Sunday, July 12, 2009

Kisah Wanita 'Pahlawan Jilbab'..

JENDELA GLOBAL


TEHERAN – Beberapa jamaah solat Jumaat di Teheran mengadakan upacara pemakaman simbolik bagi Marwa Al-Sherbini, seorang wanita Mesir yang terkorban ditikam, di ruang mahkamah Jerman ketika sedang mengandung 4 bulan. Mereka meneriakkan slogan-slogan dan mengutuk Jerman dan Angela Merkel kerana mengabaikan pertumbuhan rasisme dan fasisme di negaranya. Marwa Al-Sherbini, yang kini dianugerahkan gelaran 'Pahlawan Jilbab' telah dibunuh di ruang mahkamah kota Dresden.

Ceritanya begini, Axel M, 28 tahun adalah jiran Sherbini, dia naik berang dengan keputusan mahkamah sebelumnya yang telah menjatuhkan denda padanya kerana menghina Marwa dengan menyebutnya 'pengganas'. Axel dikatakan cuba mengugut untuk membunuh Shebini dan anaknya. Sherbini tidak takut dan terus membawa ke muka pengadilan, dan Axel dihukum bersalah.

Tetapi dalam mahkamah Marwa diserang dengan tikaman-tikaman senjata. Suami Marwa, Elwi Ali Okaz, cuba menolongnya tetapi diamuk dan ditikam oleh Axel. Bukan itu sahaja bahkan ditembak di kaki oleh pengawal keselamatan di situ dengan alasan 'tersalah orang'. Okaz suaminya, kini berada dalam keadaan kritis dan dirawat di hospital awan, Jerman.

Penunjuk-penunjuk perasaan simbolik itu mengatakan Angela Merkel sepatutnya lebih fokus terhadap perluasan gerakan fasisme di Jerman daripada ikut campur dalam urusan internal Iran. “Mengapa mereka tidak menunjukkan rasa sedih atas kematian hak asasi manusia di negaranya sendiri?” seorang pendemo bertanya.

Menteri Luar Iran telah memanggil Duta Jerman & Itali bagi Teheran mengenai pembunuhan brutal tersebut. Beliau memprotes sikap membisunya pemimpin G8 terhadap kes itu. Dalam pertemuan dengan duta besar Jerman Herbert Honsowitz tersebut, Pengarah Kementerian Eropah Barat dari Kementerian Luar Iran mengkritik kelambatan respon kerajaan Jerman dan menyatakan Jerman bertanggung jawab memastikan ke amanan kaum minoriti yang tinggal di negaranya, termasuk penghuni Muslim. Menteri Luar Iran juga memanggil duta Itali kerana negara tersebut menjadi tuan rumah pertemuan negara-negara G8 di L’Aquila.

Jurucakap Menteri Luarnya Hassan Qashqavi pada hari Khamis mengutuk pembunuhan tersebut sebagai tindakan 'menjijikkan' yang melanggar semua nilai dan hak asasi manusia. Hampir empat juta Muslim di Jerman mengecam pembunuhan itu.

Menteri Luar Jerman, Frank-Walter Steinmeier menyatakan bela sungkawa kepada Menteri Luar Mesir Ahmed Aboul Gheit kelmarin. “Kematian Marwa Al-Sherbini yang mengerikan di Dresden telah mengejutkan ramai orang di Jerman dan saya sendiri secara peribadi. Saya menyampaikan rasa bela sungkawa yang sedalam-dalamnya kepada rakyat Mesir dan terutama kepada keluarga ibu Marwa." ujar Steinmeier dalam pesannya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Marwa Al-Sherbini, perempuan Mesir berusia 32 tahun yang memakai tudung mengandung empat bulan, membawa tetangganya ke mahkamah kerana menyebutnya 'pengganas' dan ada saksi di mahkamah sewaktu ditikam sebanyak 18 kali di dalam ruang mahkamah di hadapan puteranya yang masih berusia 3 tahun, pada 1 Julai ini, di Dresden. Suami Marwa yang cuba menolong juga mendapat tikaman dari penyerang dan tembakan di kaki oleh pegawai keselamatan kerana kononya 'salah faham.'

1..Keganasan ke atas Marwa itu merupakan satu lagi contoh Islamophobia di negara-negara Barat dan fakta jelas menunjukkan bahawa media Barat memang kerjanya memutarbelitkan kenyataan.

2..Hal ini juga menunjukkan pendekatan Barat yang pilih kasih terhadap kes-kes hak asasi manusia. Apalagi dalam hal-hal agama Islam yang tidak menguntungkan mereka, sikap double standart jelas terbukti.

3..Dikatakan bahawa penyerang tersebut awalnya mulai menghina korban secara verbal kerana pakai tudung. Ingat! Menghina pakai tudung adalah menghina agama. Kalau seorang Islam menghina agama sendiri dengan sengaja boleh jadi murtad, dan boleh dihukum. Bahkan mengikut undang-undang Jerman sendiri pun sudah bersalah. Jadi kalau untuk menjaga ketenteraman di negara ini, maka rakyat Malaysia perlu mengenal perkara-perkara sensitif begini. Ini bukan perkara kecil.. kecualilah bagi menteri atau bini-bini menteri yang tak pakai tudung.

4..Menuduh 'pengganas' pada Islam (salah satu dari makna Islam adalah damai), ini pun suatu hal lagi. Pernah pemimpin-pemimpin negara ini dulunya (sekarang kurang sikit) dengan sewenang-wenang menuduh pejuang-pejuang Islam di luar negara sebagai pengganas tanpa bukti, dengan sindiran mengaitkan dengan yang di dalam negara. Mereka tidak sedar lidah mereka menjadi lidah biawak yang menyambungkan kempen propaganda AS untuk menghapuskan Islam. Merekalah baruanya, memukul Islam dengan orang Islam sendiri.

5..Setakat ini di Malaysia saya rasa belum ada orang yang menghina memakai pakaian tutup aurat seperti tudung dan lain-lain dibawa ke mahkamah. Begitu juga tuduhan pengganas!

6..Mengapa tidak ada respon atau lanjutan dari penganugerahan gelaran 'Pahlawan Jilbab' yang dimuliakan agama ke arah pentarbiahan Islam itu dibawa ke negara ini, samada melalui kerajaan, badan politik & dakwah atau NGO? Kan yang baik dijadikan tauladan!

(Dari pelbagaai sumber/2MA)

Lihat sebelum ini..

1 comment:

  1. bukan pahlawan jilbab. pahlawan hijab. cuba baca betul2 surah al ahzab tu. jilbab bukan khimar/hijab.

    ReplyDelete