Saturday, September 05, 2009
Kuil: Dailog Dengan MB S'ngor -PR Prihatin Pada Rakyat.
BERNAMA: Kerajaan Selangor tangguh cadangan pindah kuil
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menangguhkan dan akan mengkaji semula cadangan memindahkan Kuil Sri Maha Mariamman dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, mendengar rintihan dan bantahan yang dikemukakan penduduk kawasan itu semasa dialog mengenai isu itu berlangsung.
Turut hadir dalam sesi dialog itu ialah Exco Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Batu Tiga, Rodziah Ismail, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Noor dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Othman Omar.
Abdul Khalid berkata, pemindahan kuil dari Seksyen 19 yang terletak berhampiran kawasan penempatan akan diteruskan, kerana isu itu telah berlarutan hampir 20 tahun dan ia perlu diselesaikan dengan mencari tapak lain yang sesuai.
“Ini bukan senang, langkah seterusnya kita akan berbincang dengan PKNS (bagi mencari) satu tempat yang sesuai dengan Jawatankuasa Kuil Seksyen 19, dan penduduk sekitar yang bakal terbabit. Ia perlu dilakukan segera, pemindahan kuil perlu diselesaikan, kalau tidak jadi isu antara penduduk," katanya. - Bernama
Komen Blog Ibnu Hasyim: Mengikut laporan Bernama ini, walaupun cuba ditonjolkan kelemahan pimpinan PR Selangor, namun hal ini membuktikan kprihatinan PR kepada rakyat berbagai kaum. Tetapi siapa dalang dibelakang 'demontrasi kepala lembu' itu perlu dibongkar dan didedahkan kepada rakyat, terutama pada pengundi bukan Melayu di N31. Jangan bagi can!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Ya. Dalang demonstrasi kepala lembu yang memang dengan sengaja membakar sentimen agama dan perkauman mesti didedahkan kepada rakyat pengundi2 Shah Alam khususnya dan rakyat seluruh Malaysia amnya.
Biar semua orang tahu betapa jahat dan tidak bertamadunnya tindakan puak2 UMNO laknat..
Kembali lah kepada Islam sebenar wahai penyokong dan ahli UMNO supaya kamu tidak berterusan terkena laknat...
Post a Comment