Thursday, September 03, 2009

Anwar Temui 9 ADUN, Proses Awal Tawan Terengganu?

Malaysiakini: Anwar sendiri temui 9 ADUN Umno

KETUA Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengadakan pertemuan bersama sembilan ADUN Umno Terengganu tetapi tidak pasti ia melibatkan usaha menggulingkan kerajaan negeri.

Wakil rakyat Hulu Besut, Nawi Mohamad hari ini mengakui bahawa pertemuan antara Anwar dan sembilan orang wakil rakyat itu – yang diura-urakan menyertai PKR sebelum bergabung dengan lapan ADUN PAS – memang telah diadakan.

Nawi bagaimanapun menjelaskan tidak mempunyai maklumat lengkap kandungan perbincangan kedua-dua pihak berkenaan.

"Saya tidak tahulah apa yang dibincangkan dan ia juga tiada kena-mengena dengan saya," katanya, sambil menegaskan beliau sendiri tidak tersenarai dalam sembilan ADUN yang akan meninggalkan parti.

"Yang sembilan orang itu tidak termasuk saya. Kalau sepuluh orang pun tidak termasuk lagi," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, beliau tidak termasuk daripada 10 ADUN Umno yang bertindak memboikot persidangan DUN Terengganu, April lalu.

Tidak lama selepas insiden yang mengejutkan itu, kedengaran ura-ura PKR mendekati beberapa ADUN Umno untuk meninggalkan parti dan menyertai PKR.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Apakah Terengganu akan tumbang kepada PR? Sila klik dan baca artikel di bawah... Pilihan Raya Di DUN Terengganu Pula? (AK)

3 comments:

Kulup_Arapayung said...

Teman tak kasah sebab di Terengganu semuanya melayu.Teman tak suka apa yg belaku di Perak. Pandangan teman lebih baik dema masuk PAS.

FFF said...

kita sentiasa mengalu-alikan sesiapa shj yang ingin bersama2 dengan kita, hatta mereka2 yg pada masa dahulu pernah mencalit 'najis' keatas muka kita, kerana kita meyakini bahawa pintu taubat sentiasa ALlah buka, inikan pula kita sebagai manusia biasa, lebih2 lagi kene menerima 'taubat' dr orang.

tapi sy sgt mengharapkan sikap berhati2 yg tinggi perlu diambil oleh pimpinan dalam menghadapi sembilan adun dari UBN ini. kita sudah sdia maklum asbab utama kemasukan mereka kedalam PR adalah semata2 tidak berpuas hati dgn perlantikan Mat Said sbg MB dan inginkan boss mereka ya'ni Idris Jusoh mnjd MB, dgn erti kata agenda 'keduniaan' adalah agenda utama kemasukan mereka kedlm PR...bukan nye kebenaran yg ditegakkan. & hamba rakyat (Trggganu) sudah sedia maklum siapa itu Idris Jusoh.

saya sedar, tidak layak utk mempersoalkan yg tersirat dalam hati seseorg, tapi saya tetap mengharapkan agar pimpinn PR berhati2 w/pun kita sudah tahu bhw mereka mmg sedng mngambil lgkh berhati2.

mr edz said...

di ragui tahap keikhlasannya dan intergriti

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails