Wednesday, July 15, 2009

Xinjiang 8: Cina Indonesia Selar China. Cina Malaysia, Bagaimana?

JENDELA GLOBAL

JAKARTA 12 Julai - Persatuan China Muslim Indonesia (PITI) menyelar tindakan ganas China terhadap masyarakat minoriti Uighur Islam dan kesal dengan sikap membisu negara-negara Islam terhadap penderitaan akibat diskriminasi yang ditanggung mereka.

"Masyarakat China Islam kini terpinggir dalam dunia Islam. Mereka telah melalui penderitaan yang berpanjangan dan diabaikan," kata jurucakap PITI, Steven Indra Wijaya kepada Jakarta Post melalui panggilan telefon. "Kami minta seluruh umat Islam mengenepikan soal identiti etnik masing-masing dan bantulah saudara seagama Uighur."

Lebih 180 orang terbunuh dalam rusuhan dan keganasan etnik yang melibatkan puak Han dan Uighur di wilayah Xinjiang. Rusuhan berlaku apabila ribuan orang Uighur berarak membuat bantahan ekoran pembunuhan ke atas dua pekerja kilang kaum berkenaan di Guangdong.

Tifatul Sembiring, Pengerusi Parti Keadilan Sejahtera (PKS) yang berlandaskan Islam mengutuk pembunuhan umat Islam di Xinjiang. "Sebagai sebahagian masyarakat antarabangsa, kerajaan China mesti menghentikan segala bentuk tindakan yang mencabul hak asasi kemanusiaan.. China tidak boleh terus bertindak sewenang-wenang ke atas orang-orang yang berpegang dengan agama kepercayaan berlainan. Kami mendesak kerajaan China agar mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab dalam pembunuhan," katanya.

PKS juga mahu badan antarabangsa hak asasi manusia membuat siasatan segera kejadian tersebut. Kerajaan China bagaimana menuduh puak pemisah yang hidup dalam buangan sebagai dalang. -AGENSI

Komen Blog Ibnu Hasyim: Cina Islam Indonesia dan parti Islamnya dah bantah, bagaimana sikap Cina Islam dan parti Islam di Malaysia? Yang penting lagi bagaimana sikap Cina bukan Islam yang menjadi rakan karib orang Islam di Malaysia? (AK)

Lihat ini..

No comments:

Post a Comment