PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd. Asri menyatakan rasa kesalnya dengan sikap sesetengah tokoh DAP yang tidak menghormati perasaan orang Islam.
Menurut beliau apa yang lebih menyedihkan ada orang Islam sendiri yang menyokong mereka (sesetengah pandangan pemimpin DAP ke atas Islam) dan terus membiarkan keadaan ini berlaku.
"Mereka (DAP) disokong oleh sesetengah pihak yang 'lantang tidak seimbang' yang bernama muslim, mereka seakan membiarkan keadaan ini berlaku.
"Mereka yang 'tidak seimbang' ini hanya 'garang dan cengih' sesama muslim, tetapi membiarkan orang lain membelasah muslim secara biadap," kata Dr. Asri.
Sebelum ini Ahli Parlimen Bandar Kulim , Zulkifli Nordin meminta Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Foke supaya memohon maaf kepada Dr. Mohd Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam amnya.
Dalam satu kenyataan Loke yang disiarkan oleh sebuah laman blog, Ahli Parilmen Rasah itu mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan, mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.
Dr. Ridhuan dalam tulisnya mempertikaikan langkah menghalalkan 'anak luar nikah' yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.
Dalam pada itu, Dr Asri turut melahirkan perasaan kecewa beliau dengan cara Loke mengkritik Dr. Mohd. Ridhuan yang juga pengerusi Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA). "Saya rasa dukacita dengan bahasa dan cara mereka, seperti biasa memang akan ada orang yang memakai 'topeng bernama Islam' menjustifikasikan mereka.
"Secara umumnya, saya bersetuju dengan kenyataan Zulkifli Nordin," kata Dr. Asri
Komen Blog Ibnu Hasyim: YAB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim kena sedar ini, apalagi bila beliau selaku Menteri Besar Selangor baru-baru ini mengumumkan pembenaran 7-eleven terus menjual arak di semua rangkaiannya. Beliau seolah-olah lansung tidak ada keinginan untuk membendung aktiviti yang terang dan nyata haram di sisi agama Islam. Beliau patut kena peka terhadap perasaan umat Islam di negeri ini, jangan jadi macam pemimpin UMNO!! (AK)
3 comments:
Salam Doktor,
Satu penghormatan kepada saya selaku blogger baru apabila 'blog' saya disenaraikan dalam senarai blog tuan.
Tapi sedih pulak bila tengok ia disisih dari senarai blog tuan.
Saya tak perasan, hari tu ada buat sikit perubahan, nanti saya betulkan.Maklum, t.kasih.
entahlah.. yang haram tetap haram.. berulang kali saya katakan sepatutnya rakan di DAP ini perlu diterapkan kefahaman islam..
Post a Comment