Monday, August 03, 2009

Jangan Roboh Rumah Kampung Buah Pala. -Guan Eng.


PULAU PINANG 3 Ogos: Kerja meroboh rumah penduduk Kampung Buah Pala di Bukit Gelugor di sini yang sepatutnya dilakukan hari ini, ditunda sehingga esok berikutan pemilik tanah kampung berkenaan, Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang (KPKPP) memberi tempoh sehari lagi kepada penduduk untuk berpindah.

Pengerusi KPKPP, Abdul Razak Mansor berkata kawasan itu sepatutnya dirobohkan hari ini, bagaimanapun atas dasar simpati dan kemanusian, pihaknya memberi tempoh sehari lagi bagi penduduk kampung berkenaan memindahkan barang mereka. Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi amaran kepada Koperasi Pegawaipegawai Kerajaan Pulau Pinang, pemilik tanah Kampung Buah Pala, supaya tidak merobohkan rumah penduduk di situ esok sehingga satu penyelesaian yang tidak merugikan mana-mana pihak dapat dicapai.

"Jika koperasi berkeras untuk merobohkan rumahrumah di situ, kerajaan negeri tidak ada pilihan selain membatalkan perintah yang dikeluarkan untuk pembangunan kampung itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini bagi mengulas kenyataan pengerusi koperasi itu, Abdul Razak Mansor semalam bahawa sebarang rundingan mengenai penempatan semula penduduk kampung itu hanya dapat dijalankan selepas rumah mereka dirobohkan. (Sumber BERNAMA)

No comments:

Post a Comment