Thursday, July 02, 2009

Myanmar Juga Milik Orang Melayu




CATATAN PERJALANAN: MYANMAR 3
PERJALANAN diteruskan. Kini kami ke rumah Ustaz Haji Mohd Yusof, bukan Muhammad Yusuf pemandu motosikal yang membawa saya ke sana itu. Dari Pulau Tongtong, ke Sepuluh Batu.

Kampung yang di bawah pohon-pohon nyiur melambai-lambai, di atas tanah pasir putih bersih di tepi laut. Rumah papan tradional orang Melayu. Disambutnya kami dengan mesra, saya memberitahu hasrat nak tahu mengenai orang Melayu Pulau Dua ini, setelah menjemput kami masuk, katanya...

"Dulu sebelum bandar Pulau Dua yang ada sekarang menjadi pusat pemerintahan wilayah Kawthoung di Myanmar, pusat pemerintahannya adalah di Malay One.. beberapa batu lagi tambah jauh dari sini tinggalkan pekan Pulau Dua."

"'Malay One'! Melayu Satu, perkataan Inggeris??" Saya tanya.

"Ya. Inggeris menamakan tempat itu. Ertinya, Inggeris mengiktiraf orang Melayu sudah ada di sini." Jawabnya. "Nama Myanmar berasal dari istilah 'Myanma Naingngandaw' yang digunakan sejak abad ke 12 lagi. Tetapi asal-usulnya tidak begitu jelas."

Menurutnya, nama itu digunakan semula dari nama sebelum itu 'Burma', pada 1989 dan telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, tetapi tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat dan Inggeris, United Kingdom kerana ia diperintah oleh kerajaan junta.

Bila saya lihat dalam Wikipedia, Myanmar merdeka dari United Kingdom pada 4 Januari 1948 sebagai 'Kesatuan Burma' . Kemudian bertukar kepada 'Republik Sosialis Kesatuan Burma' pada 4 Januari 1974. Akhirnya, sekali lagi bertukar kepada 'Kesatuan Burma' pada 23 September 1988. Maka pada 18 Jun 1989, Majlis Pelembagaan menukar nama kepada 'Kesatuan Mynamar' seperti yang ada sekarang.
Pejabat imigresen dalam laut.

Myanmar bersempadan dengan Republik rakyat China di utara, Laos di timur, Thailand di tenggara, Laut Andaman di selatan serta Teluk Bengal di barat daya. Satu per tiga tanah Myanmar atau 1,930 km dikelilingi oleh pesisiran pantai dari keluasan Myanmar 678,500 km persegi. Negara terbesar di tanah benua Asia Tenggara dan ke 40 terbesar di dunia selepas Zambia, tetapi lebih kecil dari negeri Texas di Amerika Syarikat.

"Rumah dan tanah tempat kami duduk di pesisir pantai ini adalah warisan turun temurun dari banga Melayu, seingat saya." Katanya "Walaupun pada 1989 kerajaan junta tentera telah mengubah nama 'Burma' yang digunakan Inggeris kepada Myanmar, dan banyak tempat lain turut ditukar, termasuklah bandar Rangoon kepada Yangon, namun nama-nama Melayu di selatan Myanmar masih lagi kekal, walau ada juga akhir-akhir ini cubaan menukar dari nama-nama itu kepada nama dalam bahasa Myanmar."

"Contohnya??"

"Ya. Contohnya, Pulau Dua, Pulau Tongtong (binatang sejenis penyu), Sungai Gelama (ikan), Sepuluh Batu, Kepala Batu, Tanjung Badai, Pasir Panjang, Malay One, Cham Prong (dalam bahasa Siam bererti 'sekor gajah' tetapi penghuninya orang Melayu Thai), Teluk China, Teluk Besar, Mek Puteh (nama wanita Melayu), Sungai Balai, Pulau Balai, Pulau Cek Ali (Nama lelaki Melayu Islam), Tanjung Peluru, Teluk Peluru, Tanjung Gasi, Pulau Rotan Helang, Pulau Senangin dan banyak lagi.." Jelas Mohd Yusof lagi.

Sistem politik di Myanmar kini, di dikawal oleh Majlis Pembangunan dan Keamanan Negara yang menguasai kerajaan sejak 1992, dan dipimpin oleh kerajaan junta tentera di bawah Jeneral Than Shwe. Tentera Burma telah berjaya menguasai pemerintahan semenjak Jeneral Ne Win memimpin rampasan kuasa pada 1962 dan menumpaskan kerajaan awam pimpinan U Nu. Sepanjang pemerintahan Empayar British sehingga 1948, Burma terus berhadapan dengan masalah ketegangan kaum. Kebudayaan Myanmar, seperti jirannya juga, berasaskan kepercayaan Buddha Theravada dengan ubahsuai dan tambahan elemen tempatan.

