Friday, July 24, 2009

Nik Aziz: Tidak Haram Pegang Lilin Hormati Kematian Non Muslim.


Jumaat Julai 24, 2009: Nik Aziz akui pegang lilin meragukan tetapi bukan haram

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui perbuatan memegang lilin di majlis memperingati kematian orang bukan Islam adalah "sesuatu yang meragukan" tetapi berpendapat perbuatan itu tidak haram di sisi Islam.

Beliau mengulas tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang memegang lilin dalam majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan perbuatan itu tidak bercanggah dengan agama jika umat Islam dapat membezakan antara adat resam dan budaya dengan agama sesuatu kaum.

"Tapi saya, selalu (apabila) orang (beragama) Hindu jemput saya pergi ke majlis dia, Cina jemput pergi majlis dia, saya akan tanya ini agama ke atau adat resam.

"Saya kata kalau agama saya tak boleh pergi tapi kalau adat resam saya boleh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2009 di Stadium Sultan Mohamed KeIV, di sini, semalam.

Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar mempertahankan tindakan Mohd Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam manakala Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula mahukan ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohd Nizar itu.

Nik Abdul Aziz berkata, lilin ini sudah menjadi budaya kepada orang Melayu di mana anakanak turut menggunakan lilin sewaktu menyambut hari jadi dan ia sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat sekarang.

"Jadi lilin digunakan sebagai satu simbolik untuk masalah umur," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya pandangannya mengenai tindakan seorang model yang rela dirotan selepas didapati bersalah kerana minum arak oleh Mahkamah Majistret Kuantan kelmarin, Nik Aziz berkata tindakan itu wajar kerana menunjukkan pesalah terbabit sudah insaf.

Menurutnya, jika model itu boleh menerima hukuman sebat, maknanya dia sudah terlepas hukuman di akhirat dan ini bertepatan dengan langkah Pas mahu melaksanakan hukum hudud. BERNAMA (AK)

Ada kaitan..

8 comments:

  1. Salam.

    Terima kasih atas penjelasan/pandangan/fatwa dari Nik Aziz.

    Lepas ni kalau ada jiran kita yang kafir meninggal dunia, bolehlah kita beramai-ramai melawat jenazah sambil pegang lilin sebagai tanda penghormatan. Ini fatwa ulamak (untuk pegangan umat Islam) atau sekadar pandangan peribadi Nik Aziz? Kurang jelas...harap maaf.

    Sekiranya ada dalil lagi baik!

    ReplyDelete
  2. Mungkin ada ulamak di sini yang arif tolong jelaskan kemusykilan saya.

    ~dari hamba yang dhoif.

    ReplyDelete
  3. mafhum hadis nabi

    " meniru-niru perbuatan sesuatu kaum itu termasuk dalam golongan orang itu"

    meniru2 unsur2 pemujaan org mati juga merupakan termasuk dalam golongan org kafir...

    kalau orang UMNO yg pegang lilin tu, maybe fatwa Nik Aziz berubah..
    Ni lah namanya ulama politik...bukan ulama yg mencerminkan nilai sebenar ulama..

    :)

    ReplyDelete
  4. memandangkanmasih ramai lagi pemimpin Pas yang belum menziarahi kawan kita yang mati tu..boleh lah minta gambar dari saudara simati dan kita pakat-pakat pegang lilin..atau kalu ada cholok lebih kot..macam anuar dan member buat..tunduk dua tiga kali dah cukup..tn. Guru pon dah kata boleh...so ok lah..

    ReplyDelete
  5. Betul juga ye..kalu sebelum ini member cina mati..kita cuma ucap takziah dan salam sekarang kita dah boleh maju sikit..
    kalu mayat dah dikebumikan dan kita datang ke rumah simati..boleh lah ambil lilin ke colok ke..2 tiga kali bow...depan gambo simati..sebab TG dah bagi green light..don't wory dia tanggung..amacam..

    ReplyDelete
  6. Aisey man...kawan aku cina kafir 3 orang mati accident bulan lepas, boleh cover balik ke "amalan" pegang lilin ni? Banyak ler lilin aku nak kena beli. Dengar kata lilin kat kedai runcit depan rumah pun dah "sold-out". Berniaga lilin pun ada prospek nihh!

    ReplyDelete
  7. bahalul punya fatwa..adeke kalau kerana politik..persundalkan agama..demi nak jaga hati DAP..puih

    ReplyDelete
  8. err..ana rasa tuan2 semua dh tersilap.

    ReplyDelete