Thursday, August 20, 2009

P/ Pasir: Pilih Pemimpin Macam Mana?

MEMILIH pemimpin adalah sama seperti memilih imam solat jamaah. Imam mestilah seiring yang beramal Islam serta berakhlak mulia, jelas Ahli Dewan Negara, Senator Mumtaz Md Nawi mengulas pemilihan calon BN di pilihanraya kecil Permatang Pasir. Mumtaz yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat itu menjelaskan, seorang individu yang sah dibuktikan pecah amanah, tidak boleh menjadi imam solat jamaah mahupun ADUN sendiri.

Bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi seharusnya dijadikan medan terbaik menjelaskan peribadi calon yang haq dan batil, dengan mengambil iktibar dari prilaku Rasulullah s.a.w berdepan Peperangan Badar al-Qubra. Katanya lagi, seorang individu yang sah dibuktikan pecah amanah, tidak boleh menjadi imam solat jamaah walaupun ADUN itu sendiri.

"Mereka sering menggula-gula rakyat (Melayu) dengan pelbagai tawaran yang kononnya merekalah (Umno) yang hanya mampu mentadbir negara dan menyalur segala harta kekayaan," Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Ustaz Harun Taib ketika berucap dalam ceramah kempen pilianraya kecil DUN Permatang Pasir, di Permatang Pasir semalam.

Kira-kira 5,400 orang pengundi Cina memainkan peranan penting dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir kali ini. PAS bagaimanapun yakin dapat mengekalkan sokongan dikalangan pengundi Cina. Bagi memastikan kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil tersebut, PAS memfokuskan kepada empat daerah yang mempunyai majoriti pengundi Cina - Kampungg Cross Street, Sama Gagah, Kampung Pelek dan Permatang Pauh, ujar Setiausaha PAS Pulau Pinang, Mohd Fadzil Kemi.

Tengku Razaleigh hari ini menyatakan kekecewaan beliau terhadap pemilihan Rohaizat sebagai calon BN di Permatang Pasir. Kekecewaan tersebut dinyatakan melalui artikel terbaru di laman blog peribadinya http://razaleigh.com/. "Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita. Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu," tulisnya yang senang di sapa panggilan Ku Li itu.

Bekas rakan kongsi Rohaizat Ibrahim, calon BN Permatang Pasir, Yusri Ishak hari ini mempertahankan dirinya dan mendakwa tuduhan terhadap beliau oleh Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan adalah bohong. Yusri yang mengadakan sidang media khasnya di Yayasan Salam hari ini berkata, dia tidak ada kaitan dengan kes pecah amanah itu sebagaimana yang didakwa Ahmad Maslan.

"Itu kenyataan bohong," kata Yusri. Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis segera selepas berbincang dengan peguamnya.

Yusri keluar mempertahankan diri selepas Ahmad Maslan dan beberapa pemimpin Umno lagi dalam kenyataan mereka berkata, calon BN itu adalah mangsa salah laku rakan kongsinya. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Rohaizat tidak terlibat dalam sebarang transaksi jual beli tanah yang diuruskan oleh rakan kongsinya bagi pihak Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad.

Ahmad mendakwa, Rohaizat menjadi mangsa keadaan setelah rakan kongsi beliau meninggalkan firma berkenaan di mana beliau terpaksa memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan rakannya itu. Beliau seterusnya mendakwa, sebagai menunaikan tanggungjawab syarikatnya, Rohaizat telah membayar balik wang koperasi tersebut.

Menurutnya, sikap bertanggungjawab Rohaizat itu menunjukkan beliau seorang pemimpin yang berkualiti dan tidak melarikan diri seperti rakannya itu dan boleh dianggap sebagai "wira". Menurut Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan (gambar), ekoran keputusan Majlis Peguam memecatnya, Rohaizat telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan memecatnya itu.

Namun mahkamah telah mengekalkan keputusan Majlis Peguam itu. Hari ini, rakan kongsi yang dimaksudkan itu keluar dalam sidang media dan menolak segala dakwan Maslan dan lain-lain pemimpin Umno itu. "Saya memohon kepada PAS dan PKR agar memberikan pentas mereka kepada saya untuk mempertahankan diri," kata Yusri dalam sidang media hari ini.

(Pelbagai Sumber)

No comments:

Post a Comment