Tuesday, July 21, 2009

Mengapa Isu Islam-Kristian Dibangkitkan?


Gereja orang Asli di Kg Jias, Gua Musang, sebelum (atas) & selepas (bawah) dirobohkan.

KEBELAKANGAN ini mula bangkit kembali isu agama Islam-Kristian..

Pertama:

Seorang peguam menulis dalam blognya, di bawah judul 'Bila kerajaan PAS robohkan gereja', dimuatkan beberapa keping gambar gereja orang Asli di Kg Jias, Gua Musang, Kelantan. Kemudian ditulis dalam postingnya itu:

“Pada 16 Julai 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Baru, Tuan Mohd Azlan Hashim telah mendapati perobohohan gereja yang dilakukan pihak berkuasa adalah tidak sah dan salah serta mendapati tindakan pihak berkuasa selepas merobohkan gereja mencuba mendirikan balai raya menggantikan gereja sebagai menceroboh tanah Orang Asli. Mahkamah telah memerintahkan bahawa ketiga-tiga Defendan membayar ganti-rugi.”

Roslan SMS Corner menjawab dalam blognya:

"Kes ini merujuk kepada tindakan yang dilakukan oleh Pejabat Daerah Gua Musang pada 4 Jun 2007 lalu iaitu merobohkan sebuah binaan haram dalam kawasan pentadbirannya setelah memberikan notis dan makluman."

Peguam itu menulis lagi:

“Alasan pihak berkuasa untuk merobohkan bangunan ini adalah kerana Orang Asli Kg Jiras yang beragama Kristian telah membina bangunan ini sebelum mendapat kebenaran pihak berkuasa. Tetapi hakikat sebenarnya ialah bangunan itu dirobohkan tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana ia adalah sebuah gereja.”

Jawab Roslan SMS, "Sebagai seorang peguam, saya pasti beliau berhati-hati dalam penulisannya tetapi saya yakin ayatnya yang kedua itu agak provokatif dan cuba membuat tohmahan dan memanaskan hati dan telinga pembacanya. Hakim tidak pula memutuskan bahawa PBT Gua Musang didapati bertindak jahat sehingga sewenang-wenang merobohkan bangunan gereja itu semata-mata kerana ia gereja!"

Malah tambah peguam itu lagi, “Adakah pihak berkuasa tempatan akan merobohkan bangunan tersebut jika Orang Asli Kg Jiras mendirikan rumah ibadat agama lain yang disenangi pihak berkuasa dan kerajaan PAS? Malahan apabila pihak berkuasa menyatakan kesedian untuk membina sebuah balai raya (dan bukannya membina gereja) menggantikan gereja yang diroboh ditempat lain untuk Orang Asli Kg Jiras, ini menunjukkan dengan jelas betapa kurang senang PAS melihat kehadiran sebuah gereja.”

Jawab Roslan SMS:

"Sebenarnya semasa saya bertugas sebagai Setiausaha Akhbar Presiden PAS dahulu, semasa kejadian ini sejurus mengetahuinya saya segara menghubungi SETPOL Tuan Guru MB Kelantan untuk mendapatkan penjelasan selain rakan-rakan lain dalam PAS Kelantan. Ternyata tindakan PBT Gua Musang itu adalah tindakan pentadbiran yang tidak ada kena mengena dengan apa-apa tekanan politik. Saya malah ditujukkan notis-notis yang telah dikeluarkan oleh pihak PBT Gua Musang. Norman (nama peguam itu) ternyata cuba menggambarkan seolah PAS benci kepada gereja dan akan merobohkan apa sahaja binaan gereja sekiranya ia berpeluang. Gambaran ini sudah pastilah tidak tepat dan sangat tidak adil terhadap PAS.

