CATATAN SANTAI
"PADA saya, dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir Pulau Pinang yang akan diadakan, saya cadangkan PAS perlu pilih Dr Mujahid Haji Yusuf Rawa.. bagi menggantikan wakil rakyat yang meninggal semalam." kata seorang pensyarah UIA kepada saya malam tadi.
"Eh! Fasai apa hang kata lagu tu?" Saya jawab. "Sedangkan ada tokoh-tokoh lain seperti Saudara Mat Sabu dan Ustaz Saleh Man, Pesuruhjaya PAS negeri itu yang juga layak!"
"Saya cadang Saudara Mujahid kerana..
1..Dia anak bekas Presiden PAS yang sudah terkenal di Pulau Pinang yang boleh diterima oleh semua kaum, pimpinan dan ahli PAS.
2..Dia memiliki peribadi yang bersifat gabungan dari ulama dan profesional. Ahli agama dan akademik, yang terbukti melalui latar belakang pengajiannya, ceramah & kuliah pengajian di masjid-masjid di Pulau Pinang, ucapan dan pintar berhujah di parlimen.
3..Dia adalah Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum yang boleh diberi peluang untuk mempraktikkan idea dan aktiviti lajnahnya di negeri yang ramai kaum bukan Islam. Sekurang-kurangnya kalau dapat masuk ke Dewan, PAS boleh berunding dengan parti pakatan negeri itu untuk melantiknya sebagai Exco Negeri atau Timbalan Ketua Menteri III yang mewakili PAS dalam melaksanakan aktiviti Islam di negeri tersebut.
4..Memandangkan dia berpengaruh di kalangan rakyat Islam Pulau Pinang, dan rakyat bukan Islam kerana gaya isi dan penyampaiannya amat bersesuaian dengan masyarakat pelbagai kaum di sana. Hal ini dapat membantu kerajaan negeri melaksanakan tugas-tugas dengan lancar."
"Ya.. Itu suatu cadangan yang baik." Sambut seorang lagi kawan saya, seorang pimpinan PAS Pulau Pinang.
Ya. Ya. Ya.
Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL.Ogos 2, 2009.
- Mujahid Layak Calon PAS.
- Himpunan GMI Gagal Hantar Memo? Dr Mujahid Antara ...
- ADUN Permatang Pasir Meninggal Dunia .
- Mengapa PAS Mampu Bertahan Di DUN Permatang Pasir Pulau Pinang?"
- 4 Sebab Pembangkang Tawan Pulau Pinang?
- Kerajaan Bertukar, YB Hamdan Tetap Bela Rakyat..
- PAS PP Boikot P'raya P.Pauh..
- Tak Reti Tadbir..Pak Lah Bole Belaah!!
- Matang Pauh: Tak Dak Hati Perut..
- Projek Najib Jatuhkan Pak Lah..
- Minyak: Proton Patut Keluarkan Kereta Guna Air..
- Bantu PKR Sungguh-sungguh... Wan Rahim Wan Abdullah.
- Exco Perak Ditahan: Banyak Lagi Jerangkap Samar BN Akan Meledak…Wan Rahim.
- Melayu Ditindas, Mana Keadilan?
- Pukul Jurugambar, Pecah Kereta, Maki Orang, Raba Puteri…
- Dll..
4 comments:
Harap mereka tidak tersalah pilih nanti media umno akan mengutuk dan menghina.
MTD PAS akan umumkan calon dalam minggu depan selepas mengambil semua cadangan dan pandangan PAS NEGERI bagi meletakan calon yang sesuai. Permatang pasir sebelum ini adalah kawasan yang selamat bagi PAS maka ramailah calon yang mengofferkan diri. Pun begitu , kena lihat juga anak tempatan dan calon yang dikenali oleh orang kampung sekitar pun boleh diketengahkan. Pengamal undang2 seperti peguam juga baik kalau dinaikan untuk menjadi calon permatang pasir. Cadangan memasukan peguam adalah bagi menguatkan kubu pas pulau pinang harus dilihat sebagai satu benteng ke arah perjuangan yang lebih harmoni , dinamik dan berakedemik.
Dr.Mujahid sesuai. Intelek, Profesioanal dan berjiwa terbuka dengan semua kaum..
Ana rasa penulis ini bijak membuat ramalan awal. Mujahid nie nampak macam bagus.. tapi orang2 PAS tak faham dia... Harap2 beliau terpilih.
Post a Comment