Tuesday, July 14, 2009

Kes P/Umno Cedera: Tipu! Nak Xray Lari...

Puteri UMNO ini nampak biasa saja, betul ke gigi patah pinggang sakit?

MANEK URAI - Dua orang anggota puteri Umno yang diberitakan cedera dalam insiden membaling batu tidaklah membimbangkan dan tidaklah seperti yang digembar gemburkan jam 1 petang tadi oleh pihak BN. Kedua-duanya, Nurfarahana Abdol Rahman dan Wan Nor Azziela Pawan Teh, 21, dikejarkan ke Hospital dengan kenderaan awam dan diiringi polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata kejadian itu telah berlaku akibat dari provokasi penyokong PAS sehingga mencetuskan ketengangan. Kejadian berlaku itu adalah disebabkan berlakunya adegan baling botol kosong oleh penyokong PAS dan baling batu serta kayu oleh penyokong BN. Farhana berkata yang dia terjatuh dalam kekalutan dan kemudian pengsan ketika orang ramai berlarian waktu kejadian.

Hakikat sebenarnya, Menurut Puan Zaharah iaitu saksi di tempat kejadian tersebut menyatakan muslimat PAS yang bertugas di ketika itu yang cedera teruk akibat terkena balingan batu oleh penyokong BN. Mereka ketika ditemui di hospital tadi bagaimanapun enggan membuat sebarang kenyataan, ketika ditanya mereka hanya menjawab TPM tidak beri mereka membuat sebarang kenyataan.

Petugas Te@M I.T yang berada di hospital tersebut, sempat bertanya doktor yang merawat dua orang pesakit tersebut menyatakan beliau mahu xray kedua-duanya tetapi mereka telah hilang sebelum xray dibuat. Malah, media-media yang turut berada disana membuat liputan kecewa, mereka menyatakan kejadian ini hanya propaganda pihak BN.

Menurut berita tv sebentar tadi, dua batang gigi Puteri Umno itu tercabut, tetapi tidak ditunjukkan gambarnya. Begitu juga cedara lain (pinggang sakit), kononnya.

sumber: Te@M I.T/Al-Husseyn/AK

Lihat seterusnya..

3 comments:

  1. OOO itu yang betulnya.. Tak guna tol berita awani. nyesal aku tengok.

    >Budak kampung Online>>

    ReplyDelete
  2. Orang macam ni kalau x-ray, bukan nampak tulang pinggang patah.

    Nampak hati kotor adalah.

    Tu pakat lari tu.

    Mau bagi radiasi tahap alpha baru boleh tenyeh hati tu.

    ReplyDelete
  3. banyak2 sabar..
    orang lain berpolitik kita pulak melatah..
    terutama orang melayu bila sama2 melayu baru nak tunjuk hero..
    kan kita ada panduan agama..
    yang salah dah tentu la berdosa, yang hang pa pun ikut mengata sekali buat apa?
    percayalah la pembalasan buruk baik tu kan ada..

    ReplyDelete