Friday, August 14, 2009

Cabar Ke Mahkamah Kerana Aurat.



Selain baju mandi, berpurdah pun boleh juga seperti gambar di bawah..

Ogos 12, 2009. AKHBAR La Parisien melaporkan, seorang wanita yang dikenali dengan nama Carole, adalah warga Perancis yang memeluk Islam dan berhasrat untuk mencabar keputusan itu di mahkamah, di Perancis. Hal ini terpaksa dilakukan, apabila pengendali sebuah kolam renang di Paris enggan membenarkan seorang wanita muda Muslim yang memakai 'burqini' daripada memasuki kolam itu kerana pakaian mandi yang dipakainya menutup hampir keseluruhan tubuh.

Larangan itu dilakukan ketika ahli Parlimen Perancis berdebat sama ada akan melarang burqa selepas Presiden Nicolas Sarkozy menyifatkan pakaian yang menutup bahagian kepala hingga kaki 'tidak dialu-alukan' di negara sekular seperti Perancis. Pegawai di Emerainville, sebuah kawasan luar bandar Paris, berkata mereka membenarkan wanita berkenaan memasuki kolam renang itu bulan lalu dengan memakai 'burqini' yang direka khusus bagi wanita Muslim yang ingin ke kolam renang tanpa mendedahkan tubuh mereka.

Namun, apabila dia kembali bulan ini, mereka memberitahunya dia tidak boleh memasuki kolam jika berpakaian sedemikian atas alasan mereka memutuskan untuk menguat kuasakan peraturan kebersihan. Kakitangan kolam renang 'mengingatkannya mengenai peraturan di semua kolam renang (awam) yang melarang berpakaian dalam kolam renang," kata Daniel Guillaume, pegawai pentadbiran kolam renang berkenaan.

"Ini adalah satu bentuk pemisahan. Saya akan lawan bagi mengubah keadaan. Jika saya kalah, saya tidak menolak kemungkinan meninggalkan Perancis," akhbar itu memetiknya. Akhbar juga menyiarkan gambar wanita itu memakai 'burqini' yang dibelinya ketika bercuti di Dubai baru-baru ini. (AFP. http://www.islamonline.net dll.AK)

Blog Ibnu Hasyim: Begitulah hebatnya perjuangan untuk menegakkan syariat Islam, walau baru menemui Islam. Sanggup berkorban kerana mempertahankan aurat Muslimah, bahkan ada yang sanggup mati seperti yang berlaku di Jerman baru-baru ini. Ya.. mereka sudah dapat kemanisan iman.. Sila lihat hadis-hadis Nabi mengenai kemanisan iman.. Malang bagi orang Islam yang masih belum dapat, bukan mempertahan untuk tutup aurat tetapi mencari helah untuk membuka aurat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails