Saturday, August 01, 2009

Pemansuhan total ISA. - Hassan Karim






1 Ogos hari membanggakan rakyat Malaysia – Hassan Karim

DARI dalam LRT aku melalui Stesen Mesjid India. LRT itu berhenti tetapi pintu tidak dibuka. Tiada penumpang yang naik atau dibenarkan turun. Ada pengumuman sebelum itu bahawa LRT tidak berhenti di Stesen Mesjid Jamek dan Stesen Bandaraya kerana ada perhimpunan di Dataran Merdeka.

Apabila LRT Star yang aku naiki itu melalui kawasan berhampiran Dataran Merdeka, aku lihat padang Dataran itu kosong, tak ada manusia. Tidak menghairankan. Kawasan di situ dipenuhi dengan pasukan polis FRU lengkap dengan trak-trak merah mereka yang siap sedia dengan meriam air.

Bagaimanapun LRT itu kemudian berhenti di Stesen Bandaraya. Pintu kenderaan itu dibuka yang dikatakan sebelum ini tidak boleh turun. Aku segera turun.

Aku lihat Jalan Kuching telah dipenuhi sebahagiannya dengan penunjuk perasaan yang berbaju merah dan hitam. Kumpulan yang pertama aku lihat mereka sedang berarak ke arah Mesjid Negara. Kumpulan yang kedua berada di sekitar Kompleks Sogo. Aku turun dan menyertai kumpulan di Kompleks Sogo.


TEMBAKAN BERMULA

Tidak sampai lima minit berada di situ tembakan gas pemedih mata kedengaran dan sesetengah orang ramai yang berhimpun mencari tempat selamat. Aku melihat pasukan polis memburu rakyat yang berhimpun untuk menyatakan bantahan mereka terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA yang telah berumur kini hampir 50 tahun.

Kehadiranku pada petang ini dalam perhimpunan mendesak supaya ISA dimansuhkan tidak penting. Sama ada aku datang atau tidak datang, anak-anak muda, aktivis-aktivis yang berani akan tetap menjayakan perhimpunan bersejarah ini untuk mengkuburkan ISA.

Aku yang telah agak tua ingin turut sama. Aku ingin sertai detik yang bersejarah ini. Aku tidak mahu malu pada diriku sendiri bersenang-senang di rumah pada hujung minggu sedangkan sebahagian rakyat yang sedar sedang berhempas pulas berdepan polis, gas, gari, tangkapan, undang-undang dan penjara untuk memperjuangkan hak demokrasi dan kebebasan rakyat dengan menentang ISA.

“Jangan lari,” teriak satu suara.

Kemudian kelihatan orang kiri kananku lari. Orang yang berteriak jangan lari itu juga akhirnya lari apabila sebiji canister gas pemedih mata jatuh tak jauh dari kami. Ketika itu aku sedang berada di sebatang jalan antara Kompleks Sogo dengan sebuah bangunan bank berhadapan stesyen LRT Bandaraya.


ADA ETIKA TERHORMAT

Aku bukan hero. Jadi aku pun turut sama berundur ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman. Hanya aku ingatkan diri sendiri kalau berundur pun mesti ada etika secara terhormat, jangan lari cabut macam seorang penakut. Pengalaman masa muda-muda sewaktu mahasiswa dahulu mengajarku supaya jangan takut sangat pada gas pemedih mata.

Tapi kini sudah tua. Aku sentiasa memerhatikan di mana jalan selamat sekiranya diburu FRU.

Aku nampak anak-anak muda sungguh berani. Anak-anak muda yang ramai di tempat aku berada kelihataan begitu berazam menyatakan bantahan mereka terhadap ISA.

Mereka memakai baju-baju sama ada berwarna merah atau hitam yang tertulis dengan kata-kata antara lainnya “ISA Akta Zalim”.

Bila diri sudah terasa tua, pada generasi mudalah harapan kita terletak supaya agenda perubahan masyarakat untuk keadilan dan kebebasan diteruskan. Dan aku hadir antara lainnya ialah untuk memberi sokongan kepada anak-anak muda yang berani berdepan polis dan alat negara dalam usaha membantah ISA.

Jika esok lusa aku mati, anak cucuku yang dapat membaca tulisan ini akan menyedari bahawa ayah atau datuk mereka pernah berada di atas jalanraya menuntut ISA dimansuhkan.

Perhimpunan menentang ISA di kawasan sekitar Sogo dan kemudian di Jalan Tuanku Abdul rahman ini disertai rakyat pelbagai kaum, peringkat umur. Orang yang berumur 50-an pun macam aku agak ramai. Lelaki dan perempuan. Kebanyakannya semuanya sudah merah mata masing-masing kerana pedih asap gas.


TAWAR GARAM

Ada seorang muda yang kenal padaku menawarkan garam kepadaku untuk mengurangkan pedih. Aku ucapkan terima kasih, kerana masih boleh bertahan. Sebenarnya aku tak tahu bagaimana hendak menggunakan garam itu.

Tiba-tiba pasukan FRU memburu kami, dan seperti orang lain aku berundur ke lorong belakang Jalan Tuanku Abdul Rahman iaitu kawasan orang berniaga pakaian, kuih muih dan air. Aku harus berhati-hati supaya tidak terjerumus ke kuali minyak panas yang sedang mengoreng cempedak atau pisang.

Aku rasa aku telah tersilap berundur di kawasn sesak seperti itu.

Aku bergerak ke arah Jalan Mesjid India. Kemudian aku lihat sepasukan polis biasa berkaki ayam mengejar seorang pemuda pembantah ISA yang berpakaian t-shirt hitam dengan lambang anti-ISA, berumur lewat 20-an. Aku melihat jam di tangan.

Ketika itu pukul 3.05 petang, anak muda Melayu itu diheret oleh polis beruniform biru itu dan disumbat ke dalam kereta proton wira Polis berwarna putih. Aku tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu pemuda itu walaupun aku seorang peguam.

Begitu angkuh polis-polis yang menangkap pemuda itu dan mengherdik orang ramai di kawasan Jalan Mesjid India berhadapan Panggung Collesium. Tetapi aku lihat orang ramai tidak takut dengan jerit herdik itu. Orang ramai faham apa yang dibantah ialah ISA.

Dari segi undang-undang atau lebih tepatnya jurisprudence, aku dapat melihat di hadapan mata bagaimana rakyat biasa bangun untuk menentang satu undang-undang yang mereka anggap zalim.


TEKAN SUARA RAKYAT

Aku dapat menyaksikan bagaimana jentera atau mesin negara dalam bentuk polis sedang menekan suara rakyat. Inilah jentera atau mesin negara dalam bentuk polis atau tentera yang selama ini bersama-sama undang-undang seperti ISA menjadi tunggak untuk sesebuah kerajaan berkuasa.

Hari 1 Ogos ini hari yang membanggakanku sebagai rakyat Malaysia. Ternyata kerajaan Barisan Nasional yang telah berkuasa lebih 50 tahun ini dengan dibantu oleh ISA sedang ditentang oleh rakyat jelata. satu waktu dulu hanya parti-parti politik pembankang, para pelajar dan intelektual membantah ISA.

Tetapi kini Kuala Lumpur pada petang Sabtu ini hampir lumpuh apabila rakyat bangun bersatu menyatakan bahawa ISA yang telah berumur 50an itu mestilah dimansuhkan.

ISA tidak sesuai lagi dengan dunia sekarang yang rakyat semakin sedar hak kebebasan dan hak demokratik mereka sebagai rakyat dalam sebuah negara Malaysia yang merdeka.

Penahanan tanpa bicara yang menjadi asas ISA mesti ditentang. Rakyat telah nyatakan tuntutan mereka. Kerajaan BN yang ada sekarang perlu akur. Pindaan sekadar perubahan kosmetik tidak mencukupi.

Pemansuhan total ISA adalah tuntutan rakyat. – harakahdaily.net

7 comments:

Anonymous said...

Jangan cakap semua rakyat sokong mansuhkan ISA lah..ramai yangt masih sokong ISA dengan sikit pindaan..
Jangan lak perasaan..Jangan guna Istilah rakyat lah..!!!

TBO said...

salam

komen pun gune anoy sah pencacai UMNO

TEKONG DARAT said...

kan lebih bagus orang2 islam buat demo supaya kerajaan pinda perlembagaan utk tegakkan syariat islam?...dok kata ISA haram, macamana ngan undang2 lain?...semua pun undang2 penjajah...

Anonymous said...

lgsg aku xbangga tp terkedu apabila melihat org yg tau apa itu halal haram membuat kacau dlm negara sdr n menyusahkan org lain yg tiada kene mengena shga mnghalang rezeki..manusia pendedam mcm tu korg ke nk d jdkn pemerintah,,islam bkn terletak pd politik, n syurga neraka bkn ada dlm parti politik...pemikiran yg bodoh n pak turut mcm ni la yg akan menjdkan negara mundur..baik mana2 parti (pemerintah/pembangkang) mesti ada politik duit..knp yg merancang tak turut sama berada dlm perhimpunan n hanya sekadar memberi arahan?? manusia mcm tu ke nk d jdkan pemimpin??? melihat dgn mata, berfikir dgn akal, n usaha dgn iman..hairan, dr pg ke ptg berada d jalanan spt tiada maruah, mana pergi zohor n asar??? atau mgkin dah d janjikan syurga?? so xperlu nak solat??? mgkin jgk sbb pemimpin kalian org yg berjubah n berserban..aku xdela memihak pd mana2, tp islam bkn bersandar pd politik..nabi sdr tdk suke membuat kacau shga menyusahkan org n membuat org susah..nak haram sekali pun, buat berbincang..aku sbg anak malaysia yg kenangkan usaha2 pemerintah terdahulu, xkan hancurkan diri n gadaikan maruah hanya dgn d cucuk idung..jahat mcm mana sekalipun pemimpin skrg, rakyat masih terbela n pendidikan n tdk seorg pun terabai pendidikan melainkn yg bodoh sombong mcm kalian..xsedar diri d mana??kalu tuan kalian yg kalian harap kan tu jd pemimpin sekalipun, lbh kurang jgk acuannya..pemimpin skrg x pernah hebohkan iman yg ada dlm diri n x pernah menyatakan syurga neraka d tgn mereka, yg ptg syturga neraka kerja tuhan. Wallahualam

Anonymous said...

melihat anak kecil turut berlari aku jd terfikir, terus hilang mslh sdr, hanya ada dlm kepala, betapa hinanya manusia2 yg menyusahkan negara sdr..berjubah bertudung litup suara perempuan menjerit..itu ke yg d ajar nabi kite utk berjuang wahai wanita yg bertutup aurat ttp spt maruah terjual...yg menghairankan aku, yg kelihatan utk mansuhkan ISA ni hanya org2 tua kg yg bersama anak2 muda yg mana spt mat rempit pakaian terkoyak sana sini..bl tuan ckp pergi sana akan masuk syurga, terus semua pergi termasuklah yg tak solat n berzina (mgkin ada)...zohor n asar ntah ke mana.. ye la, mati sng dpt masuk syurga..bodohla kalian,...wahai kalian wanita2 yg korang pk wanita syurga, cuba bukak tudung n kalian bertelanjang dpn org ramai, itulah diri kalian semua pd saat pg hga ptg td, sbb islam tidak mengajar umatnya secara demikian, menyusahkan semua org, kanak2 bertempiaran lari..kesian aku melihat situasi yg terpaksa di harungi manusia yg tdk berdosa dek angkara manusia yg tiada otak spt kalian.. kalian mmg sesuai d panggil lembu d cucuk hidung... banyakla tuan atasan korang yg menanggung dosa kalian semua hari ni n dosa tdk menghadap tuan..taubatlah sebelum kalian semua mati esok..

Anonymous said...

melihat anak kecil turut berlari aku jd terfikir, terus hilang mslh sdr, hanya ada dlm kepala, betapa hinanya manusia2 yg menyusahkan negara sdr..berjubah bertudung litup suara perempuan menjerit..itu ke yg d ajar nabi kite utk berjuang wahai wanita yg bertutup aurat ttp spt maruah terjual...yg menghairankan aku, yg kelihatan utk mansuhkan ISA ni hanya org2 tua kg yg bersama anak2 muda yg mana spt mat rempit pakaian terkoyak sana sini..bl tuan ckp pergi sana akan masuk syurga, terus semua pergi termasuklah yg tak solat n berzina (mgkin ada)...zohor n asar ntah ke mana.. ye la, mati sng dpt masuk syurga..bodohla kalian,...wahai kalian wanita2 yg korang pk wanita syurga, cuba bukak tudung n kalian bertelanjang dpn org ramai, itulah diri kalian semua pd saat pg hga ptg td, sbb islam tidak mengajar umatnya secara demikian, menyusahkan semua org, kanak2 bertempiaran lari..kesian aku melihat situasi yg terpaksa di harungi manusia yg tdk berdosa dek angkara manusia yg tiada otak spt kalian.. kalian mmg sesuai d panggil lembu d cucuk hidung... banyakla tuan atasan korang yg menanggung dosa kalian semua hari ni n dosa tdk menghadap tuan..taubatlah sebelum kalian semua mati esok..

Anonymous said...

Betulkan diri baru nak betulkan orang lain..
Siapalah kita ni. Kalau nak buat cara islam, ikutlah cara macamana nabi buat.
Manaada nabi buat rusuhan, ada ke??
Berjayakan diri kita dulu dan perintahlah negara mengikut apa yg kita hendak perjuangkan iaitu islam.
Sudahlah semua ni..
Siapa yg lakukan rusuhan tu, tgk diri tu sikit. Belajar pun tak sampi mana..
Ilmu dalam kepala pun macam tak ada.. Ada hati nak cari kekurangan orang..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails