Sunday, August 30, 2009

Cubaan Rogol Pembantu ADUN Bukit Kepayang.

JENAYAH
Cubaan merogol, tapi ini hanya dalam penggambaran filem. Bukan kisah sebenar melibatkan ADUN Bukit Kepayang.

SEREMBAN Ahad Ogos 30 2009– Seorang pembantu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang nyaris dirogol apabila pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN tersebut diceroboh dua lelaki tengahari semalam.

Suspek yang tiba ke pejabat terbabit dan mahu bertemu ADUN, Cha Kee Chin kemudian bertindak ganas terhadap mangsa, Cheng Wai Fong, 31 dengan mengheret dan menghantuk kepala mangsa ke di dinding selepas dia membuka pintu memaklumkan wakil rakyat yang ingin ditemui itu tiada di pejabat.

Tidak cukup dengan itu, mangsa diikat tangannya dan diheret masuk ke dalam pejabat sebelum seorang lagi rakan suspek yang dipercayai berada di aras bawah segera naik dan turut membelasah mangsa.

Tanpa menghiraukan rayuan, suspek terus membelasah mangsa dan meletakkan pisau di bahagian lehernya supaya tidak membuat bising sambil rakannya menyelongkar barangan berharga sebelum mengheret mangsa ke dalam sebuah bilik dan cuba merogol mangsa yang sudah tidak bermaya.

Mangsa ketika ditemui Sinar Harian berkata, dia berpura-pura lemah sebelum nekad melawan suspek dengan mencapai pisau yang diletakkan berhampiran sebelum menikam bahagian bahu kiri suspek.

“Rakan suspek yang berada di bawah segera naik ke atas dan bertindak membelasah saya sebelum menyelongkar barangan berharga di pejabat, sambil seorang lagi suspek bertindak menumbuk muka saya tanpa henti. Tidak puas dengan itu, suspek mengheret saya ke dalam bilik sebelum bertindak membuka baju dan cuba merogol,” katanya.

(Sumber: Sinar Harian Pembantu ADUN nyaris dirogol/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kes rogol kini sudah menjadi seolah-olah berita biasa. Apakah tiada harapan untuk memikirkan dan mencari sebuah perundangan alternatif masa kini dalam mendidik masyarakat bagi mengelakkan kes-kes jenayah? Cuba kita fikir-fikirkan!

6 comments:

  1. Menunjukkan tiada kepekaan daripada Kerajaan Malaysia pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak terhadap kadar jenayah yang semakin menjadi2..

    ReplyDelete
  2. pak hasyim, nk tanya hudud boleh wat atas org bukan islam?

    ReplyDelete
  3. kalau hudud dilaksanakan rasanya org bukan islam tak takut dan takde efek pun hudud kat diorang... diorang rasanya tak takut pun nk buat jenayah...bagaimana pendapat pak hasyim?

    ReplyDelete
  4. Mengenai hudud, wajib bagi negara Islam. Menurut setengah ulama orang bukan Islam dalam negara Islam boleh pilih undang-undang yang mereka muhu dilaksanakan untuk mereka.

    Tetapi kalau diberi penerangan selengkapnya, mungkin mereka mahu.Di situlah perlunya kesungguhan dan kesabaran. Pernah terjadi dalam sejarah, di Samarkand negara bukan Islam minta negaranya dibebaskan (istilah sekarang ditakluki)setelah tentera Islam keluar dari negara itu kerana salah teknik dalam penyerangan.

    ReplyDelete
  5. pak kalo perogol adun bukit kepayang kena tangkap, nk ke dorang kena hudud? rogol sama ngan zina kan hukumannya, rejam sampai mati ataupun kena sebat.kalo cine india pegi mencuri, nk ke tangan diorang kena potong sukarela?kalo ikut agama dorang mencuri kena hukuman denda seringgit, mana agaknya diorang pilih?cane ni pak?

    ReplyDelete
  6. 'kalo ikut agama dorang mencuri kena hukuman denda seringgit?'

    betul ke ni, atau hantam saja?
    kalau tak tahu, janganlah komen.

    ReplyDelete