Wednesday, September 02, 2009

Ben Ries, Walau Bukan Islam Tapi Ikut Puasa Ramadzan.

JENDELA GLOBAL

WALAUPUN bukan seorang Muslim, Ben Ries, seorang pastor atau ahli gereja di Sterling Drive Church of Christian, Bellingham, Amerika Syarikattelah memutuskan untuk ikut berpuasa bersama umat Islam selama bulan Ramadan ini. Selain ingin memahami ajaran Islam dengan lebih baik, Ries ingin ikut merasakan bagaimana penderitaan mereka yang mengalami kelaparan di sebahgian negara di dunia.

"Puasa meningkatkan prihatin kita tentang masalah kelaparan di dunia," ujar Ries pada Bellingham Herald edisi Isnin (31/8). Beliau juga mengatakan, bahawa berpuasa membantunya bukan hanya untuk menjadi seorang Kristian yang lebih baik, tetapi juga sebagai seorang ahli gereja, suami, ayah dan sebahagian dari umat beragama.

"Salah satu perenungan saya adalah pertanyaan siapa saya di dunia ini?" kata Ries yang baru dua tahun lalu menjadi paderi di sebuah gereja kecil di Bellingham.

Dalam menjalankan puasa Ramadzan, beliau juga melaksanakan 'makan sahur' seperti umat Islam lainnya. Meski beliau mengaku agak susah hendak makan di waktu sahur kerana beliau bukan termasuk orang yang biasa sarapan pagi dengan makanan berat. (AK)

Sila lihat juga kisah ini.. klik..
Pakai Tudung, Walaupun Tidak Islam -Spencer Wall

1 comment:

  1. Amaan berpuasa wijud dan diamalkan oleh Nabi Isa AS dan pengikutnya.
    Amalan ini sebagaimana amalan berwudhuk dan istinjak umat Nabi Isa AS telah ditinggalkan kerana terlalu banyak khurafat dan bidaah dalam tempoh kurang 50 tahun selepas Nabi Isa diangkat ke langit. Rasulullah SAW datang 570 selepas Nabi Isa.
    Masyarakat beragama Nasrani terutama di Timur Tengah dan Eithiopia juga mempunyai amalan ini walau tidak sama 100%.
    Kristian yang mewarisi Empayar Rom adalah asas kepada peperangan Salib dan peperangan untuk menghapuskan Islam.
    Walau apa sekalipun, puasa seorang yang tidak mengucap kalimah syahadah tidak membawa apa-aa makma di sisi Allah Taala.
    Sama seperti seorang Islam yang tidak soalt tetapi hanya berpuasa dan solat tarawikh.
    Yang membeza seorang itu Islam adalah solatnya.
    Kegagalan kerajaan sekarang adalah tiada usaha menjadikan solat sebagai tiang agama.
    Yang digembar gemburkan hanya solat tarawikh dibulan Ramadhan dan solat Hari Raya.
    Sedangkan solat 5 waktu bagi lelaki wajib dilakukan berjemaah.
    Amalan berjemaah ini amat penting dan menjadi nadi kepada mana-mana jemaah Islam.
    Kegagalan pimpinan saf Islam untuk memastikan berada dalam solat berjemaah di mesjid terutamanya akan mengurangkan kekuatan gerakan Islam itu sendiri.

    ReplyDelete