Begitulah kira-kira maklumat yang saya dapati setelah beberapa jam berziarah di rumahnya. Satu bukti, bumi dan negara Myanmar juga adalah milik bangsa Melayu. Saya bangun dan terlangak-langak mencari sesuatu di dalam rumahnya. "Kenapa?" Tanya isteri Mohd Yusof kepada saya.

"Saya nak cari bilik air, nak berwuduk. Nak sholat dah agak lewat ni!!"

"Oh! Di belakang rumah ini ada perigi... Tolong tunjukkan!" katanya pada suaminya.

Ya. Saya pun ke pergi belakang rumah menggunakan perigi. Terbayang saya sewaktu kecil-kecil, menceduk air dari perigi kira-kira 30 ke 40 tahun dulu di kampung Balik Pulau Pulau Pinang. Hampir macam inilah, keadaannya. Menceduk dan mengangkut air, suatu kerja menolong ibu waktu kanak-kanak yang paling saya malas dan bosan...
...bersambung.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL Julai 02 2009

Lihat lagi..
E-Buku IH-12: Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim

E-Buku IH-12: Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim Orang Melayu Myanmar

27 comments:

Anonymous said...

kawasan semenanjung Tanah Melayu masa dulu memang luas, sampai ke Rundung (Ranong). Bukan macam sekarang yang cuma takat sampai ke sempadan Perlis, Perak & Kelantan jek. Sayangnya, sejarah telah digelapkan & cuba diselindung, sampai banyak nama negeri2 Melayu di kawasan segenting Kra ditukar jadik Bahasa Thai. Contoh, Patani (Pattani), Jalor (Yala), Menara (Narathiwat), Setul (Satun), Merdelong (Phattalung), Bukit (Phuket), Terang (Trang) dan lain2 lagi...

Ada banyak blog yang cuba menghuraikan sejarah sebenar nih. Antara yang popular, sejarahnagarakedah.blogspot.com. boleh semak & baca sendiri...

Sememangnya Burma/Myanmar dulu kawasan Melayu. nama tempat di Myanmar, Mandalay, merujuk kepada Raja Mandalika, Maharaja Siam yang catatan Batu Bersurat tentang Baginda dijumpai di Terengganu. Baginda mengalahkan Kerajaan Tenangsari dari Puak Burma dan mendirikan Masjid Papan di sana. Baginda juga dikenali sebagai Rama Tibodi I di Siam dan Sultan Mad Zaffar Syah di alam Melayu.

Raja Melayu terakhir di Myanmar adalah Maha Dammaiyaza dari Kerajaan Toung Oo (Bermaksud 'Padang Luas'). Akibat diserang, baginda terpaksa berundur ke pusat Kerajaan Siam di Ayuthia dan di sana, baginda digelar Boromoraja Ekathaat V. Sekali lagi diserang dalam tahun 1767, baginda kembali ke Nambang Ligor yang ketika itu masih lagi dalam wilayah Kedah. Di sana, baginda menggunakan nama asal iaitu Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, dan bagindalah Raja Siam yang dikatakan memerintah Kedah dari Ligor. Selepas serangan tersebut ke atas Ayuthia, barulah bermulanya era Siam diperintah oleh Raja2 Buddha bermula dari Phra Taksin dan disambung oleh Dinasti Chakri dengan Raja pertamanya, Rama I @ Buddha Yodfa Chulalok.

p/s : Tuan Haji Ibn Hashim maklum ke tentang sejarah realiti ni?

Melayu Jawa said...

Tuan Hj

Maaf kalau saya tak berapa teruja dengan MELAYU ni. Saya dari keturunan Jawa, Jawa kata 'Melayu' tu 'Lari', sama lebih kurang pelarian lah. Dan Melayu ni asalnye adelah Hindu yang mana saki bakinye masih menebal di Bali. Tu la pasal bila semua orang tu sibuk pasal melayu, melayu myanmar le, melayu afrika la, saya tak pun teruja.

Tahu ke Tuan hj, kalau bukan kerana Zheng He atau lebih dikenali olih orang melayu sebagai laksamana Cheng Ho, melayu kat Malaysia ni masih lagi Hindu? Zheng He, dengan 280,000 pelayarnya dari keturunan Hui (yang beragama Islam yg sudah mula di anuti dari awal tahun 650) telah belayar ke kepulauan melayu pada tahun bermula 1405-1433, berdagang sambil menyebarkan Islam dan menunjukkan kekuatan tentera cina. Parameswara sendiri menerima Islam dari sebaran mereka ini. Dan selepas itu Islam pun terus berkembang di Tanah Melayu ini.

Tapi yang menyedihkan saya lagi adalah, berapa ramai lagi, cina-cina ini yang masih lagi Islam. Berapa ramai Baba-Baba dan Nyonya-Nyonya ini yang masih lagi Islam? mane perginya keturunan Ma, Hu, Mu, Bai dan berbagai2 lagi Cina Islam ini yang ditinggalkan di Tanah Melayu olih Zheng He menghilang? Adakah mereka masih lagi Islam setelah menolong mengIslamkan orang Melayu? Atau orang Melayu lah yang menghancurkan Islam Mereka setelah Melayu memikilik-negarakan Islam itu hak mutlak orang Melayu.

Sebagai permulaan, mungkin Tuan Hj bolih membuat kajian tentang Islam dan orang Melayu sebelum Tuan Hj nak berbangga dengan Bangsa Melayu, tak kira lah, melayu myanmar, melayu afrika, sehingga kita tau yang melayu ni sebetulnye bukan parasit.

Fikir2kan le

Anonymous said...

melayu bukan dari bali melayu asal dari teluk siam..berkembang ke nusantara

Anonymous said...

wak aee...melayu tu bukan lari.jangan hina melayu cara halus.melayu itu berani dan jiwa besar.orang jawa memang dengki kuat sama melayu.sekarang apa dah jadi jawa yang lari.datang cara haram.jadi pembantu rumah.didere dihina.jadi wak dan orang jawa jangan la samakan bila lari saja maka dikata melayu.melayu itu kaum bukan istilah.semua kaum arab cina india juga ada yang lari.tidak pula dikata melayu.buka sikit minda tu biar standard

Anonymous said...

wak aee jangan sombong konon tidak teruja dengan melayu.wak ni siapa yang merasuk wak ini hingga benci amat dan dengki pada melayu .menuduh dan memfitnah melayu konon punca terpupus kaum cina islam.atau kata kasarnya membunuh,mengusir,atau konsperasi supaya terjadi murtad secara halus.begitulah maksudnya cara tersembunyi yang mana akan dinafikan wak jawa yang jahat hati dan minda ini.wak dah ada bukti ke dan berada dalam simpanan ke.melayu amat tolerans dan menjaga budaya dan agama kaum kaum lain selaras dengan islam.jangan samakan atau sekutukan sikap jawa seberang sana yang telah lama tidak hormati budaya kaum bukan jawa.wak udah fitnah melayu.saya tidak tahu wak jawa islam atau bali.itu masalahnya pasal kalau islam tentu merasa kasih sayang sesama islam walau pun berlainan kaum.apa tah lagi membiar islam pupus walau lain kaum.bagaimana benda ni ada dalam otak wak jawa .saya memang dari dulu dah faham segelintir wak wak jawa walau pun kahwin dengan anak jawa kacuk cina.sampai anak anak pun tak mahu mengaku jawa.

Anonymous said...

NGOPO YO ... WONG JOHOWO HINGGO KANE NANG HINGO SORE TA BEROBAH TEPEP NGOTO MELAYU TU LARI .NAG NGEJARI TO SOPO PULAK ...NGOPO DI KEJARI .KALO YANG KEJARI TU JOWON MAKA MGOPO MELAYU YANG DIKATO HINDU ITU ASALENE DARI BALI TAK LARI TERUS KE BALI BILA UDAH KUAT.BAHASA YANG DI GUNA ADAKAH SAMO DENGAN WONG BALI NANGKANE.SATU YANG SAYA SUSAH NAK FAHAM NGAPA WONG JAWA BANGGA DENGAN JOWA HINGGA PERKATAAN MELAYU SELALU DIGUNA TIDAK TEPAT.AGAKNYA KAMUS JAWA PERKATAAN MELAYU ITU APA AGAKNYA YA.TAPI SAYA PERCAYA SUKAR DITEMUI KAMUS JAWA.BUKAN SEMUA JAWA FAHAM KARNA MASING MASING JAWA BANYAK SUKU DAN BANYAK DIALEK ATAU IDKHAM DAN NAHU NYA TAK SEKATA.KEMUDIAN TU BILA KAHWIN NGAPO WONG JOWO LANGSUNG TAK PAKAI ANDAMAN PAKAIAN PENGGANTIN JAWO DAN ADAT ADAT JAWO. HANYA ADA BAHASA AJA BERCAMPU ADUK DENGAN MELAYU.KEPINGAN JUGA NAK LIHAT ADAT JAWO.JADI INILAH PUNCANYA JAWA LAMA KELAMAAN AKAN 300 TAHUN LAGI .SAYA KATA MUNGKIN YA.SEMUA IZIN ALLAH AKANNYA JAWA PUPUS MACAM CINA ISLAM DI MELAKA MENGHILANG DIHILANGKAN YANG MENURUT KAJIAN SEORANG JAWA DI ATAS MAKA DISALAH DAN DITUDUH PENYEBABNYA ADALAH MELAYU ITU.BUKAN APA CUMA HENDAKNYA SEORANG JAWA DI ATAS BERSANGKA BAIK DENGAN MELAYU DAN DIHARAP TIDAK SEMUA ORANG JAWA SEPERTI DI ATAS.

Anonymous said...

Salam semua,

apalah nak kecoh2...
bapak aku Jawa, mak aku Banjar, IC aku tulis bangsa Melayu..
tak kiralah, Melayu, Cina, India, Jawa, Bugis, Siam, Iran, Negro ke, semua asal nenek moyang kita dari Nabi Adam & Hawa...
semua kita adalah bersaudara .....
yang penting, Islam adalah yang tertinggi dan tiada yg lebih tinggi darinya

Peace Bro

Anonymous said...

yang dimaksudkan laorang2 jawa jangan mudah sangat keliru.

Anonymous said...

yang dimaksudkan lari oleh orang2 Jawa adalah 'mblayu' bukan 'Melayu'. so orang2 Jawa janganlah mudah keliru.

Anonymous said...

wak eaa kurang lg baca buku sejarah
islam nya melayu di nusan tara ni datangnya pendakwah dari cina dan dari arab keturunan nabi
cari lagi buku sejarah dari kerajaan othmaniah dan yg lain lain lg

Anonymous said...

Aku bersaudara atas kalimah Allah, berbangsa atas umat muhammad. Bermusuh dgn syaitan dan kuffar. PATUH dan taat pada yg Esa.

Anonymous said...

Letak Islam paling tinggi. .lebih dari bangsa atau etnik. .habis cerita.

Anonymous said...

melayu dalam kamus filipina bermaksud merdeka..jd jgn hanya merujuk pada satu kamus shj

Anonymous said...

1. Melayu Jawa ni July 20, 2009 at 6:27 PM lebih baik sikit dari puak2 chauvinis yang langsung tak pandai menulis menggunakan Bahasa Melayu.
2. Melayu pun asal dari Nabi Adam ... adakah Nabi Adam itu Hindu ?
3. Melayu jadi Islam kerana kebijaksanaan Sultan2 Melayu , kalau tidak, Melayu dah jadi macam Jawa, macam2 ada, semua boleh campur macam ABC
4. Kalau Melayu jahat, dah lama Jawa pupus.
5. Kalau Jawa hebat kenapa Indon tidak hebat ... maknanya Jawa memang haprak .. kenapa negara yg paling ramai umat Islam tapi bukan negara Islam, ini semua kerana adanya Jawa2 macam ni lah ...


Anonymous said...

Saya ni bekerja d Yangon hampir setahun. Memang kalau dilihat di Bandar Yangon sendiri pun dah byk persamaan dgn org melayu. Org2nya sopan dan hormat pada org tetamu seperti adat budaya melayu. Pakaian rasmi pun kain pelikat (longji). Rumah2 papan lama masih terdapat di sini dgn rekabentuk sama dgn rumah2 kampung di Malaysia. Senibinanya tak ada beza langsung. Rupa mereka pun tak jauh beza dgn kita, kalau berjalan mesti dia akan mula bercakap dgn kita dgn bahasa mereka.

Anonymous said...

Saya orang minangkabau tapi saya memang mengakui bahwa memang orang jawa itu bangsa beradat dan lebih rajin di bandingkan kami orang minang. Yang saya amati selama ini bahwa orang jawa itu sangat sabar dan sangat sangat ulet dalam mengerjakan sesuatu tp ada 1 kekurangan orang jawa yaaitu kurangnya keislaman mereka di banding kami orang minangkabau.

Anonymous said...

Sebab itulah Jamal Mirdad (Jawa) boleh kahwin tanpa nikah cara Islam dgn artis Kristian Lydia Kandou. Walau sudah bercerai 2013, ada anak-anak menjadi Kristian. Ini cuma satu contoh artis Jawa liberal yang tidak menjaga akidah.Selain beliau ada lagi kes-kes serupa.

Unknown said...

kalau melayu tu lari ? kenapa bahasa indo mengunakan asas bahasa melayu kenapa x dijawakan? asal agama melayu bukan nya hindu klu belah kampung saya agama nenek moyang agama hindubudha dan animisme. klu nak pertikai asal usul keturunan agama islam sahabat besar zaman nabi pun bukan islam asal dari jahililyah kafir jugak. tak tau la kot org jawa sejak azali agama islam/ menyembah allah

proudmalay said...

saya sangat pelik.. sepanjang pemerhatian saya.. tak kira lah di youtube ke facebook ke blog ke instagram ke atau seluruh media internet, jika ada hal hal, video atau artikel berkaitan melayu pasti akan ada komen dari orang indon yang berbaur negatif meskipun artikel tersebut langsung tidak ada kaitan dengan indon. kenapa mereka selalu mencari pasal? apa yang mereka tidak puas hati dengan orang melayu? sampai sekarang saya pelik dengan sikap orang indon.

Unknown said...


Saya mendapati bahawa saudara mempunyai dua gambar yang berkaitan dengan tinggalan Kota Singgora. Saya berpendapat bahawa dua gambar tersebut sangat sesuai dengan artikel saya itu.

Oleh itu, saya ingin meminta kebenaran dari pihak saudara untuk menggunakan kedua gambar tersebut di dalam blog saya.

Sebagai tanda penghargaan, saya akan menulis URL blog saudara sebagai sumber rujukan utama bagi kedua-dua gambar tersebut.

Download Apk Mod | Download Apk Mod | Game Mod Apk | android Apk Mod | Download Lagu Gratis | Harga Hp Android | Zonesia

Anonymous said...

Sembang mana pulak cheng ho yg pertama bawak islam ke semenanjung nie..melayu hindu bali laa..apa laa..cuba selak2 sejarah kedah tua..sembang kawww!!

Unknown said...

Astagfirullah sudahlah, saya dari melayu Riau, jgn bergaduh karena suku bangsa, berbanggalah dan bersyukurlah kamu karna nikmat islam, tiada nikmat yg lebih besar melainkan kamu sekalian lahir dari rahim melayu yg islam dan dari perut jawa yg islam, ketika kamu sudah terikat dengan syahadat ketika sakit badan jawa maka sakit jugalah badan melayu, sakit badan melayu juga sakitlah badan jawa, ego kesukuan maupun dari jawa dan melayu akan membuat kamu sekalian rusak biarlah jawa dan melayu sebelum memeluk islam bertikai selalu dan ketika jadilah kalian setelah islam datang kamu sekalian jadi adik beradik, biar nabi kamu sekalian muhammad SAW berbangga disana, karena populasi melayu dan jawa besar diasia tenggara menjadi salah satu kekuatan islam ddidunia,

Anonymous said...

komentar dari melayu jawa tu pendapat dia je, atas andaian2, bukan atas kajian prasasti2, saintifik dll. dia adalah dari beberapa org jawa yg percaya kisah "org jawa adalah keturunan nabi adam" cerita yg ada unsur2 seks... memalukan saja

Anonymous said...

AnonymousDecember 11, 2009 at 1:13 AM... anda mungkin titisan para ningrat.

setiap bangsa dan kaum ada kasta... username jawa melayu mgkin pemikiran kasta bawah.

Anonymous said...

biasanya, komen2 tu dtg dari mereka yg taksub dgn sukarno. kalau yang rasional dan kritikus pada doktrin sukarno, mereka tak mudah mengkritik org malaysia.

bagi pentaksub2 ,sukarno bagai dewa nkri. untuk pengetahuan, sukarno bkn saja ada hubungan tak baik dgn malaysia tapi dengan etnik2 lain kat negara dia sendiri pun dia cari pasal. tak perlulah saya sebut etnik2 yg mana,uya dengan buta hamka pun dia bermuka-muka.

Hamka pun

Unknown said...

Abaikan je.. dari jawa tu..Suh dia cari sejarah dia..

Ulong jep said...

Bahasa indonesia tidak ada, yg ada adalah bahasa melayu.

Nak tau tentang melayu, dengarkan vidio ini
https://youtu.be/f12W3QgU8oQ

https://youtu.be/S_96_BZs4S0

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails