PUTRAJAYA 19 Ogos 2009: Menurut Bernama, Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama diminta mengeluarkan kenyataan berhubung tuduhan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya ajaran Islam yang dibawa oleh Umno tidak boleh membawa seseorang Muslim masuk syurga.
Timbalan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah wajar jika ulama meneliti apa yang telah diungkapkan oleh Nik Aziz dan memberikan pandangan sama ada kenyataan Mursyidul Am Pas itu benar daripada segi Islam, atau jika bercanggah, apakah pula hukumnya.
"Saya dah cakap akan keluarlah fatwa-fatwa baru (daripada pembangkang). Jadi, jangkaan saya betul kerana kita menghadapi pilihan raya kecil di Permatang Pasir.. Walaupun saya faham agama, tetapi kenyataan saya berbaur politik. Dalam soal ini, saya tidak mahu guna politik. Ini soal hukum, soal akidah dan soal agama.. Lebih baik para alim ulama dan Majlis Fatwa Kebangsaan buat keputusan sebenarnya. Kalau lebih cepat, lebih bagus," katanya selepas melancarkan siri Buku Evolusi Kepimpinan karya Prof Khairil Annas Jusoh di sini hari ini.
Muhyiddin juga berkata sebagai seorang yang beriman dan faham tentang agama Islam adalah tidak wajar Nik Aziz mengeluarkan kenyataan sedemikian. "Jadi, saya tak tahulah. Banyak yang beliau buat kenyataan yang bagi saya bercanggah dengan Islam itu sebenarnya," katanya.
Beliau berkata jika benar PAS mendakwa ia mengamalkan politik berlandaskan Islam yang sebenar, ahli dan pemimpin lain dalam parti itu perlu menasihati Nik Aziz agar tidak keterlaluan membuat tuduhan.
"Ini bahaya bagi Islam. Memang sebelum ini kita telah menunjukkan hasrat kita untuk bekerjasama untuk membangunkan negara, untuk tujuan umat Islam dan semangat perpaduan.. Itu Perdana Menteri dan Umno dah sebutkan tetapi dalam keadaan sebegini, tuduhan politik yang menggunakan agama agak menyulitkan. Jadi, saya serahkan kepada beliau (Nik Aziz) untuk fikir apa yang patut," katanya.
Sedangkan di Kota Bharu pagi tadi Menurut Harakah Datuk Nik Abdul Aziz menyentuh kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.
"Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap... Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar," ujarnya.
Nik Aziz juga berharap, agar rakyat di negara ini merdekakan pemikiran dari menurut manusia kepada menurut Nabi Muhamad SAW. "Manusia kena menukar pemikiran dari mengikut manusia kepada menurut kepada ajaran Nabi Muhamad SAW,"katanya.
Blog Ibnu Hasyim: Bolehkah dikatakan sekali lagi pemimpin UMNO tertipu dengan laporan silap akhbarnya sendiri? Kalau Mufti, mungkin beliau terperangkap, tetapi kalau pemimpin tinggi adakah kemungkitan dia yang memasang perangkap?? (AK)
2 comments:
Allah Hu Akbar, selama ini ramai mufti membisu seribu bahasa, sekarang di minta Dato' mufti semua mengeluarkan pendapat samada secara peribadi atau sebagai satu jemaah. Silakan. DPM sendiri yang meminta.
PM diam membisu entah dimana gerangan berada sementara DPM dan Zaid Hamidi rioh rendah mempertahankan kewibawaan UMNO.
Sementara itu rakyat pening kepala, Tonton TV kata satu, baca blog kata lain. Adohhhh Malaysiaku apa akan jadi.
Salam.
Saya harap sepanjang bulan Ramadan ini, semua ahli parti-parti politik yang beriman dan penulis-penulis blog politik yang beriman pun turut berpuasa dari menyebar fitnah dan maki hamun...jangan dok posa sia-sia!
Post a Comment