HALAMAN HIBURAN
Oleh Megat Ali Megat AlangKL. Pemergian vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi adalah pemergian seorang penghibur yang berjasa besar memperendangkan sebuah hiburan alternatif ke arah lagu bermoral dan menuju taqwa. Mohd Asri dan Kumpulan 'Rabbani' berjaya membawa dan memulihkan imej nama baik penghibur-penghibur yang sebelum ini kebanyakannya dianggap buruk oleh masyarakat.
Mereka memperkenal hiburan alternatif bersesuaian dengan kehendak agama Islam berserta akhlak mereka yang baik sejajar dengan lagu mereka bawa. Demikian pandangan Blog Ibnu Hashim melalui editornya Dr Haji Mohd Hasyim setelah mendapat berita pemergiannya akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.
Menurutnya, Rabbani pernah dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut. Tidak kurang juga yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).
"Revolusi muzik nasyid yang dilalui Rabbani selama berjuang dalam industri hiburan seringkali mencetus pelbagai perdebatan. Ada berpendapat, lagu-lagu nasyid nyanyian Rabbani tersasar daripada landasan muzik nasyid yang sedia ada. Sebelum ini, kumpulan ini pernah merakamkan lagu 'Pergi Tak Kembali' ciptaan KRU berteraskan genre pop yang mendakwa Rabbani seperti meminggirkan objektif utama lagu nasyid. Tetapi yang penting pada saya, lagu-lagu itu dapat memalingkan dunia hiburan ke arah hiburan alternatif menuju taqwa... meninggalkan kemungkaran dan maksiat dari hiburan " Kata Haji Mohd lagi.
Namun, kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini tampil dengan konsep yang tersendiri. Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'Arah Dari Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.
Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini. Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja. Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala Melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik Timur Tengah.
Kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya. Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan negara.
Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan. Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur. Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan.
Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Sekarang, jenazah sedang dimandikan dan dikafankan di hospital itu sebelum dibawa ke rumah arwah di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam untuk dikebumikan sebelum Asar. Balu arwah, Haliza Shahadan turut hadir di hospital beserta dengan beberapa rakan artis seperti penyanyi Nash, Yasin Sulaiman dan Mas Omar.
Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor. Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut meninggalkan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4. Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.
Blog Ibnu Hasyim mengucapkan takziah kepada keluarga beliau, dan "Marillah kita sama-sama menghadiahkan bacaan Al-Fatihah!" Kata Haji Mohd. Al-Fatihah!! (2MA)
PERHATIAN:
Pihak kami telahpun mempersembahkan siri koleksi hiburan dan lagu-lagu 'Hibur Hibur Sikit' disesuai untuk anda, tidak menyimpang dari ajaran agama dan moral, yang membawa ke arah pembanguna insan. Dari akan terus diterbitkan dalam blog ini dari masa ke masa.
SILA ikuti koleksi hiburan, lagu dan nasyid ini, sebagai alternatif.. ke arah membentuk insan.. klik di sini..
- Hibur, Hibur Sikit...01 (Micheal Jackson)
- Hibur, Hibur Sikit...02 (Dikir Barat.. PAS)
- Hibur, Hibur Sikit...03 (Muslim Rap-Soldier of All...
- Hibur, Hibur Sikit...04 (Chenchen Fighters)
- Hibur, Hibur Sikit...05(Melayu)
- Hibur, Hibur Sikit...06 (Lagu Puisi Ebit G Ade)
- Hibur, Hibur Sikit...07 (Nasyid Pendidikan Kanak-Kanak)
- Hibur, Hibur Sikit...08 (Nasyid Al-Qaeda)
- Hibur, Hibur Sikit...09 (Cat Stevens' transition t...
- Hibur, Hibur Sikit...10 (Converts of Peace)
- Hibur, Hibur Sikit...11 (Lagu Politik)
- Hibur, Hibur Sikit...12 (Sambut Puasa Upin & Ipin.
- Hibur, Hibur Sikit...13 (Asri & Rabbani.)
1 comment:
Perginya tak kembali lagi..
Dakwahnya dan ilmu yang bermanfaat darinya sentiasa segar di hati kita.
Post a Comment