Tuesday, July 21, 2009

Nordin Mat Top Bertambah Top, Di Mana Dia?


KUALA LUMPUR 21 Julai - Menurut BERNAMA, pakar bahan letupan, Nordin Mat Top yang dikaitkan dengan beberapa siri pengeboman di Indonesia tidak berada di Malaysia, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di sini hari ini.

Noordin Mat Top adalah rakyat Malaysia yang sangat dikehendaki FBI dikatakan sebagai dalang kepada kejadian letupan hotel di Jakarta, baru-baru ini. Lima terbunuh manakala berpuluh lagi cedera apabila dua bom meletup di Hotel JW Marriot dan Hotel Ritz Carlton, di Mega Kuningan, di sini, pagi ini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 7.45 pagi waktu tempatan (84.5 pagi waktu Malaysia) itu bermula dengan letupan pertama di laluan masuk ke tempat meletak kereta di Hotel JW Marriot dan disusuli lima minit kemudian di Restoran Airlangga di tingkat dua Hotel Ritz Carlton. Serangan bom pernah berlaku di Hotel JW Marriot pada tahun 2003. Kedua-dua hotel berkenaan merupakan hotel favourite bagi warga asing terutamanya daripada Amerika Syarikat dan Eropah.

Noordin Mohammed Top lahir di Johor pada 11 Ogos 1968 aka Noordin Mohammad Top adalah lelaki paling dikehendaki di Asia. Noordin dikatakan pakar bom Jemaah Islamiyah (JI) juga dilaporkan adalah pegawai, pelatih, pembuat bom dan perancang kepada kumpulan Jemaah Islamiah (JI). Noordin dan Dr Azahari Husin seorang lagi rakyat Malaysia dikatakan “mastermind” pada kes pengeboman di Bali pada tahun 2002, bom Hotel JW Marriot di Jakarta pada 2003, pengeboman kedutaan di Jakarta 2004 dan pengeboman Bali pada tahun 2005.

Dr Azahari Husin adalah bekas pensyarah UTM,Skudai. Pada November 2005 iaitu beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri, Dr Azahari didakwa oleh pihak berkuasa Indonesia sebagai meletupkan dirinya bersama-sama beberapa pengikutnya setelah tempat persembunyian nya di sebuah Villa di Kota Batu, Indonesia diserbu Detasemen 88 polis khas Indonesia. Terdapat pula laporan lain pula yang mendakwa Dr Azahari ditembak mati dan 2 orang rakannya yang meletupkan dirinya.

Noordin iaitu anak murid Dr Azahari juga dikatakan menggunakan nama Noordin Muh Top, Noordin Mat Top, dan Noordin Din Moch Top. Sementara itu, pengasuh PP Al-Mukmin, Ngruki Ustaz Abubakar Ba’syir menganggap pengeboman JW Marriot merupakan 'makar orang kafir'. Pengasuh Pondok Pesantren Al-Mukmin, Ngruki, Solo, Ustaz Abubakar Ba’asyir mengatakan, peledakan JW Marriot adalah makar orang kafir untuk menyudutkan Islam.

“Prediksi saya sementara, itu makar orang kafir agar (pemerintah) ada alasan lagi bertindak keras terhadap aktivis Islam, “ demikian ujar Ustaz Abu.

Padanya, hal ini adalah kerana dua sebab.. Pertama, kes ini terjadi setelah Pemilu Presiden. Kedua, kes ini terjadi semasa tekanan kerajaan terhadap aktivis Islam sudah mulai melunak. Menurut Ba’asyir, ".. dakwah Islam sekarang ini lebih marak dan jauh lebih militan. Nah, pemandangan ini tentu membuat tak nyaman orang kafir. Apalagi, para aktivis dakwah sekarang sudah mulai terang-terangan bersikap keras terhadap paham demokrasi."

Komen Blog Ibnu Hasyim: Walau apapun terjadi Nama Nordin Mat Top bertambah top, apakah topnya ini melibatkan di dunia hingga akhirat? Di mana beliau sekarang? Jelasnya, masih di dunia! (2MA)

No comments:

Post a Comment