Thursday, September 17, 2009

Qanun Jinayah: Anak Aceh KL Ucap Tahniah Kepada Irwandi Gabernor Aceh.

Irwandi Yusuf Gabernor Nanggroe Aceh Darussalam

KL Sept 17 2009. PENGERUSI Kelab Anak-anak Aceh Kuala Lumpur Tgk Manseor Din Tgk Hanafiah mengucapkan tahniah kepada Irwandi Yusuf Gabernor Nanggroe Aceh Darussalam kerana DPRA (Dewan Perwakilan Rakyat Aceh) akhirnya mensahkan Rancangan Qanun (Raqan) Jinayat dan Hukum Acara Jinayat, termasuk empat raqan lainnya, menjadi qanun di tengah aksi pro-kontra.

Salah satu isi Qanun Jinayat adalah pelaku zina (penzina) dengan status sudah menikah, akan dikenai hukuman rajam sampai mati.
Sedangkan empat raqan lain yang turut disahkan menjadi qanun, dalam Sidang Paripurna DPRA, masing-masing adalah Raqan Wali Nanggroe, Raqan Pemberdayaan dan Perlindungan Perempuan, dan Raqan Penanaman Modal untuk menjadi qanun. Pengesahan Qanun Jinayat yang didasarkan pada Alquran dan Hadis itu, dilakukan dalam Sidang Paripurna DPRA yang berlangsung Senin (14/9) kemarin, setelah mendapat persetujuan dari semua fraksi DPRA.

"Kami anak-anak Aceh di Kuala Lumpur merasa bangga kerana negara kami telah menjalankan syariat Islam mendahului negeri-negeri atau wilayah lain di Indonesia, sesuai dengan nama jolokannya Aceh Serambi Mekah Darussalam." Ujar Tgk Manseor Din yang memimpin kesatuan untuk kebajikan anak-anak keturunan di Malaysia. (2MA)

Sila lihat sebelum ini..


-Ketua MKdi Mabes Serambi: Qanun Jinayat Perlu Diatur..
-Perkembangan Baru Di Aceh: Penzina Dihukum 'Rajam'...

2 comments:

mr edz said...

segala pujian kepada allah...

Shahabudeen Jalil said...

menurut akhbar, Irwandi yang menentang. Berita mana satu yang betul nie ???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails