▼
Tuesday, September 01, 2009
Muhyiddin, Mana Kriteria Miskin Bandar? Cepat..
SHAH ALAM - Pemimpian Pakatan Rakayat (PR) mahu individu yang terbabit pelaksanaan bantuan kepada rakyat miskin bandar pendapatan bawah RM3,000 seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat dilakukan dengan telus dan jujur.
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, pelaksanaan itu kelak harus diuruskan individu yang amanah dan tidak mengambil kesempatan terhadap situasi ini dengan memilih individu yang benar-benar layak mendapat bantuan saja.
Menurutnya, banyak berlaku kes-kes penipuan sebegini yang seharusnya disalurkan kepada golongan memerlukan, tetapi tidak sampai lantaran sikap individu tertentu mengambil kesempatan. “Kerajaan perlu memastikan kakitangan yang dilantik tidak menyeleweng, menyalah gunakan kuasa dengan menyenaraikan individu yang sebenarnya tidak layak mendapat bantuan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Muhyiddin sebelum ini mengumumkan kerajaan akan membantu menambah pendapatan kira-kira 40 peratus rakyat negara ini yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan. Ahli Parlimen Kepong itu berkata, pelaksanaan itu disambut baik dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menjalani kehidupan di bandar yang menuntut perbelanjaan tinggi.
Sementara itu, Pas turut mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan segera kriteria golongan miskin bandar yang layak menerima peruntukan saham amanah bernilai RM100 juta yang diumumkan, Sabtu lalu.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu berkata, pengumuman segera itu penting dalam memastikan peruntukkan berkenaan disalurkan pada saluran yang betul. Menurutnya, antara lain pengumuman perlu dipercepatkan kerana bimbang akan diagihkan pada mereka yang mempunyai kepentingan dalam politik. (AK)
No comments:
Post a Comment