AMPANG Ogos 8, 2009. KERAJAAN Pakatan Rakyat baru memerintah Selangor belum sampai satu penggal pilihan raya jelas lebih baik dari UMNO yang memerintah Selangor puluhan tahun sejak merdeka mengenai 'ambil berat' terhadap sensitifiti umat Islam di negeri ini.. contohnya dalam masalah isu arak.
"Sedangkan PAS yang memperjuangkan isu arak cuma memiliki kerusi DUN paling sedikit dari rakan gabungannya PKR dan DAP berbanding UMNO yang mempunyai kerusi DUN majoriti lebih dari rakan gabungannya MCA atau MIC.. Bahkan UMNO yang telah memerintah sejak merdeka, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa." Demikian dinyatakan oleh Drs Mohd Rashidi Deraman YDP PAS Tanjung Karang, ketika ditemui oleh Blog Ibnu Hasyim selepas menghadiri menyuarat Perhubungan PAS Selangor di sini petang tadi.
Beliau mengulas demikian ketika ditanya mengenai Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu yang menyambut baik pelawaan Tok Guru Nik Aziz menjemput beliau ke Kelantan untuk melihat bagaimana Kerajaan Kelantan melaksanakan penguatkuasaan mengenai minuman keras, seperti yang dilaporkan oleh media Sinar Harian hari ini.
Ronnie juga difahamkan, negeri-negeri di Pantai Timur tidak mengharamkan penjualan minuman keras dan tiada halangan untuk berbuat demikian, cuma penjualannya perlu mempunyai lesen. Menurut Ronnie lagi, kaedah permohonan lesen adalah sama dengan negeri-negeri lain iaitu sebarang permohonan perlulah mendapat kelulusan daripada Pegawai Daerah masing-masing.
"Jadi tidak timbul soal beliau berbalah dengan Datuk Dr Hasan Mohammed Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor, di mana Ronnie sendiri menganggap Datuk Dr Hasan seorang pemimpin yang baik, malah hubungan beliau dengan Datuk Dr Hasan dari segi peribadi dan urusan kerja tidak mempunyai sebarang masalah apa-apa.." jelas Rashidi lagi. "Berbeza pendapat tu biasa la!”
"Saya mengucapkan terima kasih, juga mengalu-alukan pelawaan Kerajaan Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz yang bersedia membantu Selangor melihat kaedah pengurusan dan penjualan arak kepada penduduk bukan Islam, semalam.." Kata Rashidi.
Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mula melaksanakan sistem pengurusan penjualan arak di Kelantan selepas PAS mengambil alih teraju pentadbiran negeri ini pada 1990. Tok Guru Nik Aziz berkata, sistem penjualan arak di negeri itu berkesan dan mampu memberikan keselesaan kepada pengguna dan peniaga bukan Islam mengikut kaedah yang dituntut Islam.
"Begitu juga dalam isu mengalihkan pusat penyembelihan khinzir di Kedah, UMNO tidak mampu mengalihnya takut kepada rakan sekandang dengannya, walaupun sudah puluhan tahun memerintah sehingga orang Melayu Kedah muak dengan janji ketegasan UMNO yang bacul, tetapi dengan mudah diselesaikan oleh PAS dan kerajaan Pakatan Kedah. Jadi jelas kerajaan Pakatan Rakyat lebih baik dan lebih cerdik dari UMNO dan BN." Jelas Drs Mohd Rashidi lagi. (AK).
1 comment:
orang kata berdiam lebey baik..kadang2 kita nak mengulas kene tengok audience...tu yg kita belajar dulu..nak ckp ngan org xfhm nih susah...xtercapai dek akalnyer...haraplah pakatan sentiasa berpakat dulu...jangan disekat sudahler...
Post a Comment