Sunday, August 09, 2009

Merdeka: Gambar Sejarah, Berkatalah Dr Mahathir..


Bendera Malaysia buat pertama kali di naikkan pada 31 Ogos 1957

Stadium Merdeka

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengulukan seruan Merdeka! pada 31 Ogos 1957.

The P.M.N. (Panglima Mangku Negara) was bestowed upon my late father by His Majesty the First Yang Di Pertuan Agong which first carried the title " Dato " but was later changed to " Tan Sri " maintaining the old Order or Initials.

Standing second from left is Tan Sri Syed Jaafar Albar; extreme right is Tan Sri Tengku Abdul Hamid Jumat; seated from left to right are Mr David Marshall, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj and Tun Sir Tan Cheng Lock at the Baling Talks.

Tan Sri Tengku Abdul Hamid Jumat, Mr David Marshall, Tun Sir Tan Cheng Lock, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj on the way to the meeting with Chin Peng.

A young Lee Kuan Yew and Abdul Hamid Jumat of Singapore in this 2 June, 1958 file picture.

Maka berkatalah Dr Mahathir bekas PM Malaysia..

'Pohon Maaf'

By
Dr. Mahathir Mohamad

1. Baru-baru ini Kerajaan dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri-Menteri sibuk memohon maaf kepada orang Cina dan India kerana apa yang dikatakan kata-kata yang dianggap sebagai terlalu perkauman (racist) yang telah disebut oleh beberapa pemimpin Melayu.

2. Sebenarnya orang Melayu sekarang amat takut jika mereka diberi label "racist". Mereka menulis dalam akhbar yang orang Melayu bukan racist. Demikianlah ketakutan mereka sehingga apabila hak mereka di buruk-burukan dan diserang, mereka tidak berani mempertahankan diri mereka.

3. Malang bagi TPM dan Kerajaan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi setelah memohon maaf secara terbuka permohonan maaf daripada pemimpin tertinggi Umno ditolak oleh pemimpin-pemimpin kaum berkenaan. Mereka menuntut supaya orang yang perkatakan perkataan yang dilabel "racist" sendiri memohon maaf.

4. Satu lagi peristiwa yang memalukan ialah apabila Kerajaan hantar seorang Menteri untuk minta maaf daripada Kerajaan Cina kerana kononnya wanita rakyat negara Cina telah ditelanjang oleh polis dan ini direkod dalam video.

5. Kemudian didapati wanita itu bukan rakyat negara Cina dan bukan pun Cina Malaysia. Dia adalah seorang perempuan Melayu.

6. Sebaliknya, apabila orang yang bukan Melayu mengeluar perkataan atau catitan yang boleh ditafsir sebagai racist, orang Melayu tidak pernah tuntut supaya pihak berkuasa memohon maaf.

7. Dalam Memo Hindraf ke Perdana Menteri UK banyak perkataan yang terlampau dan racist terdapat didalamnya. Contoh:

a) Kerajaan dikatakan dibantu oleh "Islamic Extremist violent armed terrorists" (orang Melayu)

b) Mereka berkata Kerajaan Malaysia melakukan "Ethnic Cleansing" iaitu Kerajaan sedang membunuh dan menghapuskan orang Tamil.

c) 100 orang keturunan India "ditetak dan dibunuh oleh Kerajaan yang dikuasai oleh UMNO." Perbuatan ini kononnya adalah "mini genocide" (pembunuhan beramai-ramai mini)

d) Tiap tiga minggu kuil Hindu diroboh.

e) Kerajaan yang kononnya dikuasai oleh UMNO telah lancar serangan bersenjata dengan 600 anggota polis, polis simpanan, pelampau Islam dan pengganas (terrorist) bersenjata (orang Melayu).

f) Pegawai Bandaraya dan Polis dikatakan membaling batu dan menyerang orang Hindu dengan pisau, kayu dan batang besi. Kononya 20 orang Hindu mengalami cedera parah.

8. Tulisan dalam memo Hindraf ini bukan sahaja racist tetapi juga "seditious"(hasutan).

9. Seorang penuntut universiti Wee Meng Chee telah perlekehkan Negaraku dengan mengguna lagu Negaraku tetapi dengan lirik yang mempermainkan sembahyang dan azan orang Melayu (Islam). Azan dijadikan duet lagu cinta.

10. Apakah mereka dikehendaki memohon maaf? Apakah pemimpin mereka dikehendaki memohon maaf? Jauh sekali. Sebenarnya Wee dipertahan oleh pemimpin-pemimpin parti Cina dan anggota Hindraf dibebaskan daripada tahanan dan ada yang dengan bebasnya bertanding dalam pilihanraya dan menang menjadi wakil rakyat.

11. Mereka menuntut supaya tidak ada diskriminasi oleh Kerajaan. Tetapi nampaknya mereka bukan sahaja bebas malah mendapat kehormatan dengan dipanggil "Yang Berhormat" setelah berkata perkataan yang amat keterlaluan bahkan merupa hasutan.

12. Soalnya kenapakah Kerajaan berat sebelah, menyembunyi kata-kata racist Hindraf tetapi melapur dengan meluas apa yang dikatakan oleh pemimpin Melayu. Kenapakah Menteri keturunan India atau ketua-ketua kaum India tidak dikehendaki memohon maaf?

13. Sesungguhnya keadaan hubungan antara kaum bukan lebih baik hasil PRU 2008, tetapi ia menjadi amat buruk. Mungkin saya dituduh sebagai menyumbang kepada keadaan melalui tulisan saya. Tetapi pada saya amatlah tidak adil jika satu pihak dapat kebebasan sedangkan pihak yang ditohmah tidak boleh buka mulut.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kembalilah kepada jalan penyelesaian sebenar iaitu dengan merealisasikan kayu ukur Islam sebagai teras kehidupan yang menolak asabiah kebangsaan, fanatik kaum dan racist.

Rujukan:
1. http://tpj-one-thepatriot.blogspot.com/
2. Ibnu Hasyim: Sejarah PAS 14: Merdeka!
3.http://chedet.co.cc/chedetblog/2008/09/snippets-6.html
4.http://www.i-putra.com.my/announcement/sej_merdeka_more.htm
5.http://www.ctl.utm.my/merdeka/calon/merdeka6/sejarah3.htm
6.
Malaysia, Siapa Beri Nama? Sempena 31 Ogos..

PERHATIAN

Pihak Blog Ibnu Hasyim mengharapkan kerjasama dari tuan-tuan untuk mendapatkan maklumat-maklumat sejarah Malaysia, terutama mengenai sejarah PAS bagi melengkapkan fakta-fakta yang sedang kami kumpulkam. Jika ada yang ingin menyumbangkan bakti sila hubungi kami atau e-mailkan kepada:
ibnuhasyim@gmail.com. Kerja-kerja tersebut adalah sukarela tiada berbayar atau dibayar oleh mana-mana pihak. Sekian, terima kasih.

dari
IBNU HASYIM.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails