Monday, July 06, 2009

Mengenali PAS & UMNO Di Palestin..

CATATAN SANTAI


SAYA dapat beberapa kritikan, pertanyaan atau memohon penjelasan mengenai siaran artikel-artikel yang disiarkan dalam blog ini, ada yang berbentuk tulisan, SMS, dialog, soaljawab atau telefon mengenai kenyataan saya dalam hal PAS & UMNO di Palestin. Maka inilah jawapan saya...

DALAM dunia, cuma ada dua dasar atau paksi perjuangan. Dasar Islam dan Bukan Islam. Tidak ada 'atas pagar'nya seperti tidak ada atas ruang di tengah-tengah antara Syurga dan Neraka, atau antara gelap dan terang. Bagaimana samar-samar, setengah terang, setengah gelap? Itu termasuk gelap, kerana dalam bab Islam dan Iman, tidak boleh separuh-separuh. Kena jelas penuh dan masuk semuanya.

Ada perjuangan Islam dan bukan Islam.. Begitu pertarungan 'kuasa baik' dan 'kuasa jahat', tiada tengah-tengahnya. Mengenai harakah atau perjuangan begitu juga.. di mana-mana dan sepanjang zaman. Dari zaman Nabi Adam AS, hingga ke zaman Nabi Muhammad SAW, zaman Khalifah Islamiah hingga kini. Di Malaysia pun begitu, ada yang berjuang di atas dasar Islam, dan ada yang berjuang atas dasar bukan Islam seperti Nasionalis Asobiah, kadang-kadang di sebut 'nasionalis kanan' dibawah ketiak penjajah, atau 'nasionalis kiri' memilih dasar sosialis-komunis..

Yang mereka itu kadang-kadang memang beragama Islam, kerana memahami Islam secara tidak syumul atau hanya ibadah semata-mata. Kalau berpolitik pilih politik bukan Islam, berpelembagaan pilih perlembagaan Lord Ried, Karl Marx, Lenin, demokratik, atau sosialis-komunis. Yang Islam di Malaysia bersimbol Partai Islam (PAS) dan yang bukan Islam bersimbolkan Parti Kebangsaan (UMNO), mengapa dengan UMNO?.. kerana parti itu yang berkuasa dan memerintah. Anda boleh lihat dasar-dasar masing-masing dengan melihat perlembagaannya.

Begitu juga di Palestin dalam perjuangan merebut kemerdekaan. Bagi UMNO Palestin perjuangan untuk kemerdekaan tanah air semata-mata, tidak kira dasar apa yang digunakan untuk memerintah. Bagi PAS Palestin pula, kemerdekaan hendaklah tertegak di atas dasar dan perlembagaan hidup Islam. Tiada cara hidup Islam, kemerdekaan tiada memberi makna apa-apa. Jom kita berkenal-kenalan dengan rakan-rakan perjuangan kita di Palestin.

Banyak dasar dan paksi yang berjuang untuk kemerdekaan Palestin. Meskipun berbeza ideologi dan cara berjuang, namun hampir semua paksi yang ada di Palestin memiliki sayap tentera yang di gunakan untuk menyerang Israel. Di Malaysia, kini pertarungan melalui 'peti undi', kerana penjajah kononnya telah pergi, yang tinggal hanya kuncu-kuncunya mewakili paksi yang bukan Islam, mewakili tuannya penjajah itu juga. Adakalanya paksi-paksi pejuang di Palestin itu terlibat dalam pertempuran bersenjata sesama mereka, terutamanya antara Hamas dan Fatah.

Tetapi sewaktu serangan tentera Israel ke Gaza, boleh dikatakan hampir semua paksi atau wadah dengan sayap militernya turut berjuang melawan agresi tentera Israel itu. Mari kita lihat dasar perjuangan mereka...

PERTAMA: Dasar Islam.

A. HAMAS

HAMAS adalah akronim dari 'Ḥarakat al-Muqāwamat al-Islāmiyyah', bermaksud Gerakan Perjuangan Islam, adalah organisasi Islam Palestin yang meliputi organisasi sosial dan politik serta militer. Hamas di dirikan pada tahun 1987 oleh Syeikh Ahmad Yassin dan 6 sahabat serta murid-muridnya. Mereka adalah Dr Ibrahim Al Bazuri, Muhammad Syam'ah (wakil kota Gaza), Abdul Fatah Dakhan (wakil wilayah Tengah), Dr Abdul Aziz Ar-rantisi (wakil Khan Younis), Isa An-nasyar (wakil kota Rafah), Shalah Syahadah (wakil wilayah utara). Ramai dari mereka telah syahid.

B. Briged Izzuddin Al-Qassam.

Briged ini adalah sayap tentera dari HAMAS. Di dirikan pada tahun 1992 di bawah pimpinan seorang jurutera bernama Yahya Ayyash. Yahya Ayyash sendiri termasuk regu'Bom Syahid” yang banyak menyerang sasaran Israel. Semasa seranganIsrael ke Gaza baru-baru ini, brigade ini berjaya membunuh 80 orang askar Israel dan ratusan tercedera, menghancurkan 47 tank merkava, 4 helikopter, 1 pesawat pengintai dan menembak ratusan roket Al-Qassam ke Israel. (rujuk laman rasmi mereka 19 Jan 2009.

C. Jihad Islami (The Palestinian Islamic Jihad)


Gerakan Jihad Islam Palestin atau 'Harakat al-Jihad al-Islami fi Filastīn', adalah organisasi perjuangan rakyat Palestin terhadap permukiman Zionis Israel di Palestin. Kumpulan yang dicop 'pengganas' oleh AS. Tujuannya untuk menghancurkan Zionis Israel, dan membentuk sebuah negara Islam Palestin dibawah payung Syariah dan perundangan Islam. Jihad Islami secara signifikan lebih kecil dari Hamas.

Dibentuk di Jalur Gaza pada 1970an oleh Fathi Syaqaqi dan Abdul Aziz Al Awda sebagai cabang dari Jihad Islam Mesir, sebuah organisasi yang kini dipimpin oleh Muhammad Abdullah Ramadhan Shallah. Berbeza dengan Hamas, Jihad Islami menolak pernyertaan dalam pilihan raya yang di adakan di Palestin. Perjuangan mereka dikatakan lebih merujuk ke perjuangan Usamah bin Laden dan Al-Qaida.

D. Briged Al-Quds.

Seperti halnya HAMAS, Jihad Islami juga memiliki sayap militer yang dinamakan Briged Al-Quds. Mereka terlibat dalam berbagai serangan, termasuk 'bom syahid' ke wilayah Israel. Briged Al-Quds telah memiliki kemampuan mengembangkan peralatan tempur dan juga projektil bom yang sama seperti roket Katyusha yang dimiliki oleh Hizbullah Lubnan.

E. The Popular Resistance Committees (Komite Perjuangan Rakyat).

Komite Perjuangan Rakyat atau 'Lijan Muqawwamah Sya'biyyah' adalah organisasi perjuangan rakyat Palestin yang beroperasi di Jalur Gaza dan juga dianggap sebagai organisasi pengganas oleh Israel dan AS. Didirikan pada September tahun 2000 oleh Jamal Abu Samhadana, yang telah syahid pada 8 Jun 2006 bersama 3 ahlinya, sewaktu serangan udara Zionis Israel. Terdiri dari mantan-mantan pejuang Fatah dan Briged Syuhada' Al-Aqsa.

F. Briged Nasir Shalahuddin.

Briged ini adalah sayap tentera kepada The Popular Resistance Committees. Menjadikan perjuangan Shalahuddin Al-Ayyubi sebagai simbol dan idola perjuangan mereka.

Brigae Nashir Shalahuddin mempunyai kemahiran menanam bom pinggir jalan untuk menyerang konvoi militer Israel di jalur Gaza. Pada Mac 2008, briged ini telah meledakkan bom pinggir jalan, membunuh seorang pegawai tentera Israel, 3 cedera dan 1 parah.

KEDUA: Dasar Bukan Islam.

A. FATAH


Fatah, 'Harakat at-Tahrir al-Wathani al-Filasthini' atau Gerakan Nasional Pembebasan Palestin, dikatakan sebuah parti politik di Palestin yang didirikan pada tahun 1958. Parti ini bertujuan untuk mendirikan negara Palestin di daerah yang sedang menjadi tempat konflik Israel dan Palestina. Perjuangannya tidak mencatatkan kewujudan sebuah negara Islam yang merdeka.

Sebenarnya, Fatah bukan parti politik, tetapi adalah paksi terbesar dalam PLO sebagai sebuah gabungan multiparti. Kalau di Malaysia macam UMNO dalam gabungan BN. Fatah didirikan pada tahun 1958 atau 1959 oleh sekumpulan warga Palestin yang belajar di Kaherah, Mesir. Salah satunya adalah Yasser Arafat. Setelah 'Perang 6 Hari 1967', Fatah muncul sebagai kekuatan yang dominan dalam dunia politik di Palestin. Pada akhir 1960an, Fatah bergabung dengan PLO dan tahun 1969 menjadi tunggak dalam PLO.

Sejak itu, Arafat menjadi pemimpin PLO dan Fatah, hingga meninggal dunia pada tahun 2004. Gabungan ini terlibat dalam konflik dengan HAMAS setelah kemenangan HAMAS pada Pilihan Raya Umum 2006 lalu di Palestin. Organisasi perjuangan ini berhaluan nasionalis-sekuler. Pegawainya banyak yang korup dan perjuangan organisasi ini lebih banyak menggunakan cara-cara 'persuasif'.

Hal ini dapat dibuktikan dengan bersedianya Fatah menjalin komunikasi, berdamai dan mengiktiraf negara Israel. Kini Fatah dipimpin oleh Mahmud Abbas. Sama seperti pendahulunya Yaser Arafat, Abbas juga lunak dan sanggup menjadi talibarut Israel.

B. Briged Martyr Al-Aqsa.

Briged ini adalah sayap tentera dari Fatah. Se ideologi dengan Fatah di Tebing Barat. Semasa serangan Israel ke Gaza baru lalu, brigade ini turut berjuang melawan Israel dan khabarnya mereka turut bergabung dalam barisan mujahidin Palestin di Gaza. Hal ini cukup mengejutkan pimpinan Fatah sendiri yang sedang mengecam serangan-serangan yang ke atas Israel.

C. Popular Front for the Liberation of Palestine.

Front Rakyat Pembebasan Palestin atau 'Al-Jabhah Al-Sha `biyyah li-Tahrir Filasṭīn' ini adalah organisasi berideologi Marxist-Leninist sekuler, dan nasionalis. Juga merupakan organisasi politik juga bersifat ketenteraan yang didirikan pada 1967.

D. FRDP

Iaitu kumpulan 'kiri' Palestin yang mengambil sikap garis keras dan menentang sikap moderat yang dilakukan oleh Fatah. Tetapi pada tahun 1999, kumpulan ini datang untuk membuat sepakat dengan kepemimpinan PLO mengenai perundingan dengan Israel. Terdapat juga sayap tentera dari kumpulan ini, iaitu Brigade Abu Ali Mustadha.

E. Democratic Front for the Liberation of Palestin.

Front Demokrasi Pembebasan Palestin atau 'Al-Jabha Al-Dimuqratiya Li-Tahrir Filastin' adalah organisasi politik dan tentera Palestin yang berideologi Marxist-Leninist, dan sekuler. Kumpulan ini termasuk sebahagian dari dari PLO. Kumpulan ini juga sering disebut sebagai Front Demokrasi atau 'Al-Jabha al-Dimuqratiyah'. (Rujukan: Satu Ummat dll.)

Maka anda sendiri dapat menilainya, samada UMNO atau PAS berada dalam kelompok mana? Kelompok Pertama: dasar Islam atau Kelompok Kedua: Dasar Bukan Islam. Pandangan saya adalah seperti yang telah saya jelaskan. Jadi tidak hairanlah bila ada pemimpin-pemimpin agama yang menyamakan parti-parti yang bukan Islam itu sama saja, samada berdasarkan nasionalis, sosialis atau kominis... sama-sama sekular. Biasalah.. kerana itulah statusnya. Saya akan bongkar PAS-UMNO di negara-negara lain lagi, insya Allah!!

Untuk lanjutan sila klik tajuk-tajuk di bawah ini...

Sekian, kalau ada salah silap harap maaf dan jika perlu boleh diperbincangkan lagi. Wallahu 'aklam. Hanya Allah yang maha tahu.

Catatan Santai Ibnu Hasyim
e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
K L.
Julai 06, 2009.





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails