PETALING JAYA, 14 Ogos : Harakah sebentar tadi menyebutkan, Bengkel Memperkukuh Pakatan Rakyat di Tropicana Goft Resort petang semalam bukan sahaja berjaya mencapai kata sepakat berhubung isu arak di Selangor, malah sebulat suara mengutuk berpuluh tindakan Umno menghina Islam sebelum ini.
Menurut Dato' Seri Anwar Ibrahim, telah banyak laporan polis dibuat berhubung kenyataan Umno menghina Islam dan sensitiviti kaum Cina di Malaysia sebelum ini,tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil ke atas pemimpin-pemimpinparti terbabit Beliau yang juga Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR turut mempersoal tindakan Polis menyerahkan beberapa isu tersebut kepada pemimpin atasan Umno sendiri untuk tindakan susualan dan 'arahan' seterusnya.
Jelas Anwar lagi, masalah arak di Selangor, dakwaan Anthony Loke (DAP) menghina Islam serta gelaran 'pengkhianat' yang dilabelkan ke atas dirinya itu hanya sandiwara arus perdana semata mata; demi menutup salah laku Umno menghina Islam dan kaum Cina. "Kepimpinan Umno yang hina Islam tidak pernah disiasat, sebaliknya digunakan isu perkauman, soal Cina dan saya (serta) Ustaz Hadi dilaporkan seolah-olah menyokong DAP (dan) Cina hina Islam.
Bercakap dalam sidang media yang sama Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersependapat dengan Anwar dan menyifatkan slogan 'Satu Malaysia'yang dialung-laungkan parti-parti pemerintah sekadar menutup permusuhan dalaman masing-masing dari diketahui umum. "Apa guna kita (Pakatan Rakyat) dikatakan bersama, tetapi tidak bersatu. Itu (Masalah) Barisan Nasional yang sudah dikenali retak.. Mereka saling bermusuhan walau pun mereka terpaksa melaungkan slogan 'Satu Malaysia'," katanya.
Penasihat DAP Lim Kit Siang turut menegaskan bahawa bengkel tersebut berjaya menyatukan suara dalam Pakatan Rakyat demi memastikan agenda perubahan terus digerakkan. Pakatan Rakyat juga bersetuju menubuhkan beberapa sekretariat di pelbagai peringkat untuk memastikan muafakat masing-masing kian kukuh. Peringkat Penggubalan Dasar akan diketuai bersama Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan Timbalan Pengerusi DAP Dr. Tan Sing Giaw; yang mana masing-masing adalah Ketua Whip di Parlimen.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua DAPSY Anthony Loke dan MKT PKR Dato' Zaid Ibrahim dipertanggungjawabkan memperkukuh Sekretariat Pakatan Rakyat di peringkat negeri dan Pusat. Bengkel itu sebulat suara bersetuju menggunakan saluran yang betul di peringkat pusat dan negeri seandainya berlaku lagi sebarang perselisihan pendapat. Jika satu-satu perselisihan gagal diselesaikan, maka ianya akan dirujuk terus pula pada Panel tatatertib yang dipersetujui bersama.
Terdahulu, Dato' Dr. Hasaan Ali Exco Kerajaan Negeri yang juga Pesuruhjaya Selangor berselisih faham dengan Ronnie Liu Exco Kerajaan Negeri yang juga pemimpin DAP negeri hatta diperbesar oleh media arus perdana.Sementara itu Blog Ibnu Hasyim mendapat beberapa ulasan daripada pembaca mengenai tajuk DAP Tolak Islam, Orang Islam Tolak Lebih Hina -Nik Aziz... (Berita BERNAMA), antaranya mengkritik PAS seolah-olah tidak mampu menjelaskan kepada DAP rakan gabungannya yang hina Islam.
Jawab pihak kami (Blog Ibnu Hasyim)...
Sengaja saya jawab lambat isu ini, kerana:
1..Nak dengar pandangan tuan-tuan dulu.
2..Nak tunggu berita asli dari Tok Guru atau PAS, kerana dalam memperjelas sesuatu tak boleh dengar dari musuhnya sahaja, apa lagi Bernama yang ada rekod menyelewengkan berita PAS.
3..Baru saya jawab fasal hina Islam...
Memang musuh hina Islam wajib dipertahan atau dihukum kalau ada kuasa, tak kira dalam atau luar negara. Hatta bantah melalui demontrasi pun. Tapi BN tak bantah sngguh-sungguh, banyak buktinya. Soalnya sekarang benarkah DAP itu hina Islam? Tidak boleh dihukum hanya dengan bukti melalui berita dari musuhnya. PAS tidak ada kuasa menghukum, yang ada kuasa ialah kerajaan BN.
Bukti yang ada di hadapan kita, DAP berbaik-baik dengan PAS & PKR. DAP tidak pernah apa-apakan orang PAS. Tapi BN penjarakan & bunuh ramai orang PAS termasuk ulama. Tolak hudud, rampas royalti minyak & tak bertegas dengan rasuah sehingga hak rakyat, orang Islam-Melayu tergadai.
Memang bunyinya DAP macam hina Islam. Itu masih di peringkat forum, bincang, kadang-kadang keras kerana mereka masih belum faham. Itu yang PAS sedang lakukan menerangkan kepada mereka.DAP baru cakap tak mahu hudud, tapi BN dah tolak permintaan PAS nak buat hudud. Tapi kadang-kadang UMNO lebih teruk hina Islam. Contohnya tuduh Hj Hadi sebagai nabi, pernah disaman & bayar gantirugi pun. Tuduh PAS lebih bahaya dari komunis, roboh masjid.
Banyak bukti perbuatan UMNO yang mengaku Islam tetapi menentang Islam. Patutlah dalam Islam kesalahan murtad (keluar Islam) hukumnya lebih teruk dari yang bukan Islam.
Cukup setakat ini dulu.. Kita sambung lagi coming soon. Terima kasih kerana diajak berbincang supaya terbuka fikiran. Allahu aklam.
(2MA)
harap harap semuanya dapat menerima dengan hati yang terbuka dan tidak emosional
ReplyDelete