Tuesday, August 11, 2009

'Manifesto Al-Badawi' Bawa PAS Perjuangkan Merdeka.

Gambar Kenangan Dato' Mohd.Asri bersama Prof.Hamka (bersongkok)

BERBICARA tentang gerakan Islam di Malaysia, tentu tak boleh memisahkan PAS (Parti Islam Semalaysia) sebagai salah satu bahagian yang cukup dominan dan memberikan warna. Parti Islam yang konsisten menjadi pembangkang dalam pemerintahan Malaysia ini kini mengalami pelbagai fasa dan pasang surut dalam sejarah perkembangannya.

Pilihanraya 2008 tak pelak telah mengubah wajah dan peruntungan PAS. Dari sebuah parti yang dianggap ekstrem, PAS berubah menjadi parti moderat tanpa meninggalkan cita-cita Islamnya dan menjadi salah satu pilihan rakyat Muslim di Malaysia. Di Parlimen, PAS menguasai 10% kerusi, atau menjadi 25% parti pembangkang. Empat tahun sebelumnya, PAS masih belum dianggap siapa-siapa, dan kini parti ini menjadi perhatian umum, dan sekaligus banyak pengamat.

Sejarah PAS

Kemunculan PAS dalam sejarah politik Malaysia bermula dari 23 Agustus 1651. Ketika para ulama Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur dan bersepakat mendirikan Persatuan Ulama Se-Malaysia. Namun pada 24 November 1951, nama ini diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaysia (PAS) pada pertemuan ulama Malaysia di Bagan Tuan Kecil, Seberang Prai. Sesuai dengan namanya, PAS memang tidak lepas dari kiprah ulama-ulama Islam di negara itu.

Namun, keterlibatan PAS dalam politik Malaysia baru terjadi pada pilihanraya 1955. Melihat suasana sosial Malaysia ketika itu, PAS akhirnya mulai beranjak diri menjadi sebuah gerakan politik dakwah. Pergeseran dan perubahan ini juga tak lepas dari pengaruh Ikhwan di Mesir, dan Masyumi di Indonesia. Para ulama dan mahasiswa yang sedang belajar di Indonesia dan Mesir sedar bahawa negaranya memerlukan sebuah institusi rasmi yang mewakili dalam semua aspek kehidupan terutama dalam kondisi Malaysia yang sedang dijajah Inggeris saat itu.

Sebenarnya tahun 1947, percik pergerakan sudah dimulai dengan adanya Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) dan diikuti oleh Hizbul Muslimin setahun kemudian. Keduanya merupakan usaha keras dari Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Namun, keduanya tidak cukup bergaung kerana tekanan penguasa.

PAS selalu bertentangan dengan Umno, parti paling besar di Malaysia yang berhaluan nasionalis. Tahun 1950 boleh dikatakan peranan ulama di Malaysia tidak ada apa-apanya. Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lulusan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol dan seorang tokoh Hizbul Muslimin mengatakan dalam tulisannya yang sampai saat ini menjadi salah satu pedoman PAS bahawa kedudukan ulama tak ubahnya seperti sampah, jika tunduk pada pemerintah dan tidak mempunyai kekuatan apapun. Ketika itu, kondisi masyarakat Malaysia memang menyedihkan kerana banyaknya pemurtadan orang Islam, judi, dan berbagai kesenangan duniawi lainnya, yang dalam hal ini ditaja oleh Umno.

Pada 24 November 1951, Haji Ahmad Badawi, seorang ulama di Seberang Perai mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulama Ke Jalan Allah” untuk menyambut persidangan PAS. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah gerakan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Allah. Secara tegas, para ulama PAS menolak bentuk-bentuk perjuangan yang didasarkan pada ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Perkembangan PAS

Dari sejak awal, PAS selalu mengusung agar Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Tahun 1959, PAS memenangi pilihanraya di Terengganu dan Kelantan, dan kemudian membentuk pemerintahan sendiri di bawah Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. Kekuasaan PAS di Terengganu dan Kelantan tidak lama, kerana pada Oktober 1961, PAS berhasil digulingkan oleh hasil permainan politik kotor Perikatan. Hanya Kelantan yang bertahan cukup lama iaitu sampai tahun 1977.

Layaknya gerakan Islam yang memperjuangkan Islam, PAS mengalami restriksi penguasa yang tak suka. Penangkapan, embargo politik, dan pembunuhan rahsia terjadi. Cita-cita PAS untuk menampilkan Islam dianggap sebagai ancaman. Pada tahun 1973, PAS mulai membentuk kerjasama dengan pihak lain, iaitu Perikatan dan BN. Kerjasama ini membuka eskalasi baru kerana PAS menyampaikan Islam dengan lebih terbuka. Selama ini, cara PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan menggembor-gemborkan isu Islamnya.

Tahun 1982, terjadi perpecahan di tubuh PAS dan mereka sekaligus kehilangan kekuasaannya dalam pemerintahan. PAS mengalami krisis kepemimpinan dalam tempoh ini. Campur tangan pihak lain dalam hal ini sangat kental. Misalnya saja pada tahun 1996, PAS berkonflik dengan Parti Melayu Semangat 46, dan pada tahun 1991, dengan Umno.

Kemunculan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan wujudnya gerakan reformasi dalam tubuh PAS. Pada pilihanraya 2004, walau tidak dominan, Terengganu berhasil kembali dikuasai. Dan puncaknya adalah pada Pilihanraya 2008, yang berhasil merebut hati rakyat di Kelantan, Terengganu dan Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai ancamana utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Rakyat Islam Malaysia tentu sangat berharap bahwa PAS akan terus konsisten dalam membela kepentingan rakyat. Mereka tidak ingin PAS menjadi parti yang bekerja sama dengan pemerintah namun kemudian banyak mengabaikan kepentingan rakyatnya seperti yang selalu terjadi di negara-negara lain. Selama bertahun-tahun, PAS terus dijadikan pilihan utama rakyat Islam Malaysia, dan satu manuver politik yang kurang perhitungan akan membuat rakyat meninggalkan PAS selama-lamanya. (Di angkat dari Satu Umat))

Oleh MEDIA INDONESIA

Kepada peminat-peminat atau pengkaji sejarah PAS, sila layari blog ini, antara blog terbaik mengenai sejarah PAS..

towardsmardhatillah.wordpress.com/.../histories/

No comments:

Post a Comment