisah. kalo sekarang entah le......
Dah la... korang org ISLAM ni sume cakap banyak !!! aku susah nak mintak tolong sesame ISLAM pon Payah !!! aku pegi mintak tolong ngan padri kejap je dia bole tolong.. KOrang ingat korang ni dah betol2 ISLAM ke dr segi HAKIKAT haaa ???? Dorang la yg sebenar2nye pengamal ISLAM dan pesuruh TUHAN ALLAH... korang ustaz2 banyak ceramah jeee... bukan turun padang pon !!!! cakap tak serupa bikin la !!!!
kpd Encik Mazwandi Mustopa...
Umar R.a. dia nampak LUAR dan DALAM..
awak nak ikut cara dia tu awak dah bersih ke???? betol2 BERSIH ke????
Sedang ALLAH sendiri berkata... " Aku BEBAS memilih sesiapa sahaja (cuba ppaham betul2) untuk masuk ke SYURGA ku".... dan " Masuk Syurga Ku bukan dengan amal ibadat tapi kerana RAHMAT ku".... ade ko paham ape yg aku tulis nih ??? kot stakat memegang KULIT dari kecik sampai ke Tua tak payah la nak menaikkan taraf UGama. Umar ngan ALLAH mana lebih Mulia???
p/s:- Sesiapa pon takde hak nak kata org lain KAFIR atau AHLI NERAKA. Belajar faham betol2 ape itu ISLAM pada HAKIKAT yg sebenarnya.... paham???
Salam sejahtera kawan,
Seperti saudara, saya serta keluarga pun pernah pergi ke tempat yang saudara bicarakan di Rawang.
Tujuan utama saya ke sana adalah untuk melihat dengan mata sendiri orang-orang yang menghidapi HIV melalui seks atau penagihan dadah. Serta, buat sedikit sumbangan buah-buahan kepada orang-orang di sana.
Adalah patut saudara tahu bahawa tempat yang dibicarakan bukanlah sebuah gereja. Ianya sebuah pusat pemulihan HIV yang ditubuhkan oleh "brothers" Katolik yang ingin bantu mereka yang sakit. Same seperti sekolah La Salle dan Convents di Malaysia.
Simbol palang diatas bangunan itu memang mudah ditafsirkan sebagai gereja, tapi ianya bukan. Simbol palang itu adalah tanda mengingatkan "brothers" bahawa perbuatan mereka adalah demi menolong mereka yang memerlukan penolongan; seperti Nabi Isa menolong seorang pesakit "leprosy".
Saudara patut tahu juga behawa didalam pusat tersebut, tiada sebarang agenda untuk mermurtadkan mereka yang beragama lain. Ini jelas kelihatan dengan tatasusila pelbagai agama yang berbeza (islam, hindu, buddhist, dan etc) tampal di dinding tempat masuk.
Penghuni yang beragama lain dibenarkan praktis agama mereka. Setiap hari jumaat, mereka yang beragama islam, akan dibawa ke masjid berdekatan dengan van.
Saya harap, penjelasan saya ini dapat terangkan bahawa tempat tersebut bukanlah sebuah gereja dan bukanlah tempat untuk memurtadkan orang. Ianya hanya sebuah pusat permulihan HIV untuk semua, tanpa melihat warna kulit atau agama.
Saya pohon maaf sekiranya comment saya ini panjang sangat. Dan saya ingin berterima kasih kepada saudara sebab saudara sanggup melawat pusat ini dengan hati yang terbuka serta bantu mereka yang memerlukannya.
Agama kita mungkin berbeza tetapi pada asasnya, kita ada sesuatu yang umum, kasih-sayang.
Wasalam,
Keith
bobkhairul, please don't confuse the fact. The fact is, according to Quran, if you're not a Muslim, you will definitely not go to Heaven.
That is a fact, undisputed.
Kafir is also clearly defined (i.e. not a Muslim). That is also a fact.
Who can go to Heaven? Now this, if anyone will say as a fact, will lie. Just because you're a Muslim doesn't mean you will go to Heaven.
Perhaps if you see things with less emotion you can argue more effectively.
The place in the picture is called the White House.
My friends and I visited the place about 3 years ago when it was being restored. It was previously some colonial house left behind.
Prior to that the Hospis centre for AIDS/HIV patients was in a wooden house with limited resources.
This place is to give a place for people to spend their remaining days with dignity and some amount of comfort.
Whatever religion/faith they practice.. I am sure the stewards at the White House are just doing what every human being should do for one another. The Christian brothers are just following what God has commanded them to do .
As Christians we are compelled by the grace and love we have received from the Almighty to do works of compassion and kindness. It is our response to the love we have received.
Take care Peace, Love & Joy be to every created being of the Almighty
Post a Comment