Saturday, September 05, 2009

ADUN Pelabuhan Kelang Sertai UMNO? -The Star.


Adun Pelabuhan Klang akhirnya bersuara

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini muncul dengan kenyataan rasmi buat pertama kalinya sejak isu yang mengaitkannya untuk menyertai Umno tersebar luas dengan membidas bosnya sendiri Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan beliau tidak sihat untuk melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Bercakap secara eksklusif dengan akhbar The Star, Badrul menafikan segala dakwaan negatif yang dilemparkan ke atas dirinya apatah lagi dalam soal yang mengaitkannya dengan Umno dan juga isu berkaitan kedudukan mentalnya selepas kononnya terlibat dalam kemalangan.

“Saya tidak terlibat dalam kemalangan sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak termasuk Menteri Besar. Jadi saya tak faham kenapa saya diserang secara peribadi. Apa yang Menteri Besar takut sangat ni?’’ tanya beliau.

Berhubung spekulasi yang beliau akan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrul menjelaskan, dia masih wakil rakyat Pelabuhan Klang mewakili PKR.

Dan apabila ditanya kenapa selama ini beliau menghilangkan diri, jawab Badrul, beliau tidak pernah menghilangkan diri tetapi sengaja menjauhkan diri daripada pemimpin PKR dan juga majlis rasmi PKR untuk mengelak tercetusnya sebarang kontroversi lagi.

“Tapi saya nak beritahu, saya tidak menghilangkan diri dari kawasan saya dan juga pengundi saya. Saya bertemu dengan mereka selalu khususnya semasa terawih,’’ ujarnya. Sumber-sumber memberitahu The Star, perasaan di anaktirikan oleh pejabat Menteri Besar bukan dirasai oleh Badrul seorang malah beberapa lagi Adun yang lain khususnya dalam soal pembahagian peruntukkan pembangunan kepada kawasan Dewan Undangan Negeri berjumlah RM500,000 setiap kawasan.

The Star difahamkan, Khalid Ibrahim telah melantik Setiausaha Politiknya, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Adun Seri Setia untuk menguruskan peruntukkan pembangunan bagi Dun Pelabuhan Klang sejak tersebarnya cerita kononnya Badrul tidak sihat untuk melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat. (Star Online/AK)

5 comments:

  1. Better just do your job....

    ReplyDelete
  2. Para pimpinan PR (PKR-PAS-DAP) diseru mengelakkan sebarang perselisihan yang merugikan rakyat di saat penerimaan rakyat terhadap PR semakin tinggi..

    Namun jika masalah sudah tidak dapat diselesaikan lagi dengan cara yang sepatutnya..

    Usahakanlah operasi pembersihan berhemah terhadap haprak2 yang bertapak dalam PR..!!!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt / Salam Sejahtera,

    Terlebih dahulu, saya selaku wakil penduduk DUN Pelabuhan Klang ingin memberi sedikit ulasan terhadap artikel yang telah disiarkan oleh akhbar Sinar bertarikh 15 Oktober 2009.

    Tindakan pihak media cetak menghebahkan keburukan ADUN Pelabuhan Klang berterusan setiap hari membuatkan rakyat semakin menyampah dengan berita yang disiarkan. Profession wartawan yang selama ini dihormati oleh setiap pembaca telah dicemar dengan sendirinya oleh si wartawan.

    Pelbagai isu bermula dengan kelemahan pentadbiran dalaman DUN Pelabuhan Klang sehinggalah menyentuh kepada isu kesihatan dan kehidupan peribadi telah dijadikan sebagai topik bagi melariskan jualan akhbar terbitan mereka. Maklumat yang tersiar diperolehi dari individu yang sememangnya mempunyai agenda negatif terhadap ADUN Pelabuhan Klang.

    Sokongan dan kerjasama yang diharapkan daripada ahli-ahli parti di setiap peringkat agar YB Tuan Badrul Hisham terus bertahan dan menjalankan tugas seperti biasa di saat-saat genting ibarat ‘jauh panggang dari api’. Tindakan mereka ini demi meraih populariti dan menjaga kepentingan politik sendiri dengan mempunyai agenda tersembunyi tanpa mahu membela rakan seperjuangan. Perbuatan ini sangat dikesali kerana ianya telah membuktikan sikap sebenar ahli-ahli dalam parti yang mempunyai perasaan iri hati terhadap YB. Masalah terus berlanjutan kerana wujudnya puak-puak yang merasakan mereka bagus tanpa menyedari perbuatan mereka ini yang sebenarnya merumitkan perkhidmatan dalam DUN itu sendiri. Sebaliknya golongan pemerhati yang berpengalaman dalam bidang politik lebih banyak memberikan tunjuk-ajar dan sokongan moral supaya YB terus berkhidmat kepada masyarakat.

    Jika dikaji secara rasional, setiap isu yang ditimbulkan berkaitan ADUN ini sebenarnya tidak mempunyai alasan konkrit bagi menjatuhkan beliau. Diantara isu terkini ialah menghadiri jamuan Hari Raya di rumah pemimpin UMNO. Bukankan menghadiri jamuan Hari Raya di dalam satu kawasan walaupun berlainan sokongan merupakan amalan baik demi mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan konsep muhibbah. Mengapa kunjungan ini dijadikan isu oleh pihak parti dan segelintir mereka yang mempunyai masalah peribadi dengan YB dan diperbesar-besarkan? Ini menunjukkan mereka tidak mempunyai pemikiran yang terbuka sekaligus cuba menikam YB dari belakang walaupun mereka mengaku berkhidmat untuk YB di dalam kawasan masing-masing.

    Jelas dilihat aktiviti perjalanan di peringkat pentadbiran DUN sebenar telah cuba dilumpuhkan oleh pihak tertentu dengan mengadakan sekatan ke atas peruntukan yang dikhaskan untuk ADUN Pelabuhan Klang. Pelbagai program yang ingin dianjurkan oleh pihak Pejabat DUN Pelabuhan Klang bahkan sumbangan kemasyarakatan juga terpaksa ditangguhkan kerana peruntukan tersebut telah dikawal ketat. Ini menyebabkan segala agenda / aktiviti yang ingin dilaksanakan tertangguh dan menimbulkan pelbagai spekulasi negatif. Namun begitu, kami telah diberi penjelasan berkenaan permasalahan yang berlaku dan kami turut berdukacita dengan tindakan yang diambil oleh pihak terbabit. Secara tidak langsung, berita yang disampaikan ini menambahkan lagi tekanan kepada kami sebagai rakyat yang memerlukan bantuan.

    Kami sebagai rakyat yang selama ini hanya banyak mendengar dan mengikuti berita ini berharap agar pihak Menteri Besar dan ahli-ahli parti dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya dengan menyerahkan semula hak ADUN Pelabuhan Klang dan menghentikan semua berita tidak benar secepat mungkin supaya beliau dapat menjalankan tugas dengan lancar selama tempoh yang dipertanggungjawabkan. Kami di peringkat akar umbi yang selama ini memang memberi sokongan penuh kepada YB tidak sudi lagi untuk mendengar cerita-cerita yang memualkan serta kami bersedia membantu beliau untuk memperbaiki mutu perkhidmatan dan menaikkan semula imej ADUN Pelabuhan Klang.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. pandainye anonymous menyamar sebagai wakil penduduk dun pelabuhan..apa kata penduduk dun tersebut.....kah..kah..kah...menyamar

    ReplyDelete