Thursday, July 16, 2009

Terbunuh Ketika Dalam Siasatan SPRM.

Teoh Beng Hock (gambar), pembantu kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah.

Pembantu ExcoSel terbunuh

KEMASKINI: TEOH Beng Hock, pembantu kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong, terbunuh ketika dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dia dipercayai terjatuh dari tingkat 20 Plaza Masalam di sini kira-kira pukul 2.30 petang tadi, selepas selesai memberi keterangan kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dia ditahan oleh SPRM semalam. Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut. Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua. Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.

Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih. Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini. Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo – sebagai saksi kes – selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi. SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan hanya empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor disiasat setakat ini berhubung dakwaan salahguna peruntukan wakil rakyat. Perkara itu disahkan oleh Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull di sini, hari ini. Laporan sebuah akhbar hari ini yang memetik sumber menyebut bahawa SPRM sedang menyiasat lima wakil rakyat di Selangor kerana mengalahgunakan peruntukan wakil rakyat negeri itu.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menggesa satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah semasa dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).(Pelbagai Sumber)

2 comments:

Qorie Afifi said...

Pelik Bin Ajaib juga lah kes ni....duk tak duduk buat apa la yg nak pi terjun.....kata orang ...kalau mayat terlentang ada kemungkinan dia terjatuh tapi kalau mayat duk 'rekot' ni susah la nak cakap. Kalau terjun sendiri rata-rata mayat tersembam sebab biasanya depa akan tutup mata waktu terjun jadi posisi badan ketika jatuh tak akan menentu.....mcm2 dunia ni..

Anonymous said...

Ada 2 kemungkinan pertama;takut kedua memang bersalah.Orang takut dan bersalah sanggup buat apa saja untuk nak selamat.Contoh dikejor dan diburu tentulah lari untuk selamatkan diri dan ketika itu tak kira apa dihadapan redah ajalah.Tambah-tambah tak ada bekalan iman dan pegangan mudah lah ........ tapi kes ini. kan kita banyak pakar termasuk pakar laga siasat ajalah sampai masuk perangkap Pakar Laga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails