Komen Blog Ibnu Hasyim: Nampaknya wanita itu memakai tudung dan di Uighur ramai penduduk Islam.. Adakah kena mengena dengan agama?
URUMQI (China): Polis China menahan 1,434 orang dipercayai terlibat dalam satu keganasan etnik yang dipercayai terburuk sejak berdekad di wilayah Xinjiang barat China, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 156 nyawa.
Media tempatan melaporkan, penahanan itu dibuat ketika kawalan ketat dilakukan di wilayah itu, dengan ratusan polis separa tentera menggunakan perisai dan senapang untuk mengawal jalan-jalan di ibu kota Urumqi, tempat tercetusnya keganasan tersebut Ahad lalu.
Keganasan itu tidak memberi petanda yang baik dalam usaha China untuk meredakan ketegangan etnik antara puak minoriti Uighur dan etnik Cina Han di Xinjiang.
Perkhidmatan telefon bimbit dan laman rangkaian Twitter di kawasan itu telah disekat, manakala jaringan internet juga telah dipotong atau menjadi perlahan.
Satu bantahan aman melibatkan 200 individu turut berlaku di bandar kedua, Kashgar dan agensi berita Xinhua melaporkan, pihak polis mempunyai bukti mereka yang menyertai bantahan itu cuba untuk menganjurkan lebih banyak pergolakan di Kashgar, Yili dan Aksu.
Menurut agensi itu, polis telah menyerbu beberapa kumpulan yang berhasrat untuk mencetuskan pergolakan di bandar Dawan di Urumqi.
Kekacauan di Urumqi bermula Ahad lalu selepas 1,000 hingga 3,000 orang berkumpul di People's Square bagi membantah kematian 25 pekerja kilang Uighur yang dipercayai terbunuh dalam satu rusuhan di Selatan China. AP (AK)
No comments:
Post a Comment