JULAI 26: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedia menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri Pas dengan Kerajaan Pusat demi menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam, lapor Blog Jiwo Kelate hari ini.
Beliau yang juga Mursyidul Am Pas, berharap perselisihan pendapat yang timbul di kalangan pemimpin politik terutama antara Umno dan Pas sewaktu kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, baru-baru ini dilupakan dan kedua-dua pihak kembali semula kepada semangat persaudaraan sesama Islam.
Nik Abdul Aziz yang kelihatan serius menyuarakan perkara itu berkata, sebelum ini kerajaan negeri tidak pernah pun menganggap kerajaan Pusat sebagai musuh, tetapi hanya sebagai lawan dalam mempertahankan perjuangan ideologi politik masing-masing.
“Seperti mana biasa, pertembungan pendapat dan ideologi timbul pada saat-saat menjelang pilihan raya,” katanya selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia ke-38, di sini, semalam.
Mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, berkata Umno negeri mengambil sikap terbuka dan berharap Mursyidul Am Pas menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan. – Berita Minggu 26 Julai 2009.
“Kami mengambil sikap terbuka terhadap apa yang boleh merapatkan perpaduan umat Islam dan orang Melayu. Dalam hal berkaitan agama dan bangsa, tidak harus ada percanggahan pendapat, sebaliknya harus ada perpaduan.
“Memang kita ada perbezaan ketara dalam politik kerana perjuangan kita berbeza, tetapi jika dalam perjuangan itu ada persamaan, tidak ada sebab kita tidak boleh bermuafakat, khususnya untuk kebaikan rakyat, namun harus ada keikhlasan dan kesungguhan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri di sini.
Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini adalah antara kepimpinan Pas yang tidak bersetuju dengan cadangan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Begitulah seninya dakwah dalam politik membela kebenaran dan keadilan Islam.
4 comments:
Yek ke seperti kata tuan yang cadangkan Kerajaan Perpaduan itu TGHH...kan dia nafikan..
sapa sebenrnya tak beberapa betul di dalam PAS ni?
pak hasyim.. media perdana suka berita macam ni.. siap satu muka penuh la... macam ada apa apa jer..
kesesatan yang nyata ada pada pas...umno pun banyak yang tak betul tetapi jasa yang diberi melebihi keburukan...pas banyak tak betul dan tak ada buat apa pun...sekadar mengajar di masjid,kutuk sana kutuk sini tak jadi wakil rakyat pun boleh.
dah tiba masanya untuk semua orang melayu kembali bersatu demi agama, bangsa & tanah air. sekarang ni bangsa asing dah semakin melampau memijak agama islam, kita masih tak sedar2. kalau nak ikut siapa betul sebenarnya dua2 parti melayu yang besar ni tak betul sebab meletakkan politik lebih dari agama. sekarang ni tak terasa lagi la, sebab masing2 dah ade tanah harta, cuma bila sok2 kuasa orang melayu dah hilang, tanah harta sikit2 kena amik secara sah dan berparlimen, anak cucu bangsa sendiri jugak yang merempat. esok lusa jangan sampai tahap anak cucu nak pacak jamban pun tak lepas sebab dah takde tanah, rumah jauh sekali la. kan dah ada sejarah kejatuhan islam ni sebab ape, sebab umat tak bersatu kan, sudah2 le tu orang2 PAS & UMNO..///
Post a Comment