Thursday, August 27, 2009

Merdeka: Isteri A/Parlimen PAS 1955, Berumur 101 Tahun.

Inilah toksu Hjh. Safiah Hj Idris.. masih maniskan walau usia sudah 101 tahun!

"BAPA saudara arwah mak bernama Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Hussin al-Banjari. Arwah bersama ayahnya yang mengasaskan Pondok Pokok Sena ini. Dan arwah juga merupakan ahli parlimen PAS pertama (Kerian) pada tahun 1955.

Isterinya yang kami ziarahi bernama Hajah Sofiah Hj. Idris (kami panggil toksu). Umurnya sudah menjangkau 101 tahun. Alhamdulillah, ingatannya masih kuat, matanya juga terang. Masih boleh membaca Quran tanpa memakai kaca mata. Cuma dia tidak lagi boleh berjalan kerana lututnya sudah tidak kuat dan pendengaran juga sudah kurang. Mungkin amalannya yang selau mengaji (beliau merupakan guru Quran) membuatkan ingatannya masih kuat.

Beliau sibuk menyuruh kami makan malam di rumahnya. Menurut anaknya, Hjh. Zainab yang kami panggil panggil Mak Anjang, toksu akan meluahkan rasa terkilan kepada anak-anak kalau tetamu tidak makan di rumahnya. "

Demikian petikan dari..
Komen Blog Ibnu Hasyim: Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Hussin al-Banjari, suami kepada Hajah Sofiah Hj. Idris ini adalah seorang tokoh bersejarah dalam perjuangan membangunkan Islam di Tanah Melayu. Menjadi ahli parlimen PAS yang pertama, sudah tentu banyak saham dalam perjuangan kemerdekaan agama, bangsa dan tanah air. Sila lihat sejarah PAS...
(2MA)

1 comment:

Anonymous said...

Orang Kedah dan Pulau Pinang memnag besar hati. Mesti nak jamu makan tetamu dengan apa saja yang ada. Sifat ini memang amat ketara sangat.
Sekarang ni budi bahasa seperti ini hampir dah hilang terutama di Lembah Kelang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails