Saturday, August 01, 2009

Bermulalah Tangkapan ISA.. 39 Orang... +++!!



Polis mula buat tangkapan menjelang perhimpunan anti-ISA

Ogos 1. SEBENTAR TADI

POLIS mula membuat tangkap menjelang perhimpunan anti-ISA petang ini. sehingga ini polis menangkap 39 orang - 14 di KL Sentral, 22 di Masjid Negara dan tiga lagi di Pasar Seni.

Menurut Suaram, mereka yang ditahan itu ialah 14 anggota Unit Amal PAS - 13 dari Perak dan seorang dari Melaka - yang datang untuk membantu mengawal keselamatan di perhimpunan tersebut

Mereka ditahan pada kira-kira jam 7 pagi ketika di stesen KL Sentral.

Manakala 22 orang lagi ditahan di Masjid Negara.

Menurut Wong lagi, anggota Unit Amal yang ditahan itu dibawa ke ibupejabat polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Manakala 22 orang yang ditahan di Masjid Negara, dihantar ke ibupejabat polis Cheras dengan dua trak polis.

Manakala tiga lagi ditahan di Pasir Seni pada kira-kira jam 11 pagi ini. (Malaysiakini. Mstar /AK)

[Berita lanjut menyusul]

5 comments:

Ahmad Khalilul said...

tak habis2 tangkap orang

Anonymous said...

knp la pakcik ni turun menentang ISA? polis negara mane yang tak tahan perhimpunan haram? fikir logik la.
pakcik kn dah berumur. Boleh saya bertanya. pakcik tahu tak akta-akta didalam ISA? pakcik yakin ke ISA, akta yang kejam? pakcik pernah ke berjumpa dengan mana-mana peguam untuk berbincang tentang ISA. saya nk tanya sikit. dimana bangsa india dan cina di perhimpunan haram tu? kenapa hanya melayu sahaja? betul ke kerajaan mezalim rakyat dengan ISA. saya tak rasa macam tu pun. seharus yer parti pembangkang sepatut yer menunjukkan contoh yang terbaik. kenapa mereka harus dipilih untuk mentakbir negara. kenapa mereka lebih baik dari kerajaan sedia ada. bukan membuat kekacauan demi kekacauan. sekarang dunia sedang dilema krisis ekonomi dan wabak penyakit H1N1. dimana peranan pembangkang untuk mengeluarkan negara dari belenggu ini? dimana projek pembanggunan yang dicanangkan? dimana janji-janji parti pembangakang. adakah sudah tertunai atau tidak? saya pun mahasiswa. tapi saya tahu manam yang baik dan yang mana yang buruk. sudah setahun berlalu sejak pilihan raya yang lepas. apa yang saya lihat di selangor ini tak habis-habis dgn kekacauan. sehingga kan khutbah jumaat pun nk berpolitik. saya nk belajar pun tak senang. smpaikn ada wakil2 dari pembangkang ni cuba masuk diuniversiti. budak2 di universiti sepatut yer belajar bkn berpolitik.
sepatut mahasiswa ini la yang bertanggungjawab membanggunkan negara. bukan merosakkan akhlak mereka. sekarang ni banyak kes2 yang tak bermoral melibatkan parti pembangkang. knp mereka asyik mengatakan semua tu rancangan jahat kerajaan? apa nk jadi dengan melayu sekarang ni? melayu bertelagah sesama sendiri. melayu juga rugi. pakcik dah berumur, sepatut yer pakcik membimbing yang muda. perkara nk mansuhkn ISA ni boleh dilakukan sekiranya parti pembangkang memerintah.membentuk satu kerajaan. jadi buat masa sekarang, buatla yang terbaik untuk rakyat. supaya rakyat boleh memilih parti pembangkang jadi kerajaan lak. tak perlu tergesa-gesa nak mansuhkan ISA. fikir dan renungkan la.

mr edz said...

satu pertanyaan kepada Anonymous.. dalam islam boleh ke menahan seseorang tanpa bicara dengan menafikan hak nya untuk mendapatkan perbicaraan(ISA)

Ahmad Khalilul said...

mungkin pak cik tak boleh pergi kot
aku pun tak boleh pergi. saya nak tanya kenapa awak pos komen tak tulis nama? ramai dah buat cmtu takut nama diketahui sedih aku dengar.selalu aku tengok komen ini. aku layari pelbagai laman politik. Sering aku jumpa orang tak paham tentang akta ini. akta ni kejam. tahan tanpa bicara. cuba anda fikirkan jika anda yang berada dalam situasi berikkut. bukan dua hari tahan dalam ISA tapi sampai 8 tahun, bukan dok relek dalam ISA tapi ada yang kena pukul kena terajang. Cubalah anda fikirkan. Jangan cuba kata secara melulu. Aku menulis komen ni bukan nak cari gaduh tapi sekadar renungan saje.Anda bolehlah hantar komen kat saya di baniidriss@gmail.com

kami

baniidriss94

Ahmad Khalilul said...

semoga kita mendapat hidayah dari Allah. semoga kita dibuka pintu hati dan kefahaman. Mari kita pakat junjung Hukum Allah Bukan Lordred yang dipakai Malaysia. Jom sertai Pas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails