JULAI 17 2009, Shah Alam. Blog Ibnu Hasyim turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock.
Benarkah itu suatu pembunuhan?
Pertama: Menurut Harakah, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor amat terkejut dengan kematian setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Teoh Beng Hock yang didapati mati di Bangunan Plaza Masallam dan dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) petang semalam.
"Kematian Teoh merupakan akibat langsung daripada siri siasatan SPRM yang dijalankan secara selektif ke atas pegawai kerajaan, wakil rakyat dan agensi kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor baru-baru ini.. Ini bukan kali pertama pegawai kerajaan dipaksa untuk melalui siasatan yang berlanjutan oleh SPRM, namun kali ini, SPRM jelas telah melampaui batasan sehingga berlakunya kematian saksi," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Khalid telah mengadakan satu Sidang Media Tergempar jam 8.30 malam di Bangunan Annexe, Shah Alam berhubung kejadian terbabit.
Kedua: Menurut Blog Penarik Beca, "Saya percaya. Tinggal lagi, nak tanya satu perkara ja. Katanya, baju Teo terkoyak. Kalau betul, kenapa baju dia terkoyak?!!"
Ketiga: Utusan Online melaporkan, Ronnie dihalau dari kawasan pejabat SPRM oleh pegawai yang berada di situ dan wakil rakyat DAP itu turun ke tingkat lima bangunan. Ronnie ketika menemui pemberita kemudian melahirkan rasa tidak puas hatinya kerana tidak dilayan pegawai SPRM dan tidak dibenarkan masuk ke tempat kejadian.
"Sebagai wakil rakyat, saya tidak pernah datang ke tempat kejadian dan tidak sangka saya dilayan seperti itu. "Saya rasa Beng Hock bukan bunuh diri dan SPRM patut ambil tanggungjawab atas apa yang terjadi pada dia," kata beliau.
Keempat: Utusan Online: Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya bagaimanapun masih menunggu laporan empat pakar patologi daripada tiga buah hospital untuk mengetahui punca kematian. Katanya, empat pakar itu iaitu dua pakar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), seorang dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan seorang lagi dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Kelima: Kata Blog Malaysia Waves, "Hairan saya. Seorang pembantu exco yang akan berkahwin esok "membunuh diri" beliau hanya selepas berjumpa dengan SPRM untuk disoalsiasat. Hanya soal-siasat dan bukannya beliau telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Mendiang Teo Bon Hock telah dijumpai mati di Pejabat SPRM di Shah Alam hari ini. Diberitakan beliau telah berada di pejabat SPRM sepanjang malam semalam (16/07/09). Mengapa beliau membunuh diri sehari sebelum beliau berkahwin? Exco yang beliau berkerja dengan, YB Ean Yong Hian Wah, adalah anak orang kaya. Beliau tidak memerlukan korupsi untuk hidup mewah kerana beliau memang sudah kaya. "
Keenam: Dari Blog Tukar Tiub, 300 WARGA SATU MALAYSIA BANGUN MEMBANTAH – 6 DI TAHAN. Antara yang di tahan dan sedang berada dalam Black Maria. Angka terus bertambah, setakat ini:
YB Xavier
Saudara Low Boon Keat - pembantu kepada YB Hee
Saudara Richard Yeow - pembantu kepada YB Dr. Cheah
YB Mike - Kapar
Saudara Shahruddin Abu Bakar
Saudara Thilai
Saudara Loh Boon Keat
Saudara Razak
Dll. Tunggu dan lihat.
(AK)
Berita berkaitan:
1.. ~penarik beca: Kenapa baju terkoyak
2.. Exco tidak puashati
3.. Polis klasifikasi sebagai kematian mengejut
4.. Malaysia Waves: SU Exco Bunuh Diri di PEjabat SPRM...ataupun Tidak?
5.. Tukar Tiub TER - NOW !!!! TERKINI !!! KES MATI TEGOLEK DOG
6.. Harakah
7.. Ibnu Hasyim
-S'ngor: Exco Guna Pej. Mesyuarat Kongsi Gelap?
-Terbunuh Ketika Dalam Siasatan SPRM.
Berlakunya di bangunan SPRM secara kebetulan. Tetapi perlu disiasat juga tuduhan penglibatan kongsi gelap, saluran wang utk ADUN yang dibelanjakan, dan individu yang berprasangka (sudah pasti ada bukti yg mengiakan tindakan mereka membuat kenyataan di akhbar). Jika benar ini diklasifikasi sbg kes bunuh ianya merisaukan seluruh rakyat yang beranggapan keselamatan diri sukar dijamin dalam apa jua keadaan. Ini ketentuan Allah tetapi sebab musabab boleh dikaitkan dgn perbuatan manusia atau kelemahan urusan manusia.
ReplyDeletesalam
ReplyDeletemengapakah orang yg menjumpai mayat tersebut tidak menghubungi polis sebaliknya beliau menghubungi sprm? mengapa beliau tidak menghubungi pengurusan bangunan tersebut kerana bukan sprm sahaja yg mempunyai ofis di situ...mengapa sprm yg membuat sidang akhbar memaklumkan kematian tersebut?
wasallam