JULAI 6, 2009. Mursyidul Am Pas, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan kenyataannya menyamakan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat bukan strategi untuk memancing undi bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.
Beliau menyifatkan setiap kenyataannya sebagai ‘kempen’ kepada manusia dan akan dibuat sepanjang masa semata-mata kerana mahu menegakkan agama Islam. Katanya, sekiranya tidak ada pilihan raya sekalipun, beliau akan tetap mengeluarkan kenyataan tersebut ketika berceramah atau menyampaikan kuliah.
“Waktu saya buat kenyataan itu, saya buat kenyataan kerana Allah. Kempen saya kepada manusia supaya sedar.. Selagi tidak turut kepada agama, manusia akan meraba dalam hidup dia dan bagaimana kita nak pastikan laluan ke syurga kalau kita tinggal agama.. Kaitan itu (berkempen) munasabah pilihan raya, kalau tidak ada pilihan raya pun saya tetap berkempen Islam, sama saja.. UMNO dengan Pas baru 50 tahun (penubuhan), Islam sudah 1,500 tahun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kelmarin Penasihat Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, parti itu percaya tindakan UMNO ‘menyentuh’ Nik Abdul Aziz dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai akan lebih menguntungkan parti itu. Justeru, pihaknya membuka ruang seluas-luasnya kepada UMNO untuk menyerang peribadi pemimpin itu yang kebelakangan ini membuat pelbagai kenyataan keras mengecam UMNO.
Ketika mengulas dakwaan Pas memfitnah UMNO dengan menyebarkan bahawa parti itu menolak Islam, Tok Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, perkara itu adalah kenyataan dan menyifatkan UMNO bermuka-muka dalam perjuangannya. “Tolak Islam ini sama ada secara total atau tolak secara buat-buat. Zaman Nabi ada Abdullah bin Ubai. Dia buat masjid, tapi masjid itu ditolak. (UMNO) buat Islam tetapi dalam perutnya tolak. Orang panggil munafik, tolak juga,” katanya.
Beliau meminta anak-anak Kelantan yang menjadi pengundi di Manek Urai supaya kembali mengundi dengan menyifatkan tanggungjawab itu sebagai ‘kerja agama’ dan bukannya politik. Penamaan Calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai akan diadakan pada hari ini 6 Julai. 2009. jika ada pertandingan, Pengundian akan diadakan pada 14 Julai 2009.
(Sumber: Jiwo Kelate dll. 2MA)
kalau buat masjid untuk bermegah megah nak buat apa..cth kat putrajaya dah ader masjid buat lagi masjid besi.. bukan ke untuk bermegah ke tu tuan
ReplyDeletePEMBOHONG!!ORG PAS PEMBOHONG!!kpg aku..ketua kampung PAS..anak ramai..mat rempit..pencuri..mcm2 lagi..dan TAK BERSEKOLAH..masa menang dulu berdoyong-doyong pegi masjid..la ni mana pegi..PEMBOHONG..pemuda PAS pulak sorang kaki judi..main dgn pondan kat 'LAKE GARDEN TAIPING'..minum 'ARAK'..semua tu topeng..aku berani bersumpah cerita aku ini benar..
ReplyDeletesalam
ReplyDeletesekali lagi ak nk menasihat kepada yang menyalahkan sesuatu individu berdasarkan parti yg dipegangnya tanpa secara jelas menafsirkan dan merujuk kpd sunahtullah yg jelas kt dh blajar masa sek men dlu.
berkaitan iman merupakan perkara yg terlalu subjektif bg kita. imbas kembali kepada lirik lagu nyanyian kumpulan raihan ada menyebut "iman xdapat diwarisi dari seorang ayah yg bertakwa". berdasarkan lirik tersebut jelas memberi maksud kepada konsep iman sebenarnya. bg sy isu seperti ini jgan disalah tafsir kpd sesuatu pertubuhan kalau hnya individu yg membuat kerosakan. ingat umat islam sekarang pun banyak yg merosakkan nma agamanya adakah kt nk salahkan agama islam disebabkan perangai umatnya yg keji.
jgn politikkan akidah dengan sesuatu perkara yg jelas terkandung dan diajar oleh agama kta
waalahualam
depa manusia gak... ada nafsu... xkisah la pas kan unmo ka... pompuan bogel depan mata pon terjege mata... yang penting kita bersatu... pas dan umno sama saja... mana ada len, kena bersatu... btl x... ble buat maksiat sama2
ReplyDeleteBila dah namanya masjid, apa hal pulak nak bakar. Bukan ayah pin yang jadi imam. Pasal buat masjid pun nak gaduh, lain la nak runtuhkan masjid.
ReplyDeleteTapi kalau ada korupsi dalam pembinaan masjid perlulah didedahkan dan dihukum pesalahnya. Dari belanja ratus juta buat 1 masjid, baik kurangkan sedikit bajetnya dan salurkan untuk baiki banyak lagi masjid uzur di negara kita.
UMNO kata amalkan islam sebenar tapi taknak bantu sesama Islam.
Pas pulak jangan leka cari salah UMNO sampai ahli jadi setan pakai kopiah pun tak sedar.
Jangan ingat diri itu suci murni, takde dosa. Saya ingatkan diri sendiri dan semua agar sentiasa muhasabah diri dan menjauhi dosa dan kemungkaran. Kuatkan benteng agama diri dan keluarga dari terjebak ke lembah maksiat.