Saturday, August 15, 2009

P/Pasir, Ustaz Salleh Man lawan Rohaizad.




PERMATANG PASIR, 14 Ogos 2009: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man dipilih sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil Permatang Pasir. Dengan pengumuman ini, beliau akan bertanding melawan calon BN, Rohaizad Otman, Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh.

Sehingga kini, Kamarul Ramizu, bekas calon bebas Penanti dan Bukit Gantang akan turut serta dalam pilihan raya kecil ini sebagai calon bebas. Penamaan calon pilihan raya ini akan diadakan pada 17 Ogos ini manakala pilihan raya akan diadakan pada 24 Ogos. Mohd. Salleh Man 52, pernah bertanding kerusi Pinang Tunggal pada tahun 2004 dan Sungai Dua, Mac 2008.

Pinang Tunggal dan Sungai Dua merupakan antara empat bahagian pilihan raya yang pernah ditandinginya sejak tahun 1986. Bagaimanapun beliau tidak pernah memenangi mana-mana kerusi, pun begitu kata Salleh beliau berharap untuk menang pada kali ini.

Salleh, seoarang pentadbir sekolah agama, merupakan lulusan pengajian Syariah dari Universiti Malaya dan dilantik sebagai Pusuruhjaya PAS Pulau Pinang tahun lalu. Terkenal di Seberang Perai sebagai ustaz yang sentiasa mengajar dari masjid ke masjid. Beliau mempunyai seorang isteri dan lima orang anak. Namanya diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Permatang Pasir, Kg. Permatang Pasir dekat sini sebentar tadi.

"Kami harap beliau akan menang kali ini," kata Abdul Hadi.

Kerusi itu disandang oleh wakil PAS, Datuk Hamdan Abdul Rahman, yang telah meninggal dunia hujung bulan lalu. Kira-kira lima jam terdahulu Barisan Nasional (BN) pula mengumumkan akan menurunkan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman. Rohaizat, 38, merupakan penasihat undang-undang dan lulusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Mengkuang, Bukit Mertajam, menyertai Umno pada 1996. Pemilihannya diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Permatang Pasir dekat sini kira-kira 5.30 petang tadi. (Pelbagai sumber/ AK)

Detail mengenai undi di P/Pasir & berhibur dengan lagu politik, sila klik sini..

4 comments:

  1. Rohaizat adalah merupakan susuk pemimpin yang dekat dengan masyarakat dalam kata-kata pihak BN. Beliau yg juga mempunyai firma guamannya sendiri menjadikan nama beliau telah dikenali sebelum pilihanraya ini lagi. Rohaizat mendapat pendidikan awal di Sek Men Keb Agama Al-Mashoor ( L ) Jalan Air Itam Pulau Pinang. Kemudian menyambungkan pelajaran beliau ke UIA sehingga layak menjadi peguam dan membuka guamannya sendiri. Dato Rizal Merican adalah merupakan 'junior' Rohaizat yg seangkatan dalam al-mashoor.

    Pertarungan kali ini antara BN dan PR dijangka merupakan pertarungan yang sengit kerana BN meletakan calon yang muda dan berkaliber.

    Roshidi Hussein yang gugur sebagai calon PAS adalah rakan sekolah kepada Rohaizat sewaktu di Al-Mashoor dan Roshidi juga merupakan produk UIA sebagai Peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri. Sekiranya PAS meletakan Roshidi Hussein maka faktor calon menjadi seri dengan calon BN iaitu kosong-kosong kerana latar belakang Rohaizat & Roshidi adalah hampir sama dari segi latar belakang pendidikan , pekerjaan dan umur. Bermaksud BN dan Pas setanding dalam meletakan calon muda dan berwibawa.

    Namun sekiranya di bandingkan dengan pengalaman, Ustaz Salleh Man mempunyai pengalaman yang lebih berbanding dgn Roshidi & Rohaizat.

    Kalau " Haji " turun mai ke Permatang Pasiaq contact2 lah ana. Wasalam

    ReplyDelete
  2. Tadi saya dah cakap telefon dengan ustaz Saleh Man, dia pun ada jemput saya ke sana..

    ReplyDelete
  3. Tadi saya dah cakap telefon dengan ustaz Saleh Man, dia pun ada jemput saya ke sana..

    ReplyDelete