Polis Avon dan Somerset telah menyediakan dua jenis tudung untuk polis wanitanya bertugas. Tudung tersebut, dilengkapi dengan nama dan logo polis tempatan, disulam di tudung yang disesuaikan dengan pakaian seragam berwarna biru dan hitam. Tudung biru digunakan untuk pakaian seragam polis yang bertugas melayani masyarakat dan yang lainnya bertudung hitam.
"Hal ini merupakan langkah positif untuk melengkapkan keseragam polis di Avon dan Somerset, dan saya yakin akan diterima oleh seluruh polis di sini," kata pejabat Polis bagi wilayah Avon dan Somerset, Jackie Roberts.
Menurut Ibupejabat Polis Bandar, penambahan tudung tersebut dilakukan setelah berbincang dengan komuniti masyarakat Muslim di sana. Imam Rashad Azami dari Komuniti Bath Islami menilai positif terhadap dasar baru itu dan menganggapnya sebagai langkah tepat untuk membangun kepercayaan antara Muslim Inggeris dan kerajaan di negeri itu. Syarat memakai tudung kepada polis wanita, bukan sahaja dikenakan untuk memasuki masjid dan rumah ibadat bagi orang Islam, bahkan juga untuk orang Yahudi dan Kristian.
"Tudung itu direka supaya sesuai digunakan disemua tempat ibadat dengan menutup bahagian kepala sampai bahu. Jadi polis wanita boleh memakainya semasa masuk ke gereja atau sinagog," kata jurucakap Polis itu lagi. (AK)
2 comments:
bagi saya kalau kat malaysia ni patut adakan undang undang semua wanita muslim wajib menutup aurat. sape tak tutup aurat denda. yang laki pun sama.
Sekurang-kurangnya mereka menghormati Islam. Kat sini azan dilaungkan pun boleh duk borak2...
Post a Comment