Sunday, August 30, 2009

Umno Punca Rakyat Tak Faham Hukum Islam

Atas: Kartika Sari Dewi Shukarno

Bawah: Hamdan Fadel Ahmad


PARIT BUNTAR, 30 Ogos : Kerajaan perlu memberi penerangan yang jelas kepada umat Islam dan bukan Islam tentang pelaksanaan hukum Islam bagi mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat. Rakyat perlu mendapat kefahaman tentang pelaksanaan hukum Islam yang terdapat dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu di setiap negeri.

Demikian pandangan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Hamdan Fadel Ahmad mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan.

“Rakyat keliru, adakah pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika ini menepati syariat Islam atau sama dengan sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang” Katanya

“Ini akan memberi gambaran salah terhadap syariat Islam. Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.” ujarnya

Beliau berkata kekeliruan yang berlaku dalam masyarakat tentang hukum Islam adalah disebabkan gambaran salah tentang hukum Islam yang diberikan oleh pemimpin kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat. “Banyak bukti yang menunjukkan pemimpin Umno menghina hukum Islam dengan mengambarkan hukum Islam sebagai zalim, berlaku huru-hara dan ketinggalan zaman”

Hamdan memberitahu gambaran salah ini bukan sahaja disampaikan kepada umat Islam malah kepada orang bukan Islam demi kepentingan politik Barisan Nasional. “Dulu mereka berkempen menakutkan orang bukan Islam. Jangan sokong PAS sebab PAS nak laksana hukum Islam, jika sokong orang bukan Islam akan kena potong” Katanya

Menurutnya lagi, kesan gambaran salah ini menyebabkan rakyat keliru dan tidak memahami tentang hukum Islam yang akan dilaksanakan. “Kerajaan perlu menerangkan kepada rakyat tentang kebaikan hukum Islam termasuk hukum hudud melalui Jabatan Agama dan media massa yang dikuasai kerajaan”

“Sekarang rakyat tak tahu, bagaimana hukuman sebat menurut Islam. Ramai yang menyangka sama seperti dalam filem ‘ Semerah Padi ’. Inilah masanya kerajaan menjelaskan kekeliruan ini” Katanya.

Sementara itu, PAS Parit Buntar menyokong saranan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.

Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata pengharaman jualan arak ke atas umat Islam perlu dilaksanakan terlebih dahulu. “Semua pihak harus dididik bahawa arak adalah haram di sisi Islam. Jika semua pihak faham, maka barulah dapat diselesaikan masalah jualan arak ke atas umat Islam” katanya.

(Sumbar:http://paritbuntar.pas.org.my/AK)

Sila lihat dan klik artikel sebelum ini..
Hukum Sebat Itu Tidak Islamik -Presiden PAS

1 comment:

  1. UMNO khuatir apabila seorang pesalah yang bertaubat dan mengaku salah ingin hukuman ini dilakukan secepat mungkin.
    Persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh JAKIM, Jabatan Ugama Islam Pahang, Peguam Negara dan juga mufti Perak sendiri sebenarnya menambahkan lagi kekeliruan dan fitnah terhadap Islam.
    Ini semua akan menjadikan orang bukan Islam bertanya beberapa persoalan yang sehingga kini tidak terjawab.
    1, adakah Malaysia mengamalkan undang2 Islam?
    2. Adakah peraturan undang2 Islam hanya melibatkan orang Islam.
    3. Adakaha hukuman sebat sahaja sebagai peraturan dalam undang2 Islam?
    4. Kenapa Peguam Negara menghalang pelaksanaan hukum syariah?
    5. Kenapa kerajaan pusat mencampuri perkara berkaitan undang-undang negeri?
    6. Adakah pesalah yang ingin dijatuhkan hukuman dinafikan hak dihukum?
    7. Adakah terdapat perbezaan hukum bagi lelaki dan wanita dalam Islam?
    8. Adakah UMNO sendiri takut kepada pelaksanaan perundangan Islam sehingga melibatkan mufti dan Peguam Negara untuk menggagalkan pelaksanaan hukum Islam ini?
    9. Adakah terdapat orang yang berkuasa yang sangat takut jika pelaksanaan berkaitan minum arak dan judi akan menyebabkan ramai orang yang berkuasa di Malaysia boleh disabitkan dan disebat juga?
    Yang pastikan fitnah yang mereka timbulkan memerlukan semua umat Islam pulak membetulkan.

    ReplyDelete