Thursday, July 30, 2009
Saya Bukan Lari Dari Medan Perang -Ahmad Awang
KL. Julai 30 2009. USTAZ Ahmad Awang bukan lari dari medan perang, tetapi cuma tukar divisyen. Katanya kepada wakil Blog Ibnu Hasyim di pejabat sementaranya di Jalan Ipoh semalam.
"Saya bukan lari dari medan perang, melawan UMNO dan kemungkaran tetapi cuma tukar divisyen..." katanya. "Lagi satu umur pun dah tua, calun lain banyak yang muda... bagi peluang pada yang muda...." Ucap beliau dengan nada terharu tetapi tetap sentiasa tersenyum.
Blog Ibnu Hasyim datang menemuinya setelah membaca tulisan beliau dalam blog http://usahmadawang.blogspot.com/ Beliau yang dilahirkan pada tahun 1936, sebagai anak jati Semanggol, Perak, sebelum ini menyandang jawatan Naib Presiden PAS sebelum pemilihan yang dalam muktamar PAS lalu bersama Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu. Beliau menolak pencalunan selanjutnya, walau pernah dirayu oleh Presiden PAS sendiri untuk mengekalkan jawatan tersebut.
Beliau menarik diri dari pencalunan dalam muktamar PAS ke 55 lalu, dan menolak dilantik semula sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Perak yang telah dipimpinnya kira-kira lapan tahun. Selanjutnya beliau sedang mengusahakan di bidang pendidikan di kampungnya sendiri. Menurut sejarah silamnya, setelah 4 tahun belajar di sekolah Melayu, beliau memulakan pengajian agama di Maahad Al-Ehya’ Ash-Shariff, Gunung Semanggol bermula dari peringkat rendah sehingga ke peringkat menengah atas (Thanawi Rabi’).
Sekolah Agama Rakyat tersebut ketika itu bukan sahaja terkenal sebagai pusat pendidikan, tetapi juga dikenali sebagai sebuah institusi gerakan Islam dalam perjuangan menuntut kemerdekaan yang ditakuti oleh penjajah. Dato’ Onn, Presiden pertama UMNO pernah mengungkapkan kata-kata “hubaya, hubaya, bahaya dari gunung”. Ramai pejuang-pejuang kemerdekaan yang ditahan oleh penjajah Inggeris adalah terdiri daripada lepasan maahad ini. Dari sinilah bermula mengalirnya semangat perjuangan Islam dalam diri beliau.
Setelah tamat Kolej Islam Malaya, beliau menyambung pelajaran dalam bidang perundangan Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir dan memperolehi Ijazah Sarjana di samping Diploma Pendidikan dari universiti yang sama. Beliau menyertai PAS pada tahun 1984 dan bergerak aktif setelah menjadi AJK PAS Pusat dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak pada tahun 1999. Bertanding sebagai calon PAS bagi Parlimen Bagan Serai dalam PRU ke-10, dan kemudian dalam PRU ke-11 di Parlimen yang sama dan diDUN Selinsing.
Menurutnya, "Saya memulakan perkhidmatan dalam bidang pendidikan sebagai guru agama kementerian di Sekolah Menengah St David High School, Melaka sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir pada 1963 dengan Biasiswa Kementerian Pelajaran. Selepas menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar, saya bertugas menjadi guru semula di Sekolah Aminuddin Baki, Kg Pandan, Kuala Lumpur. Kemudian berkhidmat di Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar sebagai Pegawai Perancang Agama Dewasa. Kemudian saya bertugas sebagai pensyarah pendidikan Islam di Universti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur."
Sambung beliau, "Apabila ditubuhkan Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 1974, saya dilantik sebagai Pengarah Dakwah dan Latihan Islam, selepas itu ditukarkan ke Kementerian Pelajaran pada 1980 dan kembali semula ke Bahagian Agama JPM, kini dikenali sebagai JAKIM, sebagai Pengarah Dakwah dan Latihan Islam dan akhir sekali menjadi Pengarah Pusat Penyelidikan Islam sehingga bersara pada 1991."
Walaupun masih dalam perkhidmatan kerajaan, beliau aktif menyertai dan menerajui pertubuhan-pertubuhan NGO di pelbagai bidang khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan. Di antaranya menerajui menerajui pimpinan Persatuan Ulama’ Malaysia selama kira-kira 17 tahun, Persekutuan Seruan Islam Selangor & Wilayah Persekutuan lebih 20 tahun, memimpin Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, Persatuan Bekas Pelajar Maahad Al-Ehya’ Ash-Shariff Gunung Semanggol dan Persatuan Pelajar Kolej Islam Malaya.
Di bidang ekonomi dan dakwah, menurutnya, "Saya juga pernah menjadi Pengerusi Panel Syariah Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia, Timbalan Pengerusi Panel Syariah Bank RHB, dan anggota Panel Syariah beberapa institusi kewangan yang lain. Di peringkat antarabangsa, saya pernah dilantik sebagai ahli Persidangan Agung Dakwah Islam Sedunia Libya, ahli senat Universiti Islam Baghdad Iraq dan ahli Persidangan Himpunan Islam Republik Islam Iran,"
Dr Haji Mohd Hasyim yang ikut bersama dalam pertemuan itu menyampuk, "Pada saya, itu sebabnya sebelum ustaz memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Perak, pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS sebelum itu sentiasa bertukar ganti. Lapan tahun uataz tadbir Perak sehingga wujud markas sendiri. Percakaran sesama PAS di negeri itu berjaya di selesaikan." Kata Dr Haji Mohd lagi, "Saya masih ingat, Setiausaha Agung waktu itu adalah Ustaz Halim Arshat yang ditugaskan menyelesaikannya, saya rapat dengan Ustaz Halim.. Oleh itu jasa anta sangat besar dalam hal ini!!" Jelas Dr Haji Mohd yang juga editor Blog Ibnu Hasyim. ( SJ/MS)
Sila lihat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Satu mentaliti yang silap dari Ustaz Ahmad Awang sebagai pejuang Islam.
Pejuang Islam tiada istilah memberi peluang. Saidina Abu Bakar wafat ketika memegang jawatan. Saidina Umar wafat dibunuh ketika memegang jawatan, saidina Uthman dibunuh ketika memegang jawatan.
Agak-agak umur mereka berapa ya? Ini bukan masalah tua atau muda dan memberi peluang. Perjuangan Islam tiada istilah rehat tukar divisyen atau sebagainya. Ianya menang atau mati syahid. Tiada pilihan lain.
Seuzur mana sekalipun kita wajib berada dalam saff. Jika kita berundur benarkah ada yang menggantikan kita? Adakah keuntungan dalam perjuangan?
Wallahua'alam
ckp memang mudah. Yang penting tu bukan pegang jawatan sampai mati. Yang penting adalah kesesuaian jawatan tu..dan apa yang paling menguntungkan perjuangan..
wah sedapnya cakap medan perang.perang dengan siapa.bangga sangat la bermusuh dengan pemerintah islam umno.mencegah mungkar konon.sampai doakan orang lain musnah.jahanam,hura hura .doakan supaya umno berpecah belah.hina pemimpin islam umno.tak payah lah cakap hal perjuangan.tuduh umno kroni la.makan duit rakyat la.tuduh bunuh la.macam macam lah.apa yang buruk semua umno.sekarang ne apa dah jadi.Allah melarang kita hinaa agama lain sama juga jangan hina pemimpin orang lain.sekarang pemimpin mereke dihina.tidak dihormati.segala gala terpalit dan ini semua harus menginsafkan anda semua mahupun semua umat islam.jangan takbur dan ingat pengaruh setan yang sentiasa berusaha menguasai keikhlasan kita.wahai orang orang islam pas.. diakhirat nanti kamu akan bertanggung jawab sepenuhnya terhadap doktrin dan dakyah dakyah yang menghasilkan kebencian sesama islam
berdoa memohon bala ditimpakan kepada org yang menzalimi kita dibenarkan dalam Islam titik
Salam,
Izinkan saya copy&paste sejarah Pas untuk tatapan rakan2 yang layari blog saya. Terima kasih
Boleh, Alhamdulillah.
Post a Comment