Saya juga punya maklumat tentang persengketaan antara masyarakat Orang Asli yang beragama Islam (yang khabarnya majoriti di sana) dan yang beragama Krisitian di sana. Tetapi menulis dan mengadu-domba hal ini hanya akan mengeruhkan hubungan dan mencetuskan perasaan syak wasangka dikalangan rakyat Malaysia yang berbeza agama. Mahkamah telah membuat keputusan, ia dapati tindakan PBT Gua Musang salah dan ia perlu bayar pampasan. Mengapa kita bangkit dan heretkan sentimen agama dalam hal ini? Mengapa kita perlu kaitkan kononnya inilah tindakan PAS yang sememangnya benci pada Krisitian?"

Menurut Roslan, beliau pernah menulis dalam satu posting tentang satu cerita yang dibawa oleh sahabatnya Sdr Hu Pang Chau dari Kelantan. Hu pernah menceritakan tentang satu insiden di Kota Bharu yang melibatkan Tok Guru MB Kelantan dan sebuah gereja di Kota Bharu. Kata Roslan, beliau ingat gereja itu kerana pernah menghadiri tadikanya ketika kanak-kanak (sekitar tahun 60an). Gereja The Church of Our Lady Fatima. Di atas bagunan komplek gereja ini terdapat satu binaan salib yang besar.

Tok Guru MB Kelantan akan melalui jalan gereja ini setiap hari bagi menuju ke pejabatnya. Suatu hari Tok Guru baru perasan bahawa binaan salib itu telah tiada. Menurut Hu beliau segera memanggil para pegawai termasuklah tak silap salah seorang EXCOnya. Beliau arahkan untuk disiasat adakah pihak PBT telah bertindak menurunkan salib itu dan jika betul mengapa. Akhirnya setelah disiasat pihak gereja memaklumkan bahawa salib itu diurunkan oleh mereka sendiri kerana komplek gereja melalui proses pengubahsuaian. Moralnya begitulah prihatinnya seorang MB PAS terhadap kebajikan rakyatnya termasuklah penganut agama lain. (bukan hanya di Kelantan malah di Kedah dahulu Terengganu termasuklah Selangor dimana sahaja PAS punya kuasa).

"Bagi saya Norman keterlaluan dalam menuduh secara umum bahawa PAS memang bencikan agama lain dan akan bertindak sesuka hatinya jika berpeluang. Janganlah membantu pihak yang bencikan PAS dan Islam. Dapatkan gambaran sebenarnya tambahan sebagai seorang profesional sepatutnya fakta dan bukan emosi yang dijadikan bahan hujah dan tulisan." Demikian pandangan Roslan SMS.

Kedua:

Peguam itu juga memasukkan kenyataan 'KENYATAAN DAP JOHOR' 17hb Julai 2009 berbunyi..

"DAP JOHOR mengecam majalah al-Islam dan rencana Tinjauan al-Islam: Dalam Gereja Mencari Kesahihan Remaja Murtad; al-Islam edisi Mei 2009 dan tindakan biadab wartawan-wartawan majalah al-Islam yang telah memasuki gereja Katolik dan menjalankan pengintipan didalam gereja serta menghina umat Katolik apabila menyertai upacara roh kudus dengan menerima roti suci yang hanya boleh disertai oleh orang katolik yang telah dibaptis yang kemudian di ludah dan dirakam gambar."

Oleh itu, "DAP JOHOR menggesa pihak polis demi memastikan keamanan dan silahturahim antara kaum terpelihara menyegerakan siasatan dan mengambil tindakan terhadap majalah al- Islam dan wartawan-wartawan yang terlibat."

Untuk mengetahui serba sedikit masalah ini sila lihat..

* Remaja Melayu Murtad. Benarkah?
* Kalau Murtad Melalui Gereja, Salah Siapa?

-dan..
* Selamatkan Aqidah Masyarakat Kami..
*Orang Asli: Pengkhianat & Serang balas Kristian?
* Strategi Kristian Menawan Orang Asli?
* Jangan Me'Melayu'kan Orang Asli..
* Lelaki Asli. Tiup Seruling Dengan Hidung

Jadi, siapa sebenarnya dalang di belakang isu tersebut? Mari kita sama-sama padamkan. (2MA)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails