BUAT kereta sendiri. Kereta menggunakan enjin diesel dan dinamo elektronik dari barang buangan kereta lama dan buruk. Begitulah hasilkerja sebuah team dari beberapa mahasiswa Universiti Khan Younes di Gaza, Palestin. Walaupun masih di peringkat awal, namun ia amat membanggakan dan mereka terus berinovasi dan kreatif dalam suasana negara remuk redam, sekatan dan pelbagai tekanan dari penjajah jahat Israel.
Idea awalnya bermula dari gagasan cemerlang Dekan Fakulti Teknik universiti tersebut Dr. Ghassan Abu Araf, yang bercita-cita supaya kampusnya boleh ikutserta dalam kompetensi pembuatan kereta bertaraf antarabangsa yang diadakan setiap tahun di England. Tetapi gagal kerana rendahnya fasiliti teknologi di Gaza, keadaan negara yang kelam kabut, juga kerana sayembara itu menghadkan hasil kreatif peserta seperti kereta bertenaga cahaya bukan elektronik dan lain-lain.
Akhirnya, gagasan dan semangat kreatif Abu Araf hendak buat kereta sendiri itu pun itupun disampaikan kepada mahasiswanya. Mereka pun menyambut baik dan memulai projek tersebut. "Kami yakin kami boleh buat... jika dikerjakan dengan sungguh-sungguh." sambut Ahmad Shaydam, ketua team itu.
Selain itu ialah kerana semangat Shaydam yang kuat ingin membuktikan kepada dunia, bahawa sekalipun Gaza terperok hancurlebur akibat sekatan dan keganasan Israel, namun tidak menjadikan orang-orang Gaza angkat bendera putih, apalagi menjadi kambing congek Israel. "..dan melalui karya, kami hendak curi perhatian dunia agar lebih dapat melihat kami!" tambah Shaydam.
Enam bulan, akhirnya lahirlah hasil kreatif mahasiswa Gaza ini. Hasil dari barangan buangan atau bangkai kereta akibat serangan Israel, dimanfaatkan. "Alhamdulillah, kereta ini mampu berjalan hingga kecepatan 100 Km per jam," terang Shaydam, setelah selesai merancang bahagian dalam, struktur bahagian dan tampilan luar kereta yang memakai bahan fiberglas.
Menurut Shaydam lagi, modalnya pun tak banyak, kira-kira US4,000 bagi sebuah kereta.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Bagaimana, tak terbelalakkah negara-negara Arab lain seperti Saudi contohnya? Negara yang kaya raya wang ringgit tetapi papa kedana dalam berkreatif? (AK)
Sila lihat siri-siri kreatif..
No comments:
Post a Comment