Tuesday, September 01, 2009

Holocaust & Pemalsuan Sejarah Hingga Ke Malaysia?

JENDELA GLOBAL
AHAD lalu Hamas mengutuk PBB mengenai rancangan memasukkan peristiwa Holocaust dan peristiwa yang mengarah kepada pembentukan negara Israel dalam buku pelajaran sejarah sekolah untuk kanak-kanak Palestin.

Tetapi seorang jurucakap PBB UNRWA, yang mendidik sekitar 200,000 anak-anak pengungsi di Gaza setelah dihubungi, telah menafikan hal tersebut dan tidak mahu komen.

"Kami menolak untuk membiarkan anak-anak kami mempelajari sebuah kebohongan yang diciptakan Zionis," kata seorang ahli jawatankuasa urusan rakyat dan penghijrah Hamas, dalam suratnya yang ditujukan kepada pimpinan tempatan UNRWA, John Ging.

Seorang lagi jurucakap resmi Hamas di Gaza, Sami Abu Zuhri, mengatakan, "Terlepas dari kontroversi, kita menentang pemaksaan isu dengan apa yang disebut peristiwa Holocaust pada pelajaran buku sejarah, kerana hal tersebut bertujuan untuk memperkuat penerimaan perampasan dan pendudukan di bumi Palestin."

Di wilayah pendudukan Israel di tebing barat, wilayah diperintah oleh otoriti Palestin pimpinan Mahmud Abbas yang didalangi barat pula, guru-gurunya mengatakan tidak ada petunjuk resmi mengenai pelajaran Holocaust. Mereka seolah-olah menyokong tindakan pro Zionis itu, sedangkan umat Islam dan bangsa Arab memang marah kepada negara besar dunia atas reaksi terhadap Holocaust dengan menyokong pendirian Israel 1948, yang mengakibatkan terjajahnya tanah Palestin dan warganya terhambat keluar.

Komen Blog Ibnu Hasyim
: Memang teknik dan teknik memalsukan sejarah sering dilakukan pihak berkuasa yang memerintah, terutamanya kuasa-kuasa besar dan penjajah di seluruh dunia. Kaedah itu jugalah dilakukan oleh kuncu-kuncunya di Malaysia sehingga ulama-ualama Islam dan pemimpin rakyat tidak tertonjol, bahkan telah dinafikan sumbangan mereka kepada negara.

Antara Artikel Merdeka dalam blog ini..

1 comment:

  1. Boleh tak Pak Ibnu terangkan sedikit di mana salah dan penipuan Holocaust? Bukankah Jerman/Hitler yang salah?

    ReplyDelete