JENDELA GLOBAL
BERIBU-RIBU penduduk Muslim Uighur merusuh di Urumqi kelmarin dalam ketegangan etnik paling buruk di China dalam masa beberapa dekad. Polis dituduh lepaskan tembakan membabi buta. Di Urumqi, ibukota Xinjiang, sekurang-kurangnya 140 maut apabila penduduk Islam Uighur merusuh di wilayah Xinjiang dalam ketegangan etnik paling buruk di negara itu dalam masa beberapa dekad.
Keganasan kelmarin membabitkan beribu-ribu orang, kata agensi berita Xinhua melaporkan angka kematian berkemungkinan meningkat. Lebih 800 lagi cedera dalam kejadian itu. "Angka kematian di Xinjiang meningkat kepada 140 dan masih bertambah," menurut Xinhua dalam laporan terbaru, selepas pada awalnya berkata cuma tiga maut.
Agensi berita berkenaan, memetik kenyataan pegawai kerajaan tempatan, menyatakan 'beratus-ratus' sudah pun ditahan kerana pembabitan dalam keganasan itu. Rangkaian televisyen CCTV menyiarkan rakaman dramatik menunjukkan perusuh menterbalikkan kereta polis dan memecahkan tingkapnya, seorang wanita ditendang ketika terbaring di atas tanah dan bas serta kenderaan lain terbakar.
"Semua pemilik kedai di sini amat takut," kata seorang pemilik bar berketurunan Han yang enggan dikenali kepada AFP. Seorang wanita menyelamatkan diri sambil membawa anaknya. Dia menganggarkan kira-kira 3,000 perusuh Uighur, sebahagian daripada mereka bersenjata belantan kayu dan pisau. Kerajaan wilayah Xinjiang menyalahkan rusuhan itu ke atas Rebiya Kadeer, pemimpin Uighur yang tinggal dalam buangan di Amerika Syarikat, kerana mendalangi ketegangan berkenaan.
"Siasatan awal menunjukkan keganasan didalangi pemisah Kongres Uighur Sedunia diketuai Rebiya Kadeer," menurut kenyataan kerajaan yang dipetik Xinhua. Bagaimanapun, kumpulan etnik Uighur dalam buangan, yang sudah lama menentang pemerintahan China di Xinjiang, menuduh pasukan keselamatan bertindak keterlaluan dalam menyuraikan bantahan aman oleh beribu-ribu penduduk, dan berkata polis melepaskan tembakan membabi buta.
Pasukan tentera membuat hadangan menghalang pergerakan perusuh di Urumqi, Xinjiang, kelmarin. Polis pencegah rusuhan dan pasukan keselamatan lain bersenjatakan mesingan dan membawa perisai dilihat di Urumqi semalam, menghalang bantahan selanjutnya, kata wartawan AFP di tempat kejadian. Trak yang membawa anjing polis turut dibawa ke Urumqi dan sebahagian besar kawasan Islam itu ditutup, katanya.
Seorang pelancong Amerika memberitahu dia terdengar bunyi tembakan ketika keganasan merebak. "Saya dengar bunyi tembakan dan melihat polis, kereta perisai putih, dua bas dipenuhi tentera dan trak hijau tentera yang diselimuti kanvas bergerak," katanya. AFP (AK)
Lihat Sebelum ini...
Rusuhan di Xinjiang... Nampak Wanita Tu Bertudung!...
2 comments:
Budak pompuan masuk lokap, kena londeh satu CHINA bising. Rupa-rupanya budak Islam!
Polis depa senang lenang bunuh 140 orang Islam, orang ISLAM patut kena buat bising kuat-kuat!
Isu ini telah meletup!!!
Semua saluran internet termasuk twitter telah ditutup untuk mengelakkan dari maklumat disalur keluar Xinqiang.
Situasi ini memang membimbangkan Cina kerana keadaan kenomi yang kini malap di Cina.
Situasi ini akan membawa dunia melihat bagaimana Cina melayan umat Islam bukan Cina di negara paling ramai penduduk.
Cina kuatir isu ini akan membangkit isu2 seumpama tragedi Tien AnMen Square Jun 1989.
Post a Comment