JENDELA GLOBAL
Sydney Australia-Jumaat 24 Julai. Seorang Muslimah di Sydney Australia yang memakai tudung telah diminta melepaskan 'topengnya' oleh seorang pemandu bas di Sydney, semasa hendak menaiki bas tersebut. Menurut pemandu itu, tindakan Muslimah memakai tudung adalah bertentangan dengan undang-undang dalam kenderaan.Muslimah kelahiran Australia ini, Khadijah Ouararhni-Grech, seperti di dalam gambar di atas mengenakan pakaian menutup aurat berwarna pink ketika hendak menaiki kenderaan HillBus di Merrylands Rd, Greystanes.
"Waktu saya nak masuk dalam bas pemandunya kata 'Kamu tak boleh masuk dengan 'topeng begitu'.." lapor Ouararhni-Grech kepada The Daily Telegraph. Tetapi dia jawab dengan sopan, bahawa itu bukan topeng tetapi hijab, namun pemandu itu berkeras juga. 'Kamu kena tunjuk muka kamu pada saya!' " jelas wanita itu lagi,
"Di bas itu ramai penumpang lain, ada seorang perempuan dengan bayinya juga kecewa dengan tindakan diskriminasi pada saya... Saya akan mengunjungi ibu saya. Saya lahir di Parramatta. Saya orang Maltese dan saya seorang Muslim kerana saya memang memilih menjadi seorang Muslim!" Katanya dengan tegas.
"Saya kata kat pemandu itu, tiada beda antara saya dan perempuan yang duduk disana tak pakai seperti saya pakai." Setelah berdebat lebih 5 minit barulah diizinkan.
HillsBus merupakan perusahaan bas swasta di Sydney, telah dipastikan mengenai kejadian Selasa lalu, "Pada HillsBus kami akan menangani secara serius komplain yang dilakukan oleh pelanggan dan kami catat semua keluhan dari pelanggan." kata seorang jurucakapnya pada Khamis semalam.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Jelas maruah Islam perlu dipertahankan walaupun secara keras atau lembut. Seorang Muslim tidak boleh bersemangat dayus dalam mempertahankan maruah agama! Allahu Akbar! (Sumber The Daily Telegraph/AK)
Lihat berita lalu..
- Keluarga Marwa Dakwa Polis Jerman.
- Gambar Ini Hina Islam.. Apa Boleh Kita Buat?
- Dibakar Kerana Agama.. Bagaimana Pemuda PAS-UMNO?
- Lagi, Dibakar Kerana Agama? Yermo California.
- Kisah Wanita 'Pahlawan Jilbab'..
- Dibunuh Kerana Bertudung, Mengapa Berita Ini Ditut...
- Xinjiang 7: Nasib Orang Islam Di Bawah Negara Buka...
- Xinjiang 6, Lepas Solat Jumaat, Ditangkap Semula.
- Xinjiang 5: 'Solat Di Rumah Saja'.. Ditarik Balik....
- Kes Natrah: Melayu Tolak Undang Penjajah. -Dr Mohd...
- Xinjiang 4: 13 Mei & Konsep Ni Hao Ma?
- Xinjiang 3: Perang Internet, Mampukah Dikawal?
- Rusuhan Di Xinjiang 2.. Paling Buruk Di China.
- Rusuhan Di Xinjiang 1... Nampak Wanita Tu Bertudung...
1 comment:
Lihat pada bulu keningnya seperti dia cukur.. umm
Post a Comment