Muhyiddin berkata, SPR yang mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan sesebuah bahagian pilihan raya, sebagaimana disaksikan di Perak Februari lalu, akan ambil kira pertimbangan itu. Hal ini berikutan dengan berita Harakah semalam yang menyebutkan kemungkinan akan berlaku satu lagi pilihanraya kecil DUN Kota Seputeh dalam masa terdekat.
Abu Hasan wakil rakyat DUN tersebut tidak hadir sidang dua kali, pada pada 19 April dan 9 Ogos lalu, tanpa sebarang kebenaran Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail. Mengikut Perkara 51 Undang-undang tubuh Kerajaan negeri Kedah, kerusi mana-mana ADUN dikira kosong jika tidak hadir persidangannya dua kali berturut turut tanpa kebenaran Speaker. Abdul Isa ketika dihubungi berkata, tidak timbul soal surat pemberitahuan kerana Undang undang tubuh negeri menyebut hanya berkaitan kebenaran speaker.
"Bukan soal dia (Abu Hasan) hantar surat pemberitahuan atau tak hantar kepada saya, soalnya saya beri kebenaran atau tidak? Dia tidak berhubung dengan saya. Kalau dia hantar surat seminggu selepas itu pun tidak ada makna," ujarnya ketika dihubungi harakahdaily. Berikutan itu, Dr. Abdul Isa (lihat gambar di atas) telah menyerahkan surat pemakluman berhubung pelanggaran itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya SPR negeri bagi menentukan status jawatan Abu Hasan.
Pada pilihan raya umum lalu, Abu Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat selepas menewaskan calon PAS, Ismail Wan Teh dengan majoriti 1,573 undi. Jika SPR memutuskan kerusi itu kosong, ini bermakna negara bakal menghadapi pilihanraya kecil yang ke 8 selepas Pilihanraya Umum ke-12 tahun lalu dan yang ke dua bagi negeri Kedah selepas Bukit Selambau.
1 comment:
UMNO oh UMNO
Post a Comment